30 April 2009

PAS PERLU KEKALKAN MOMENTUM BUKAN MELAYU !!!

Harakahdaily Wed Apr 29, 09 10:10:39 am MYT

Pentadbiran Perdana Menteri Dato' Seri, Najib Tun Razak telah banyak mendapat kritikan pelbagai pihak. Harakah mendapatkan pandangan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mohd Hanipa Maidin untuk mengupas tranformasi pentadbiran Najib. Beliau yakin untuk terus menang, PAS perlu mengekalkan momentum bagaimana orang bukan Islam boleh percaya kepada PAS dan dasar PAS. Ikuti temubual wartawan, IRWAN MUHAMMAD ZAIN bersama Pengerusi Lajnah Perundangan dan Hak Asasi Manusia PAS Pusat.

HARAKAH: Perdana Menteri baru, Dato' Seri Najib Tun Razak dan BN telah memperkenalkan konsep One Malaysia dalam pentadbiran beliau. Ramai yang melihat konsep ini sebagai melupakan perjuangan Ketuanan Melayu yang selama ini didokong oleh Umno. Apa komen saudara dalam soal ini?
MOHD HANIPA: Saya rasa sebenarnya BN selama ini memang tak pernah pedulikan tentang orang Melayu. Kalau benar mereka pentingkan orang Melayu, mereka tak akan buat dasar-dasar yang merugikan orang Melayu seperti kita ambil contoh isu PPSMI. BN ini pada saya sebuah parti yang dah tenat. Kalau kita lihat sekarang apa yang mereka buat semua tak kena. Dasar yang dibuat sekarang ini pada saya bukan untuk menguntungkan orang Melayu. Mereka selama ini dasar mereka merugikan orang Melayu cuma sekarang mereka cuba untuk tarik sokongan bukan Melayu yang condong kepada Pakatan Rakyat.
Adakah saudara bersetuju dengan pendapat mengatakan konsep One Malaysia ini, Najib lakukan semata-mata untuk membina imej beliau sebelum pilihan raya umum akan datang dan sejauh mana ia akan dapat menarik sokongan rakyat?
Najib perlu lakukan itu semua kerana ramai yang mengatakan beliau mewarisi sebuah kerajaan yang sudah hampir tumbang. Ia ibarat kapal yang semakin tenggelam jadi Najib perlukan dasar seperti One Malaysia ini untuk menarik sokongan.
Pada saya dasar ini cuma 'lipstick', hanya hiasan semata-mata untuk menarik sokongan terutama bukan Melayu terhadap BN. Jadi beliau boleh uar-uarkan untuk buat itu ini tapi Umno itu sendiri orang sudah tidak percaya. Jadi kalau orang sudah tak percaya terutama Umno itu nak buat apa pun orang akan pandang sinis. Ini semua kerana salah mereka sendiri dengan dasar-dasar dan tindakan-tindakan yang telah mereka lakukan selama mereka berpeluang memerintah negara ini.
Sebelum Najib dilantik sebagai Perdana Menteri, ramai yang mengatakan era Mahathirisme akan kembali. Apakah penglibatan Mahathir dalam pentadbiran Najib ini akan memberi kesan terhadap Pakatan Rakyat?
Paling ketara bila kita lihat perlantikan Mukhriz dalam kabinet. Mukhriz sudah kalah dalam pertandingan merebut jawatan Ketua Pemuda Umno tapi dilantik dalam kabinet sebaliknya menantu Abdullah, Khairy yang menang itu tidak dilantik. Apa juga alasan yang diberikan perlantikan Mukhriz itu dilihat campurtangan Mahathir dalam pentadbiran Najib. Amat malang bagi Najib kerana diperingkat awal lagi beliau sudah dilihat tidak mampu berdikari dan memerlukan campurtangan Mahathir dalam membuat keputusan.
Dari segi kesan terhadap Pakatan Rakyat saya lihat ia tidak sangat memberi kesan tetapi kita tidak boleh pandang ringan. Setakat ini kalau diukur dengan keputusan pilihanraya Bukit Gantang dan Bukit Selambau, penglibatan Mahathir telah memberikan kemenangan yang lebih selesa kepada Pakatan Rakyat. Tetapi kita tidak boleh pandang mudah dengan Mahathir ini.
Najib juga telah menghapuskan 30 peratus ekuiti tempatan dalam usaha beliau untuk melakukan liberalisasi. Pada penelitian saudara sejauh mana dasar liberalisasi ini dapat membantu rakyat tempatan?
Persoalannya kalau nak buat liberalisasi apa tujuannnya? Persoalannya sejauh mana mereka yang sudah ketinggalan ini akan dapat bersaing. Pada saya Dasar Ekonomi Baru (DEB) itu bukan untuk membantu orang Melayu atau bumiputera sebaliknya hanya untuk Umno Putera sahaja.
Liberalisasikan secara umumnya memang baik untuk kepentingan ekonomi tetapi sejauhmana ia dapat membantu orang Melayu atau bumiputera. Kalau kita lihat DEB itu mereka hanya tolong kroni sahaja. Bila adanya liberalisasi ini, mereka yang selama ini tak mendapat pertolongan akan terus tidak dapat ditolong dan mereka yang ditolong tapi tak ada merit untuk melaksanakannya pun akan menghadapi masalah.
Untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang, apakah yang PAS perlu lakukan untuk memperolehi kemenangan yang lebih besar?
Bagi saya kalau boleh kita terus mengekalkan momentum bagaimana orang bukan Islam boleh percaya kepada PAS dan dasar PAS. Kenyataan-kenyataan pemimpin PAS dan tindakan-tindakan pemimpin PAS itu sendiri perlu dilihat atau diyakini oleh rakyat untuk melihat PAS layak untuk mengantikan Umno dan juga BN.
Pada saya momentum yang ada sekarang ini bukan sahaja perlu dikekalkan tetapi kita juga perlu pertingkatkan usaha untuk menarik lebih banyak sokongan masyarakat bukan Islam disamping tidak meminggirkan sokongan masyarakat Islam atau pun orang Melayu terhadap PAS.
Kita lihat sekarang ini pemimpin Umno masih lagi menggunakan su perkauman dimana kalau kita lihat isu terbaru iaitu isu menukar status agama anak-anak itu kalau kita tidak menangani dengan baik ada kemungkinan kita akan hilang sokongan bukan Islam. Jadi PAS perlu bijak menangani masalah yang cuba ditimbulkan oleh Umno atau isu yang sengaja direka oleh Umno dan BN ini supaya kita tidak terperangkap dan hilang sokongan tak kira pengundi bukan Melayu dan juga Melayu. - azm _ -->

