Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember 24, 2008

Tarikh Keputusan PMR 2008 pada 30 Disember 2008

Keputusan PMR 2008 akan dikeluarkan minggu depan iaitu pada hari Selasa, 30 Disember, 2008 . Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Datuk Alimuddin Mohd Dom dijadualkan akan memberi analisis keputusan PMR di Putrajaya pada 9.00 pagi hari yang sama. Semua calon PMR 2008 boleh mendapatkan keputusan masing-masing bermula pukul 10.00 pagi hari berkenaan. Manakala bagi calon persendirian pula akan menerima keputusan melalui pos. Sejumlah 472,060 pelajar telah mengambil peperiksaan PMR tahun ini di 3,458 buah pusat peperiksaan seluruh negara pada 13 - 15 Oktober lalu. Semoga laporan mutakhir TheStar hari ini melenyapkan kegelisahan semua calon. Semoga berjaya. Baca Selengkapnya (Read More)... Ringkaskan (Summary only)...

Kapten Zahar sertai PAS : Hijrah bermakna untuk PAS Selangor

Imej
Wan Nordin Wan Yaacob & Irwan Muhammad Zain Wed Dec 24, 08 1:38:17 pm MYT KUALA LUMPUR, 24 Dis (Hrkh) - Keputusan Kapten (B) Dato' Zahar Hashim menyertai PAS disifatkan sebagai sesuatu yang cukup bermakna kepada PAS Selangor menjelang sambutan Maal Hijrah Isnin depan. Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa berkata demikian selepas menerima borang keahlian penyertaaan bekas Ketua Umno Bahagian Petaling Jaya selatan bersama 28 ketua cawangan dan 13 ahli jawatankuasa bahagian berkenaan pagi tadi di De Palma Hotel, Ampang. Turut hadir dalam majlis itu Pesuruhjaya PAS Selangor, Dato' Dr Hassan Ali dan Ketua Penerangan PAS Selangor Roslan Shahrir. Nasharuddin juga menegaskan semangat Hijrah tahun ini juga amat bermakna kepada Zahar dan rakan-rakannya. Selain itu Nasharuddin berkata, penyertaan Zahar yang amat bersesuaian dengan semangat Hijrah yang diraikan oleh umat Islam. "Hari ini kita menyambut mereka bukan sebagai rakan tetapi sebagai ahli keluarga yang bers

'Satu pengkhianatan kerajaan teruskan PPSMI' - Teras

Imej
Nyza Ayob Wed Dec 24, 08 10:01:47 am MYT KUALA LUMPUR, 24 Dis (Hrkh) - Kerajaan di bawah pemimpin Melayu melakukan satu pengkhianatan besar apabila masih berdegil mahu meneruskan Pengajaran dan Pembelajaran Sains serta Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI). Demikian tegas Pengerusi Teras Pengupayaan Melayu (Teras), Azmi Abdul Hamid mengenai tindakan kerajaan untuk meneruskan dasar PPSMI ini walaupun semua hujah yang dinyatakan badan bukan kerajaan (NGO) sama ada daripada aspek sejarah, perlembagaan, budaya serta aspek jati diri bangsa sudah dihuraikan untuk dijadikan alasan yang kukuh agar PPSMI dihentikan. Sedangkan katanya, ramai orang bukan Melayu sendiri memberi hujah bahawa menggunakan bahasa Melayu sangat sesuai dan boleh diterima masyarakat bukan Melayu yang telah melahirkan generasi sehingga 51 tahun merdeka . "Selama tempoh 51 tahun itu kita tidak nampak kecacatan berlaku untuk membangun negara dengan menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Azmi juga menya