Catatan

Tunjukkan catatan dari April 20, 2008

JANGAN SEMPITKAN DEFINASI MENYERANG ISLAM

Imej
oleh : Mohamed Hanipa Maidin Umat Islam sedunia berhak menunjukkan rasa marah di atas sikap kurang ajar Geert Wilders, Ahli Parlimen Belanda yang bertanggungjawab di atas penerbitan filem pendek yang berjudul Fitnah. Ironisnya tajuk filem Fitnah tersebut memfitnah Islam dan Al-Quran. Filem tersebut cuba menonjolkan kononnya Al-Quran menyeru kepada keganasan. Pada 7 Mac 2008 filem tersebut telah disiarkan di internet . Antara lain filem fitnah tersebut memfitnah kononnya serangan penggananas pada 11 September dan 7 Julai di London hasil daripada inspirasi Al-Quran. Filem tersebut dimulakan dengan satu amaran kepada penonton kononnya filem tersebut mengandungi imej yang memeranjatkan ( very shocking images ). Tidak cukup dengan itu, muqaddimah filem tersebut dengan secara kurang ajar menayangkan kartun daripada seorang Kartunis Denmark, Kurt Westergard yang melakarkan potret yang didakwa potret Nabi Muhammad s.a.w dengan bom di atas kepala Baginda. Banyak lagi tuduhan jahat yang terdapat...

PERTOLONGAN ALLAH

Imej
Monday, April 14, 2008 إذا جاء نصر الله و الفتح و رأيت الناس يدخلون في دين الله افواجا فسبح بحمد ربك و استغفره إنه كان توابا Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan nescaya engkau akan menyaksikan manusia berduyun - duyun menyertai agama Allah , maka bertasbihlah dengan segala kepujian tuhanmu dan beristighfarlah ( mohon ampun kepada Allah ) sesungguhnya Allah adalah Tuhan Yang Maha menerima Taubat . Beberapa pengajaran yang boleh diambil dari ayat di atas .: 1. Pertolongan Allah swt. dan kemenangan Islam adalah suatu yang pasti akan berlaku dan ianya telah ditetapkan didalam planner Ilahi. Kemenangan itu hadhir setelah melalui proses pembentukan aqidah yang utuh dan pengorbanan yang jitu . 2. Kemenangan Islam membawa manusia beriman dan menerima Islam justeru mereka mula yakin akan keupayaan Islam memimpin dan memerintah . Bahkan mereka yakin bahawa Islam adalah agama yang suci , mulia dan kuat . ( umumnya berasaskan fitrah , manusia suka berpaut kepada yang mulia dan b...

FATWA SEMASA MENGENAI HUKUM MEROKOK MENJURUS KEPADA HARAM

Imej
Muhammad Syafiq Fri Apr 11, 08 11:38:14 am MYT Saya perhatikan di bahagian beranda surau kampung saya ada tersedia beberapa tempat habuk rokok. Demikian juga di beberapa surau dan masjid lain di seluruh negara. Ramai orang veteran gemar duduk-duduk di tangga atau beranda surau dan masjid, menghembuskan asap penuh kenikmatan, terutama selepas solat asar dan isyak. Di sini sukacita saya menjalankan amanah menegur perbuatan itu berdasarkan 'Fatwa Semasa Mengenai Hukum Merokok' yang dikeluarkan oleh Jabatan Mufti sebuah negeri. 1. Kerajaan Arab Saudi mengeluarkan fatwa bahawa merokok, menanam tembakau dan memperniagakannya hukumnya adalah haram kerana daripadanya terdapat kemudaratan. 2. Ulama-ulama semasa seperti Dr Abdul Jalil Shalabi mengatakan merokok adalah haram kerana ia boleh mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan masyarakat. 3. Dr Zakaria Al Bari (anggota Akademi Kajian Islam dan Anggota Lujnah Fatwa Al-Azhar) menyatakan merokok hukumnya haram atau makruh adalah penda...

SINAR CAHAYA AYAT AL-KURSI

Imej
Lukman Hakim Fri Apr 18, 08 4:13:02 pm MYT Hari Jumaat ini (18 April) ada beberapa e-mel saya terima sebagai panduan hidup. Ini adalah salah satu daripada e-mel itu untuk dikongsi bersama pembaca. -->--> Dalam sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yang duduk di atas pintu rumah. Tugasnya adalah untuk menanam keraguan di hati suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan di hati isteri terhadap kejujuran suami di luar rumah. Sebab itulah Rasulullah s.a.w. tidak akan masuk rumah sehingga Baginda mendengar jawapan salam isterinya. Pada saat itu syaitan akan lari bersama-sama dengan salam itu. Hikmat ayat Al-Kursi mengikut hadis-hadis: 1. Barang siapa membaca ayat al-Kursi ketika berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua malaikat memeliharanya hingga subuh. 2. Barang siapa membaca ayat al-Kursi pada akhir setiap sembahyang fardu, dia akan berada dalam lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain. 3. Barang siapa membaca ayat al-Kursi pada akhir t...

SOLAT TERAPI HEBATKAN MINDA

Imej
Muhammad Shafiq Fri Apr 18, 08 11:41:06 am MYT Baru-baru ini saya menerima e-mel ini. Selepas menelitinya, saya berpendapat baiklah saya menghantarnya ke ruangan Surat Pembaca untuk manfaat bersama. Jika ada kesilapan dan fakta tidak tepat saya memohon seribu kemaafan. Seorang doktor di Amerika Syarikat telah memeluk Islam kerana beberapa keajaiban yang ditemuinya dalam penyelidikannya. Dia amat kagum dengan penemuan tersebut, sehingga tidak dapat diterima oleh akal fikiran. Dia adalah seorang doktor neurologi. Setelah memeluk Islam, dia amat yakin akan perubatan secara Islam dan dengan itu telah membuka sebuah klinik yang bertemakan 'perubatan melalui al-Quran'. Kajian perubatan melalui al-Quran membuatkan ubat-ubatannya berteraskan apa yang terdapat di dalam kitab suci itu. Antara kaedah-kaedah yang digunakan adalah berpuasa, penggunaan madu lebah dan biji hitam (black seed). Apabila ditanya bagaimana dia tertarik untuk memeluk Islam, maka doktor tersebut memberitahu bahawa s...