29 April 2009

HANIPA JAWAB KENYATAAN PEGUAM UMNO !!!!

Saya mengucapkan terima kasih di atas keperihatinan Dato Hafarizam untuk menjawab artikel saya yang tersiar secara meluas di alam internet ini (“ Zambry perolehi perintah yang tidak laku” ) Paling kurang saya berterima kasih beliau membaca artikel saya. Terima kasih sekali lagi.Sebagai peguam saya menghormati pendapat beliau dan bagi saya tidak salah untuk beliau mengambil keputusan menjawab artikel saya tersebut . Menyanjung roh demokrasi yang sebahagiannya adalah kebebasan bersuara , kita wajar menghormati kenyataan beliau ketika menjawab artikel saya tersebut.Saya tidak bercadang menjawab satu persatu apa yang beliau tulis sebaliknya memadailah saya hanya menjawab isu teras yang beliau bangkitkan di dalam kenyataan beliau tersebut.Ramai meminta saya jelaskan kenyataan beliau bahawa"Keputusan Mahkamah Persekutuan bahawa penggantungan Menteri Besar BN Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan enam exco kerajaan negeri itu oleh Speaker DUN Perak, V Sivakumar batal dan tidak sah, adalah konklusif dan tidak boleh dipertikaikan"Sebenarnya kalau para pembaca membaca tulisan saya dan memahami betul-betul apa yang saya cuba sampaikan, para pembaca akan tahu bahawa dua perintah deklarasi ( perisytiharan ) yang Zambry dan enam exconya perolehi tidak membawa apa-apa kesan .Bagi sesiapa yang pelajari dan terdedah dengan undang-undang pentadbiran ( administrative law ) mereka akan tahu perintah deklarasi sahaja tidak cukup kuat untuk mengikat Sivakumar.Memanglah susah nak terangkan pada mereka yang bukan ahli undang-undang ( laymen ) khususnya ahli dan penyokong Umno tentang apa dia certiorari dan apa dia mandamus kerana bukan sahaja orang awam susah untuk faham malahan tidak semua para peguam juga dapat memahaminya atau memahaminya dengan baik..Saya tidak pasti sejauh manakah Dato ‘Hafarizam biasa dengan kes-kes semakan kehakiman ( judicial review ) dan jenis-jenis perintah ( remedies ) yang biasa dipohon di dalam kes-kes semakan kehakiman.Bagi pihak saya dan bukan niat nak membanggakan diri, sudah hampir 16 tahun saya menjadi pengamal undang-undang dan dalam tempoh tersebut antara cabang undang-undang yang saya banyak kendalikan kes adalah melibatkan kes-kes semakan kehakiman .Saya akui tidak semua kes saya menang tetapi pendedahan kepada undang-undang tersebut agak mungkin agak lebih sikit dari Dato’ Hafarizam ( yang juga kawan baik saya )Saya lihat di dalam jawapan beliau kepada artikel saya , Hafarizam tidak menjawab mengapakah Zambry tidak memohon perintah certiorari ( quashed the decision of Sivakumar ) dan perintah mandamus ( supaya Sivakumar benarkan beliau dan enam exconya masuk ke dalam siding DUN Perak )Hakikatnya apabila persoalan tersebut dibangkitkan oleh Haji Sulaiman Abdullah, peguam Zambry iaitu Encik Fairuz Hussin mengakui bahawa berdasarkan doktrin pengasingan kuasa Zambry tidak dibenarkan memohon dua perintah tersebutBerdasarkan jawapan dari Encik Fairuz tersebut, beliau sendiri mengakui bahawa Zambry terikat dengan doktrin pengasingan kuasa - bermakna Mahkamah tidak boleh perintah untuk Speaker membuat sesuatu