Catatan

Tunjukkan catatan dari September 24, 2009

KEBIJAKSANAAN PAKATAN RAKYAT TERSERLAH DALAM ISU KUIL DAN KEPALA LEMBU

KEBIJAKSANAAN PAKATAN RAKYAT TERSERLAH DALAM ISU KUIL DAN KEPALA LEMBU OLEH : MOHAMED HANIPA MAIDIN Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan jutaan tahniah kepada dua Khalid - Y.B Khalid Samad dan Tan Sri Khalid Ibrahim kerana ketenangan dan kematangan mereka menyelesaikan isu Kuil di Seksyen 23 Shah Alam. Meskipun di"serang" dengan "serangan" yang tidak bertamadun dalam satu sesi yang sepetutnya bertamadun iaitu sesi dialog, kedua-dua Khalid tersebut berjaya mengawal keadaan. Inilah hadiah kepimpinan Pakatan Rakyat ( PR )kepada rakyat Malaysia amnya dan rakyat Shah Alam khususnya. Memang mudah untuk melatah dalam isu sesentitif ini - isu penempatan kuil. Memang mudah juga untuk meniupkan api perkauman dalam isu sebegini.Bagi parti yang tidak menjadikan Islam sebagai dasar perjuangannya, memang Umno akan mengambil jalan mudah mengeksploitasi isu ini bagi mewujudkan persepsi di kalangan umat Islam bahawa PAS kononnya "membela" kuil dan tidak sensitif dengan...