Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos 30, 2009

ADUN Pakatan Perak tetap hadir sidang DUN Rabu ini

ADUN Pakatan Perak tetap hadir sidang DUN Rabu ini Oleh Dzulfikar Mashoor Sun Aug 30, 09 12:19:00 pm MYT IPOH, 30 Ogos: Kesemua Ahli Dewan Undangan Negeri ADUN Pakatan Rakyat Perak akan hadir ke Sidang Dun Rabu depan seperti notis panggilan yang telah dikeluarkan speaker V.Sivakumar kepada mereka. Ianya sekaligus mengenepikan arahan Speaker Barisan Nasional, Datuk R. Ganesan agar ADUN mengabaikan jemputan yang dibuat Sivakumar itu. Menteri Besar Pakatan Dato' Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin pagi tadi menegaskan bahawa Ganesan tidak layak berbuat demikian kerana bekas Adun Sungkai itu bukanlah Speaker Dun yang sah. Beliau yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang dan Adun Pasir Panjang turut berkata, mustahil Ganesan boleh mengakui dirinya Speaker Dun Perak, sedangkan jawatan itu masih disandang V. Sivakumar secara sah sehingga sekarang. "Dia (Ganesan) bukan Speaker yang sah. Dia tidak berhak berbuat begitu (menghalang sidang Dun Rabu depan) kerana Sivakumar masih Speaker yang...

7 - 0 tanda rakyat dah getek (loghat perak) - Nizar

Imej
Keputusan PRK 7-0 : Rakyat Dah Getek Kata Nizar Posted on Saturday, August 29 @ 08:07:10 PDT by KetamBatu Oleh: ostarmy " Getek satu perkataan loghat perak yang begitu popular di kalangan orang perak. Perkataan ini membawa maksud benci yang teramat sangat dan mungkin seerti dengan perkataan meluat. Dan itulah perkataan yang digunakan oleh YB Dato Seri Nizar dalam menghuraikan perasaan masyarakat setelah 7 PRK yang diadakan. Beliau berkata demikian semasa menyampaikan kuliah subuh di masjid jamek lama gopeng pagi tadi - 29 ogos 2009. Banyak yang diperkatakan oleh YB Nizar dalam kuliah subuh kali ini yang semestinya semacam menjadi wajib hukumnya bila berada di gopeng beliau akan menyelitkan ayat-ayat rawa beliau. Berikut di paparkan laporan seorang sahabat di blognya tentang kuliah subuh YB Nizar. (Maaf pohon keizinan abg lee) Tegas beliau "Kini Sindrom Getik (Meluat/Benci) telah menular dikalangan masyarakat di Negara ini,disebabkan sikap egostik pemimpin Umno dan kekera...