atau melarang speaker membuat sesuatu. Dengan lain perkataan Fairuz mengakui Zambry tidak boleh mendapatkan perintah certiorari dan mandamus ke atas Sivakumar.Tanpa perintah certiorari dan mandamus sebaliknya hanya mendapat perintah deklarasi sahaja , ianya tidak membawa apa-apa kesan kerana perintah deklarasi tidak boleh memaksa Sivakumar membuat sesuatu atau melarang Sivakumar membuat sesuatu perkara.Bagi orang awam mereka mungkin bertanya kenapa perintah deklarasi bersifat begitu ?Saya boleh jawab tetapi saya jika saudara tanya begitu samalah seperti saudara tanya seorang doktor kenapa ada ubat demam dalam bentuk pil dan ada dalam bentuk minuman atau pun saudara tanya seorang Ulama kenapa solat zohor empat rakaat dan kenapakah solat subuh hanya dua rakaat ?Di dalam kenyataannya Hafarizam menyatakan bahawa isu mengapa Zambry tidak memfailkan semakan kehakiman sebaliknya hanya memfailkan Saman Pemula sahaja tidak wajar ditimbulkan kerana Mahkamah Persekutuan telah menolak bantahan peguam Nizar berkenaan isu tersebut .Ya, benar Mahkamah telah menolak bantahan awal peguam Nizar terhadap isu tersebut, Tetapi apa yang Hafarizam tidak jelaskan adalah meskipun Mahkamah menolak bantahan tersebut ianya tidak bermakna perintah -perintah deklarasi yang Zambry pohon sama tarafnya ( dari segi kekuatan dan keberkesanannya ) dengan perintah seperti perintah certiorari dan perintah mandamus.Hafarizam mungkin terlupa untuk menyatakan bahawa dengan penolakan bantahan tersebut , Mahkamah , pada hemat saya, pada hakikatnya ingin menyampaikan mesej kepada Zambry dengan mesej berikut :-a. Bahawa memandangkan kamu hanya memohon perintah deklarasi sahaja , kami ( para hakim ) hanya benarkan untuk kamu memohon perintah tersebut melalui kaedah Saman Pemula dan tidak melalui Semakan Kehakiman di bawah Perkara 53 Kaedah-Kaedah Mahkamah Tinggi 1980.b. Tapi kamu juga kena faham apabila kamu hanya memohon perintah deklarasi sahaja dan tidak memohon perintah certiorari dan mandamus, kami boleh beri perintah yang kamu pohon tapi jangan salahkan kami kalau perintah tersebut tidak boleh membawa apa-apa kesan pemaksaan ( coercive force ) ke atas Sivakumar.c. Kamu sendiri harus dipersalahkan kerana tidak memohon perintah certiorari dan mandamus bagi memastikan sebarang keputusan Sivakumar bukan sahaja dapat dibatalkan tetapi juga dapat dibuang/dipadam dari rekod DUN Perak. Tanpa perintah certiorari, keputusan Sivakumar tersebut akan kekal di dalam rekod di DUN Perak kerana kamu tidak pohon untuk padamkan perintah tersebut.d. Kalau peguam kamu sendiri mengaku bahawa kamu tidak boleh pohon perintah certiorari dan mandamus bagi memadamkan keputusan Sivakumar, mengapa kamu masih juga memfailkan permohonan saman pemula ini dan meminta kami memerintahkan perintah yang tidak membawa apa-apa manfaat untuk mencabar keputusan Sivakumar.e. Memandangkan kamu dah berada di Mahkamah ini dan memohon perintah-perintah deklarasi ( sebanyak 10 perintah ) kami bagi jugalah sebagai “saguhati” kepada kamu iaitu dua perintah deklarasi dari 10 perintah tersebut.Sama ada mesej tersebut difahami oleh Umno atau tidak kita lihatlah pada 7 hb Mei ini .

