Catatan

Tunjukkan catatan dari April 21, 2008

HUKUM MENGHADIRI MAYAT BUKAN ISLAM

Imej
Islam memuliakan manusia sama ada semasa ia hidup atau selepas ia mati. Sebab itu orang Islam yang mati wajib diuruskan dengan cara yang terbaik sehinggalah ia dikebumikan (dikembalikan kepada asal kejadian). Hukum menziarahi pengkebumian orang bukan Islam (menziarahinya setelah ia mati), hampir sama hukumnya seperti menziarahinya semasa ia masih hidup (contoh semasa sakit, hari perayaan dan hari perkahwinan mereka) Namun tentulah ada batasnya dalam kunjungan tersebut. Kalau sekadar hadir sebagai tanda penghormatan, dan tidak terlibat dengan melakukan sebarang upacara, maka tidak mengapa. yang paling penting jangan sampai berlaku fitnah. Jika tidak hadir adalah lebih baik, maka lakukanlah. Jika hadir itu adalah lebih baik, maka lakukanlah. Hadith riwayat al-Bukhari daripada Rasulullah daripada Jabir: Telah lalu di hadapan kami jenazah, lalu Nabi SAW berdiri, kamipun berdiri juga, lantas kami katakan kepada Baginda bahawa jenazah itu adalah jenazah orang yahudi. Baginda berkata: Apabi...

PERMAINAN KUTU & CABUTAN GILIRANNYA

Imej
Zaharuddin Abd Rahman http://www.zaharuddin.net/ Baru-baru ini saya menerima satu soalan berkenaan dengan skim kutu dan hukumnya dari sudut Islam. Soalannya seperti berikut :- Ustaz, saya nak tanya tentang permainan kutu. sekali pandang nampak halal. ok begini Pekerja office saya ada membuat \"main kutu\". satu kepala atau seorang RM100 seramai 11 orang jadinya setiap orang akan dapat 1100 (100 duit sendiri) tiap bulan. Yang jadi masalahnya tiap bulan cabutan akan dibuat, siapa dapat happy la.. Saya melihat disini ia ada unsur judi, sebab sebelum cabutan-cabutan mengharap nasibnya akan kena, jadi saya fikir kalau dibuat cabutan number giliran yang dah tetap siapa yang dapat tiap bulan sebagai contah mamat bulan jan, abu feb, ali mac dan seterusnya itu adalah harus. Saya harap sangat komen ustaz. namun jika pendapat saya tu betul alhamdullilah, ini bermakna saya faham setelah membaca buku uzar tulis Sebelum saya menghuraikan hukumnya pada sudut pandangan Islam, terlebih dahul...