Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari 24, 2009

Tarbiyah penting untuk hadapi era kemenangan - Mohamad Sabu

Saidah Hairan Tue | Feb 24, 09 | 12:51:52 pm MYT KUALA LUMPUR, 24 Feb (Hrkh) - Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu mengingatkan ahli PAS supaya memperkukuhkan tarbiyah di kalangan ahli kerana sudah ada tanda-tanda ahli PAS hilang sifat berkorban demi Islam. Iklan Menurut beliau, sifat ikhlas untuk melakukan kerja-kerja jemaah sudah mulai pudar dan kebanyakan ahli telah mula meminta upah untuk melakukan sesuatu tugas. Sedangkan sebelum PAS mencapai kemenangan katanya, sifat mementingkan upah tidak timbul sebaliknya perkara itu telah menjadi-jadi sejak kebelakangan ini, katanya. "Jika perbuatan ini berterusan kita takut kalau PAS diberi kemenangan, kita tidak ada bezanya dengan Umno," katanya ketika memberi ucapan dalam program Himpunan Muslimat PAS Kawasan Ulu Langat, Ahad, 23 Februari lalu. Beliau turut menging

Risiko Kerajaan "mi segera" - Greenboc

Imej
Walaupun Dato’ Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dirampas jawatannya, dihalang masuk ke pejabat, disuruh memulangkan kereta dan rumah rasmi, belum tentu Dato’ Dr Zambry Abdul Kadir dapat mentadbir dengan selesa. Zambry tidak akan selesa kerana beliau sedar kerajaan pimpinannya, didirikan secara instant noodle (mi segera), tidak demokratik dengan bantuan pihak yang defect (berpaling tadah) dan bias (berpihak). Pada kedudukan sekarang Pakatan Rakyat mempunyai 28 kerusi Dewan Undangan Negeri, Barisan Nasional juga ada 28. Dengan tiga orang Adun yang defect sebagai bebas tapi menyokong BN. Media pro BN, cuba mempamerkan persepsi baik kononnya kerajaan baru yang haram itu ditegakkan secara demokratik. Media pengampu juga memainkan isu ketuanan institusi Raja, kononnya Umno pembela ulung Raja-Raja Melayu, manakala Pakatan Rakyat cuba dilabel sebagai golongan penderhaka. Malangnya mereka tidak boleh menipu sejarah . Banyak kes-kes penderhakaan Umno terhadap Raja. Bukan sekadar derhaka enggan

Golongan celaka mahu teruskan PPSMI - Hj Hadi

Imej
Irwan Muhammad Zain Tue | Feb 24, 09 | 8:58:17 am MYT KUALA LUMPUR, 24 Feb (Hrkh) - Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Haji Hadi Awang mengelarkan mereka yang masih mahu meneruskan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) sebagai golongan celaka. Iklan Beliau turut menyelar tindakan merendahkan peratus kelulusan pelajar semata-mata kerana mahu mempertahankan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Tindakan tersebut kata beliau merupakan satu perbuatan yang dianggap sebagai menipu bangsa sendiri. "Pemimpin jenis ini merupakan pengkhianat kepada bangsa dan bahasa serta lebih menyedihkan lagi kerana mereka sanggup meneruskan dasar PPSMI ini kerana memetingkan kroni," tegas beliau dalam satu forum himpunan dan ikrar mansuh PPSMI malam tadi. Selain itu, Hadi juga menegaskan, tamad

KES SAMAN NIZAR DITANGGUH RABU INI.

Hakim yang mendengar kes saman Nizar yang mencabar perlantikan Zambry Abdul Kadir sebagai menteri besar Perak menangguhkan sebutan kes pada hari Rabu ini.Peguam yang mewakili Zambry hari ini mempertikaikan kedudukan hakim Mohamad Ariff Yusof yang sebelum ini pernah menjadi penasihat undang-undang PAS dan pakatan pembangkang. Peguam Datuk Seri Mohd Nizar pula menyangkal dakwaan hakim berpihak kepada mereka.Keputusan samada hakim akan menarik diri dari mendengar kes berkenaan pada hari Rabu nanti. Dalam satu perkembangan berkaitan, Pakatan Rakyat akan meminta satu sidang dewan undangan negeri khas diadakan bagi menghalang kerajaan dari menggunakan dana awam untuk pemerintahan negeri itu.Setiausaha DAP Perak, Ngah Koh Meng menyatakan bahawa kerajaan BN di Perak adalah sebuah kerajaan yang tidak sah. Di Puchong pula, sebuah sekolah, SRJK(C) Sin Ming, Puchong bertindak berani mengingkari arahan Kementerian Pelajaran dengan menjemput Datuk Seri Anwar Ibrahim ke majlis kelolaan institusi berk