Sidang DUN 7 Mei akan serlahkan kuasa speaker

Sidang DUN 7 Mei akan serlahkan kuasa speaker
April 28, 2009 · Print This Article
IPOH: Persidangan Dewan Undangan Negeri Perak akan diadakan pada 7 Mei 2009. Satu tarikh terdesak, yang ditetapkan oleh kerajaan negeri kudeta tanpa persetujuan atau pengetahuan speaker Dun V Sivakumar.
Kerajaan kudeta pimpinan DS Zambry AK, tidak mempunyai pilihan, selain wajib mengadakan sidang DUN dengan segera kerana tempoh waktu mengenapkan enam bulan daripada tarikh sidang Dun terakhir diadakan hanya tinggal beberapa hari lagi. Dewan mesti bersidang pada tarikh paling lewat sebelum berakhir Mei 2009 (kalau tak silap pada 16 Mei). Jika tidak bersidang, maka secara automatis dewan undangan negeri Perak terbubar.
Pembubaranlah perkara yang paling ditakuti Umno/BN.
Beberapa kes mahkamah juga masih tergantung. Namun adalah dipercayai, ia akan diselesaikan atau terselesai menjelang atau sebelum persidangan DUN itu. Kes saman DS Mohammad Nizar Jamaluddin yang mempertikaikan perlantikan Zambry sebagai menteri besar adalah antara kes yang tersangat relevan.
Jika perlantikan Zambry ini benar atau mengikut perlembagaan negeri, mengapa pula Zambry memohon mahkamah membuat periystiharan bahawa beliau adalah Menteri Besar yang sah ? Yang pasti tentu ada kekeliruan dan asas yang boleh dipertikaikan dalam hal ini. Sehingga ini mahkamah peresekutuan menolak permohonan Zambry agar dia diisytiharkan sebagai MB yang sah
Semua ini akan menjadi precedent (ketentuan dan contoh) dalam system perundangan Negara. Ia akan menjadi bahan rujukan dalam kes seumpama ini pada kemudian hari. Gobind yang dihalau keluar dewan rakyat dan kemudian digantung perkhidmatannya sebagai MP juga telah menyaman Speaker Dewan Rakyat. Semuanya “dibenarkan” kini setelah kes Zambry menyaman speaker V Sivakumar dan mahkamah membuat keputusan bahawa Sivakumar salah dalam membuat keputusannya terhadap Zambry.
Maka begitulah juga yang dipertikaikan oleh Gobind. Ertinya speaker kini tidak lagi mempunyai immuniti, malahan sesiapa sahaja rakyat bolehmendakwa sesiapa sahaja yang membuat kenyataan dalam DUN mahupun Dewan Rakyat kerana imuniitinya kini boleh dicabar di mahkamah dan mahkamah boleh mengatasi keputusan DUN ataupun Dewan Rakyat.
Sesungguhnya semua ini mengundang bahaya .
Pada 7 Mei nanti, adalah dijangkakan bahawa satu “keributan” akan berlaku. Speaker Sivakumar masih berkuasa dalam DUN. Beliaulah yang akan menentukan segala perjalanan dalam DUN. Tentunya perkara asas yang menjadi persoalan ramai ialah kedudukan kerusi anggota DUN.
Nizar dan barisan Adun Pakatan Rakyat tentunya tidak perlu berganjak daripada kerusi yang sudah diduduki sebelum ini, iaitu di sebelah kanan Speaker Dewan. Nizar menduduki kerusi pertama di barisan kerusi sebelah kanan speaker, manakala Zambry dan Adun BN di sebelah kiri speaker.
Persoalannya apakah susun atur kedudukan Adun ini sudah diatur semula. Kalau sudah dimaklumkan dan disusun semula kedudukannya, maka ia atas arahan siapa. Yang pasti bukan arahan speaker .
Pada persidangan DUN 7hb Mei nanti, tentu akan berlaku keributan terutama perebutan kerusi tempat duduk adun-adun. Zambry tentunya mahu menduduki kerusi pertama yang diduduki Nizar. Namun Nizar tentunya tidak akan berganjak kerana secara perlembagaannya beliau belum meletakkan jawatan sebagai menteri besar.
Mahu tidak mahu semuanya akan terpulang pada speaker. Inilah antara perkara yang akan menarik perhatian ramai. Selepas hal ehwal kedudukan kerusi ini selesai, siapa pula yang akan dijemput oleh speaker untuk menyampaikan watikah titah ucapan kepada Paduka Seri Sultan Perak yang akan bertitah merasmikan persidangan.
Saya jangka, speaker sekali lagi mahu tidak mahu akan menjemput Nizar selaku Menteri Besar yang sah untuk menyerahkan watikah titah ucapan itu. Maka keributan akan berlaku kerana Zambry akan menentang keras.
Apakah agenda persidangan ? Siapa yang akan menetapkan agendanya. Tentunya dengan kelulusan speaker ?
Atau apakah sebaik speaker berucap, maka Zambry akan terus mengusulkan undi tidak percaya pada Nizar dalam usahanya melucutkan dan mengesahkan bahawa Nizar telah tidak menerima mandate dewan undangan negeri.
Namun sebelum Zambry dapat berbuat demikian, saya jangka Speaker dengan kuasa yang ada padanya terus mengeluarkan perintah keluar dewan pada Zambry dan enam exconya dan selepas itu mengusulkan undi tidak percaya pada Nizar. Sekali pun Zambry dan enam exco berkenaan tidak keluar dewan, ia tidak menjadi halangan bagi Speaker kerana beliau akan hanya menghitung siapa yang diputuskannya layak mengundi. Hasil undian akan pasti memihak pada Nizar akhirnya.
Yang pastinya, dengan segala apa jua dayanya, Zambry , Umno dan BN akan berusaha menghalang apa jua kuasa yang boleh diperintahkan oleh speaker.
AYUH RENUNG DAN FIKIR.

