Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari 20, 2009

SIDANG MEDIA SPEAKER DUN PERAK 11 PM 19 FEBRUARI

Imej
Speaker Dewan Undangan Negeri Perak, YB V Sivakumar telah mengadakan sidang media di kediaman Menteri Besar Perak pada jam 11.00 malam tadi. Berikut adalah sebahagian daripada kenyataan tersebut: Salam sejahtera. Pada malam ini saya ingin menerangkan kedudukan saya selaku Speaker Dewan Undangan Negeri Perak dan kenapa saya terpaksa mengambil keputusan sepertimana yang telah saya buat semalam. Perkara asasnya adalah berkaitan dengan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak iaitu berkaitan dengan Fasal 16(6). Pentafsiran Fasal ini telah menjadi satu pertikaian pada perkataan atau ayat “ sekiranya Menteri Besar itu terhenti daripada mendapat kepercayaan … ”. Jika kita perhatikan dengan teliti, perkataan “Menteri Besar” dalam Fasal ini sebenarnya merujuk kepada Menteri Besar “pada masa itu”. Ketika Dato’ Seri Nizar mengadap DYMM Tuanku Sultan, dia adalah seorang Menteri Besar yang telah mendapat kepercayaan majoriti ahli-ahli Dewan Perhimpunan Undangan atau Dewan Undangan Negeri selepas pilihan