Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai 1, 2009

Saman jangan tak saman !!

PDO Bakal Buat Saman Balas RM2 Juta Terhadap Saiful Bukhari Posted on Tuesday, June 30 @ 19:02:59 PDT by KetamBatu Oleh: geographysycal "Susulan kenyataan "angkuh" oleh Mohd Saiful Bukhari Azlan kononnya beliau telah difitnah oleh blog ini, maka atas dasar kemanusiaan dan keyakinan maka pihak kami tidak teragak-agak untuk menfailkan tindakan saman terhadap beliau dalam masa terdekat ini. Dalam laporan polis dan kenyataan terdahulu Saiful dan peguamnya, beliau secara jelas menyatakan Pahang Daily Online (PDO) telah menfitnah beliau berhubung dengan laporan "penyakit misteri"nya. Pihak kami telah dikecam hebat oleh ramai pihak berhubung dengan perkara itu. Malah banyak email yang diterima dari kalangan pembaca seluruh dunia yang mengutuk tindakan kami. Malah, apa yang lebih aneh ialah tindakan pihak polis yang Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman yang begitu cepat dan pantas menghantar beberapa orang pegawai mereka untuk menyiasat salah seorang Krew Ed