27 April 2009

MOH KITA KE PENANTI !!!!

KUALA LUMPUR, 27 April: Pilihan raya kecil Penanti 31 Mei Pilihan raya kecil Penanti akan diadakan pada 31 Mei ini manakala penamaan calonnya akan dibuat pada 23 Mei, umum SPR hari ini.
Pilihan raya kecil ini diadakan ekoran perletakan jawatan Adunnya, Mohamad Fairus Khairudin.Kenyataan SPR ini menamatkan spekulasi pilihan raya kecil ini akan ditolak.
Bagaimanapun, ada juga spekulasi yang mendakwa SPR hanya menunggu keputusan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno Jumaat lepas sebelum membuat keputusan. Ini kerana SPR sepatutnya membuat keputusan ini minggu lepas.
MT Umno Jumaat lepas hanya membuat keputusan untuk menyerahkan kes ini kepada Biro Politiknya untuk membuat keputusan.
Dalam pilihan raya lalu, calon PKR, Fairus menang dengan majoriti 2,219 undi mengalahkan calon BN, Datuk Abdul Jalil Majid.
Tahun 2004, Jalil menang dengan majoriti 667 undi.
Mengikut tradisinya, kerusi ini adalah milik PKR dan rakan-rakannya dalam Pakatan Rakyat dijangka akan mengekalkan tradisi ini.
Pengarah Pilihan Raya PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, PAS akan memberikan sokongan penuh kepada PKR dalam pilihan raya ini.
Calon PKR yang menang dijangka akan mengisi jawatan Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang yang dikosongkan Fairus. Dua calon disebut-sebut iaitu Datuk Zahrain Mohamed Hashim dan Dr Mansor.
Fairus meletakkan jawatan baru-baru ini ekoran desakan dalaman di samping siasatan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Bagaimanapun, baru-baru ini, SPRM memutuskan tidak akan mendakwa Fairus kerana tidak mempunyai bukti yang cukup atas dakwaan ke atas beliau.

