Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun 18, 2010

Terkenang 10/06/15: Ustaz Hasan arkitek tak bertauliah

  Subky Latif    ALMARHUM Dato  Fadzil Noor selalu menyifatkan Ustaz Hassan Shukri sebagai akitek tak bertauliah. Dan Almarhum Ustaz Hassan Shukri menerimanya dengan senyum dan senang hati atas jolokan akitek  tak bertauliah itu kerana ia satu penghormatan kepada kebolehnannya membina bangunan yang ada hubungan kegiatannya. Mithalnya Surau Tarbiyah di Taman Melewar, Batu Caves Kuala Lumpur. Surau yang dibina kerajaan itu diberi nama Surau Tarbiyah dipercaya dia yang memberi namanya. Nama Tarbiyah yang bermaksud pendidikan itu sangat dekat di hatinya. Apabila dia membina markaz PAS juga di Taman Melewar, lalu dinamakannya Martaz Tarbiyah PAS Pusat pula. Semasa dia menjadi Setiausaha Agung PAS di bawah pimpinan Haji Yusof Rawa dan Ustaz Fadzil Noor digalakkannya negeri dan kawasan PAS membina Markaz Tarbiyah masing sebagai pusat pentadbiran parti dan sekali gus menjadi musalla. Surau Tarbiyah tadi dibina mengikut pelan disediakan keraja