Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun 4, 2009

Tiada niat bersama UMNO, BN

Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa memperjelaskan bahawa kepemimpinan tertinggi parti itu tidak pernah mempunyai sebarang niat atau perancangan untuk bersama dengan Umno atau BN. Sebaliknya, kata beliau, ia hanyalah spekulasi semata-mata."Saya percaya adik-adik saya dalam Dewan Pemuda PAS bersama-sama saya dalam agenda ini," katanya ketika berucap merasmikan muktamar Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) di markas PAS di Taman Melewar Gombak malam ini." Akan kita pertahankan parti ini dari sebarang unsur yang cuba merobek dan menggangu keutuhan jemaah kita," katanya sambil menambah bahawa Islam yang diperjuang parti itu berdasarkan al-Quran dan Sunnah."Al-Quran dan al-Sunnah yang megajar kita untuk mengenal siapa musuh dan siapa kawan, ketika mana hendak berperang dan ketika mana pula hendak untuk berdamai," katanya. Sehubungan itu, katanya, prinsip dan dasar Islam yang perjuangkan oleh PAS tidak sesekali akan berganjak."Namun kaedah dan uslub (pendek...