20 April 2009

Kespeaker Dun Perak ,Mahkamah salah masuk rumah ? !!

Penghakiman kes Speaker Dun Perak, mahkamah salah masuk?
Tarmizi Mohd Jam Mon Apr 20, 09 7:58:53 am MYT
KUALA LUMPUR, 20 April (Hrkh) - Dalam membuat keputusan yang menghukumkan Speaker V. Sivakumar tidak mempunyai kuasa menggantung Dato Dr Zambry Abdul Kadir, Mahkamah Persekutuan mengambil sikap yang berbeza dengan keputusan mahkamah sebelum ini yang mengambil kira kedudukan Perkara 72(1) Perlembagaan Persekutuan.

Kata Prof. Dr Abdul Aziz Bari ketika ditanya mengenai permohonan 10 perintah yang belum kesemuanya dikeluarkan. Perkara 72(1), kata Aziz, jelas memberi imuniti kepada prosiding dewan.
"Oleh kerana Tan Sri Alauddin Sheriff masih belum memberikan penghakiman bertulis, sebenarnya kita masih kabur. Tetapi ini mungkin dibangkitkan oleh peguam Sivakumar dalam prosiding di mahkamah berkenaan," katanya lagi.
Apa pun, kata pakar perlembagaan itu, keputusan mahkamah dalam kes-kes terdahulu seperti Lim Cho Hock (1979), Tun Datu Haji Mustapha (1986) dan Haji Salleh bin Jafarudin (1986) menjunjung peruntukan dan semangat Perkara 72(1) yang tidak membenarkan mahkamah menyentuh perjalanan dewan.
"Ini menyebabkan ramai yang terpinga-pinga dengan keputusan mahkamah berkenaan, sebab itu jelas menyalahi sesuatu yang telah termaktub dan diamalkan," kata beliau.
Aziz juga menimbulkan persoalan tentang kedudukan perintah-perintah yang dipohon itu di sisi undang-undang. Katanya mahkamah tidak boleh mempersoalkan kewajaran tindakan badan perundangan.
"Sebab itu mahkamah enggan membincangkan soal apakah sesuatu undang-undang itu adil atau sebaliknya", tambahnya.
Beliau berkata mahkamah, dalam melakukan semakan kehakiman, selalunya menangani soal bidang kuasa.
"Selagi sesuatu undang-undang itu masih di dalam bidang kuasa dewan berkenaan maka mahkamah akan melaksanakan undang-undang itu biar bagaimana tidak adil sekalipun", katanya.
Perintah-perintah seperti injuksi dan seumpamanya selalunya dikeluarkan ke atas badan-badan atau agensi yang diwujudkan oleh badan perundangan, baik parlimen maupun DUN.
"Jadi saya berasa musykil bagaimana peguam berkenaan boleh memohon supaya mahkamah mengeluarkan perintah ke atas speaker yang merupakan sebahagian daripada dewan", tambah Aziz.
Beliau berkata perintah juga boleh dikeluarkan ke atas menteri tetapi tidak ke atas kabinet yang merupakan badan eksekutif.
"Jadi keputusan Mahkamah Persekutuan di Perak ini amat ganjil kerana ia tidak selaras dengan peruntukan perlembagaan dan amalan yang telah berjalan selama ini".
Aziz juga menimbulkan sikap salah seorang hakim Datuk Zulkefli Ahmad Makinuddin yang bersetuju dengan Tan Sri Alauddin Sheriff. Kata Aziz ini tidak konsisten kerana di dalam kes Datuk Seri Anwar Ibrahim (2006) Zulkefli tidak memberi perhatian kepada soal prosedur yang dibangkitkan oleh Anwar dalam pemecatannya oleh Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad pada 1998.
"Dalam kes saman Anwar ke atas Mahathir itu Zulkefli merujuk kepada kuasa mutlak Perdana Menteri. Sepatutnya dalam kes Sivakumar ini Zulkefli harus mengambil pendekatan yang sama dan menentang keputusan Alauddin dan tiga hakim Mahkamah Persekutuan yang lain," katanya.
Aziz berkata kes-kes perlembagaan perlu ditangani dengan prioriti yang betul; soal prosedur harus tidak menjadi halangan kepada isu pokok.
"Prosedur dan isu teknikal bertujuan membantu dan meregulisasi bukan menafikan hak," tegasnya lagi.- TMJ_

