Catatan

Tunjukkan catatan dari November 11, 2009

Bai'ah Talak 3 !!! -

http://dewanulamakpasperak.blogspot.com/ Ketika mana ahli-ahli PAS sedang berdebar-debar menantikan penganjuran Seminar Memperkasakan Parti di Taman Melewar, media perdana menggembar-gemburkan mengenai Bai'ah Ta'lik Talak 3 yang dilafazkan oleh calon-calon PAS ingin bertanding di dalam pilihanraya. Berbagai persoalan dan bantahan dilaungkan samada oleh ulamak UMNO seperti Jamil Khir, Masyitah dan sebagainya hinggalah kepada ulamak pengampu UMNO seperti Prof. Mahmood Zuhdi dan Tan Seri Harussani. Entah dimana mereka memperolehi nas dan dalil bagi mengharamkan bai'ah tersebut. Antara alasan yang diberikan adalah seperti berikut : a. Ianya meruntuhkan institusi kekeluargaan. b. Ianya merupakan satu penghinaan terhadap kaum wanita. c. Ianya mengembalikan kita balik ke zaman jahiliah, dimana wanita menjadi bahan dagangan, pajakan dan gadaian. d. Ianya dasar yang berpaksikan kepada alasan dan sandaran aqal dangkal langsung tidak ada sandaran kepada Al Quran. Membuat Ta'liq da...

SULTAN TIADA KUASA MEMECAT NIZAR

OLEH : MOHAMED HANIPA MAIDIN “ Tunjukkan mana-mana peruntukkan di dalam Perlembagaan Perak yang memberi kuasa kepada Y.M Sultan Perak untuk memecat Nizar sebagai Menteri Besar ( MB ) Perak yang sah”. Itulah intipati hujah pasukan peguam Nizar semasa berhujah di Mahkamah Persekutuan , Putrajaya pada 5 November yang lalu. Peguam Zambry dan Peguam Negara berhujah bahawa Zambry adalah MB yang sah kerana beliau telah dilantik oleh Y.M Sultan Perak di bawah Perkara 16 ( 2 ) Perlembagaan Negeri Perak. Peguam Nizar pula berhujah sebelum Zambry boleh mendakwa dia adalah MB Perak yang sah beliau perlu membuktikan terlebih dahulu bahawa jawatan MB yang disandang oleh Nizar telah dikosongkan ataupun Nizar telah dipecat secara sah berdasarkan Perlembagaan Negeri Perak. Sepertimana yang dikatakan oleh Harley CJ ( Borneo ) di dalam kes Stephen Kalang Ningkan v Tun Abang Haji Openg and Tawi Sli ( 1966 ) 2 MLJ 187 , terdapat dua keadaan di mana Governor ( atau Sultan ) mempunyai bidibicara iaitu ...

DENGAR DAN TAAT ARAHAN PIMPINAN

Imej
DENGAR DAN TAAT ARAHAN PIMPINAN Dengar serta taat kepada arahan pimpinan yang dilantik dan diberi kepercayaan untuk mengemudi parti / jamaah adalah satu tanggungjawab yang wajib ditunaikan oleh setiap individu selama mana arahan tersebut tidak bercanggah dengan syariat. Sabda Rasulullah saw : اِسْمَعُوْا وَ أطِيْعُوْا وَ إِنِ اسْتُعْمِلَ عَلَيْكُمْ عَبْدٌ حَبَشِي َ كأنَّ رَأسهُ زَبِيْبَة [1] (البخاري ) “ Dengar dan taatlah olehmu sekalipun yang bertanggungjawab mengarah kamu hanyalah seorang hamba Habasyi sementara rambutnya pula berkerinting. ” عَلَى اْلمَرْءِ اْلمُسْلِمِ السَّمْعُ وَ الطَّاعَةُ فِيْمَا أَحَبَّ وَ كَرِهَ مَا لَمْ يُؤْمَرْ بِمَعْصِيَةٍ فَإِذَا أُمِرَ بِمَعْصِيَةٍ فَلاَ سَمْعَ وَ لاَ طَاعَةَ . ( رواه مسلم ) [2] “ wajib dengar dan taat bagi setiap individu muslim dalam perkara yang ia suka mahupun tidak ( benci ) selama mana ia tidak diperintah melakukan maksiat , apabila ia diperintah melakukan maksiat maka ti...