Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac 20, 2010

Adakah Kita Pejuang?

Posted on Saturday, March 20 @ 00:00:00 PDT Dilulus untuk paparan oleh teori Oleh: maknun " Salam ukhwah fillah...Aku seorang pejuang dan aku ingin menjadi seorang pejuang. Dua ayat ini berbeza sama sekali dari sudut makna tersiratnya. Walaupun kedua-duanya bercita-cita menjadi pejuang, akan tetapi kehidupan mereka saling tidak sama antara satu sama lain.Adapun aku seorang pejuang adalah individu yang sudah mengakui bahawa ia seorang pejuang. Manakala aku ingin menjadi pejuang adalah individu yang belum menjadi pejuang dan bercita-bercita untuk kearah itu. Seorang pejuang agama Allah bukanlah calang-calang orang. Gelaran tersebut begitu tinggi nilainya. Bergantung kepada kekuatan rohani dan jasmani. Sekiranya seseorang itu menepati ciri-ciri pejuang agama Allah SWT. Nescaya ia tergolong diantara orang-orang yang dekat dan hampir kepada Allah Azza Wa Jalla. Teringat saya satu kisah mengenai panglima Toriq Bin Ziyad yang cuba memilih pejuang-pejuangnya mengikuti beliau bersamanya ke...