18 April 2009

ORANG INI SAHAJA YANG MENYOKONG UMNO - US IDRIS

Dikirim pada April 17, 2009 oleh idrisahmad

Pilihanraya kecil Bukit Gantang , Bukit Selambau dan Batang Ai pada 7hb April 2009 telah berlalu. Keputusannya Pakatan Rakyat menang di dua bukit, tewas di Batang Ai. Rumusan bolehlah dibuat, saki baki mereka yang menyokong Umno di negara kita ialah;

1.Orang yang bodoh
2. Mereka yang berada di pendalaman yang tidak dapat ekses maklumat selain daripada TV dan akhbar perdana
3.Ustaz pengampu dan mata duitan (ustaz dollar and sen)
4.Peniaga yang ada kepentingan kontrak kerajaan
5.Orang miskin yang jahil
6.Orang yang tidak hadir ke kuliah agama
7.Orang yang keras hati dan buta hati
8.Nasionalis Melayu totok
9.Kaki pengampu
10.Orang yang suka budaya rasuah politik.
11.Orang yang tidak berminat ke surau dan masjid
12.Orang yang berjiwa hamba (jiwa kerdil)
13.Orang yang merasa sudah berada di zon selesa.
14.Orang yang longgar pegangan agama
15.Orang yang suka mendedahkan aurat.
16. Orang yang jauhkan diri dengan ulama’ yang muttaqin.
17.Orang yang suka kepada program munkar.
18. Orang yang memisahkan diri dengan kehidupan akhirat.

Kenyataan Media YB V.Sivakumar !!!


18 April 2009

Kenyataan Media YB V.Sivakumar, Yang Dipertua Dewan Negeri Perak.
.
7 Mei 2009 telah ditetapkan sebagai tarikh Persidangan Dewan Negeri Perak. Perkara ini tidak dirunding dengan saya terlebih dahulu. Saya tidak mengetahui tentang tarikh itu sehingga saya diberitahu oleh ADUN-ADUN yang lain. Notis dikeluarkan oleh Setiausaha Dewan En. Abddullah Antong. Saya telah mengantung tugasnya sebagai setiausaha Dewan Negeri sebelum persidangan 'bawah pokok' yang dibuat pada 3 Mac 2009.Notis yang sama juga telah diberikan kepada saya oleh Setiausaha Dewan. Siapakah yang memberi arahan kepada Setiausaha Dewan untuk mengeluarakan Notis. Arahan itu sepatutnya datang daripada pejabat Speaker. Tetapi, Speaker sendiri tidak tahu tentang tarikh persidangan tersebut. Mungkin sayalah yang terakhir dimaklumkan tentang tarikh persidangan. Bukankah ini satu tindakan yang aneh. Speaker dihina sekali lagi.Pada protokolnya, Spaeker yang harus memberi arahan kepada Setiausaha Dewan untuk mengeluarkan notis. Tetapi, di sini, speaker pula menerima notis yang sama seperti ADUN-ADUN yang lain.Adakah ini merupakan usaha-usaha untuk memperkecilkan atau memperbodohkan institusi Speaker? Pada pandangan saya, ini merupakan satu lagi tindakan untuk menghina Speaker Dewan Negeri.Sanggupkah Pandekar Amin, Speaker Dewan Rakyat berdiam diri jika Setiausaha Dewannya mengeluarkan notis memanggil Dewan Rakyat bersidang tanpa berunding dengannya? Bukankah hak Speaker untuk mengetahui terlebih dahulu segala apa yang berkaitan dengan Dewan. Apa gunanya institusi Speaker apabila semua keputusan dibuat oleh Pihak yang lain. Ini merupakan campurtangan eksekutif yang nyata. Sekali lagi doktrin pengasingan kuasa dicabuli.Saya akan menulis surat kepada Istana untuk mendapatkan kepastian tentang tarikh persidangan yang ditetapkan. Saya tidak ditunjukkan apa-apa bukti tentang penetapan tarikh persidangan oleh Istana. Oleh yang demikian, tarikh persidangan itu mungkin perlu ditangguhkan sehingga saya mendapat kepastian tentang tarikh tersebut.Saya juga mengantung tugas En Abdullah Antong sebagai Setiausaha Dewan. Beliau akan digantikan dengan Tuan Haji Misbah sehingga suatu tarikh yang akan diberitahu kelak.

17 April 2009

Selagi kes Nizar belum di putuskan lagi..!!!!

