Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun 27, 2008

MANDI MALAM DAN MINUM AIS BATU- Merosakkan Paru-paru

Imej
Mari kita kupas satu demi satu dan mulakan dengan kesan minum air batu ke atas paru-paru. Mari kita buat eksperimen pertama. Ambil sebiji gelas, masukkan beberapa ketul ais dan tambahkan sedikit air. Biarkan di atas meja untuk tempuh beberapa minit. Perhatikan apa yang terjadi di permukaan luar g elas ini. Dari eksperimen ini, kita akan perhatikan titisan air di permukaan luar gelas ini. Kesimpulan dari eksperimen mudah in ialah, suhu sejuk dari bahagian dalam gelas boleh menyebabkan proses kondensasi wap air di udara berlaku di mana wap air ini akan bertukar bentuk dari wap kepada air. Dalam anatomi manusia, saluran esofagus adalah saluran yang membawa makanan dan minuman dari mulut ke perut. Di sekeliling saluran esofagus ini terdapat binaan paru-paru. Unit terkecil bagi paru-paru ialah alveolus. Alveolus adalah binaan mirip sebiji belon. Udara di dalam alveolus ini sangat lembab (high humidity). Apabila s eseorang minum air batu seperti jus apel atau jus oren, saluran esofagus menja...

ZINNIRAH Serikandi sejati

Imej
Zinnirah adalah seorang gadis yang berasal dari Rome. Kehidupan keluarganya sangat miskin dan dalam keadaan serba kekurangan. Ketika berlaku satu peperangan besar di Rome, Zinnirah terpisah daripada keluarganya lalu menjadi tawanan perang. Sejak itu dia dijual sebagai hamba dan sering bertukar tangan. Sepanjang menjadi hamba abdi, Zinnirah dilayan dengan kasar dan adakalanya diperlakukan seperti binatang oleh tuannya. Suatu hari Zinnirah berkenalan dengan seorang hamba yang senasib dengannya. Perkenalan itu akhirnya membawa Nur Islam dalam diri Zinnirah kerana hamba itu menerangkan ajaran yang disampaikan oleh Rasulullah SAW. Penerangan yang tulus itu membuka hati Zinnirah untuk memeluk Islam. Namun, dia terpaksa melakukan ibadat secara rahsia kerana tuannya memusuhi Islam. Nasibnya lebih malang apabila dia bertukar tangan kepada bangsawan Quraisy yang sangat berpengaruh masa itu, Umar Al-Khattab. Ketika itu, Umar belum memeluk Islam dan juga tidak mengetahui keIslaman Zinnirah. Umar y...

ZAINAB AL GHAZALI

Imej
Zainab Al Ghazali dilahirkan pada 1971 di Al-Bihira, Mesir; berketurunan drp Umar al Khattab, khalifah kedua Islam. Zaman mudanya dihabiskan dgn mencari ilmu dan pelbagai aktiviti yang membolehkan beliau menjadi barisan utama didalam perjuangan Islam di Mesir kemudiannya. Bapa beliau berpendidikan Al-Azhar dan merupakan anak murid antaranya Sheikh Ali Mahfouz, Sheikh Muhammad Al-Awdab dan Muhammad El-Najjar. Zainab berasal drp keluarga yg aktif berpolitik dan disegani. Semasa muda, beliau merupakan seorang ahli Gabungan Feminis Mesir yg aktif, tetapi pada tahun 1936, semasa berusia 18, beliau menubuhkan persatuan beliau sendiri; Persatuan Wanita Islam, utk mengurus kerja2 wanita2 Islam bersesuaian dgn ajaran Islam. Semasa disinilah beliau bertemu dgn Imam Hassan al-Banna, pengasas Muslim Brotherhood (Ikhwanul Muslimin). Al-Banna mengajak beliau supaya mengetuai cabang wanita Ikhwan dan menggabungkannya dgn Persatuan Wanita Islam. Beliau menolak tetapi akhirnya memberikan bai’ah secara ...