Sekalipun Mahkamah Persekutuan hari ini memutuskan speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V. Sivakumar tidak mempunyai kuasa untuk menggantung Menteri Besar, Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir dan enam Exco yang lain daripada menghadiri sidang DUN, namun peguam yang mengetuai pasukan Sivakumar, Sulaiman Abdullah berkata, "Saya dan client saya tidak kecewa dengan keputusan mahkamah hari ini.""Apa yang kita akan lakukan adalah untuk berbincang dan melihat apa yang diputuskan mahkamah dan apa yang boleh dilakukan seterusnya."Saya dapati tidak ada pihak yang menang semuanya dan tidak ada yang kalah semuanya kerana masih ada ruang untuk berbincang dan bertindak walaupun mahkamah telah membuat keputusan."Selagi kes Nizar belum diputuskan, isu ini masih subur dan hidup," katanya merujuk kepada saman bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin yang mencabar pelantikan Zambry sebagai Menteri Besar yang baru di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.Pada 18 Februari lalu, Sivakumar mengambil tindakan mengejut menggantung dan melarang Menteri Besar bersama enam Exco kerajaan negeri daripada menghadiri sidang DUN berkuat kuasa serta-merta selama 18 bulan.

12 April 2009

UMNO tolak islam tak salah ???

Oleh Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat

Sepatutnya sudah lama benda al-Quran ini dibaca dan digunakan dengan meluas oleh semua orang termasuk oleh orang Cina”.(Berita TV1 pada pagi 6 April 2009 dan rancangan Berita TV9 jam 8.00 malam). Inilah lebih kurang, bunyi kata-kata saya sewaktu diminta mengulas penggunaan dan sebutan ayat al-Quran oleh Exco Kerajaan Negeri Perak, YB. Nga Ko Ming.Sebagai penjelasan lanjut, izinkan saya berkata begini.Islam ini pada dasarnya diturunkan untuk membawa petunjuk. Ia sumber hidayah. Ia menjadi rahmat dan penawar.
Nilai gunanya adalah untuk seluruh semesta alam. Ia bersifat “rahmatal lil ‘alamiin.” Ia berguna untuk seluruh umat manusia tanpa mengira perbezaan kaum,suku bangsa, warna kulit dan bahasa. Sepatutnya, al-Quran itu boleh digunakan dengan jujur dan ikhlas oleh penggunanya tanpa mengira sesiapa.Pada saya, kesediaan YB. berkenaan yang cenderung menggunakan ayat al-Quran adalah satu permulaan kepada satu perkembangan yang cukup menggalakkan. Tidak ada sebab ia tidak dialu-alukan. Jika dalam zaman awal Islampun, Abu Lahab yang bukan Islam itupun diizin membaca dan memahami surah Al-Lahab yang mencela beliau, maka apa pilihan kita untuk menutup hak bukan Islam untuk mendekati, membaca dan cuba memahami al-Quran ? Isu ini bermula sebaik saja pemimpin Umno mencetuskan keresahan demi meraih perhatian untuk mendapatkan populariti dan simpati ke atas partinya yang semakin dibenci orang. Saya diberi faham bahawa isu asal hanyalah kecil. Isu yang berbangkit ialah nama surah sahaja yang disebut salah tetapi ayat yang dikutip dan diterjemahan adalah betul.Bacaannya masih OK; cuma intonasi dan sebutannya saja yang sedikit tersalah. Tetapi, taklah pula bacaannya itu sebaik seorang qari musabaqoh atau tilawah. Hatta, ada juga orang Islam baka, yang sudah lama Islamnya sekalipun; masih tidak sempurna dari segi tertib dan tartil, dari segi sebutan dan tajwid serta lafaz panjangpendeknya.Apa yang saya nampak, YB. berkenaan tidak mentafsir. Dia cuma membaca terjemahan "Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil dan berbuat kebaikan". Dia terjemah perkataan “ehsan” sebagai 'belas kasihan'. Itu saja.Dalam Islam, ada satu perkara yang disebut “ Li iilaafi-quraisy “ seperti yang terkandung didalam surah Quraisy ayat 1. Maksud bergerak dari kalimat ini saya ertikan sebagai “menjinak atau menjinakkan.” Menjinakkan siapa, jika tidak orang-orang yang belum Islam kepada Islam? Disini, apa salah orang Cina jika dia baca Quran dengan tujuan untuk berjinak-jinak dengan Islam? Jika katakan tersalah(katakan), maka dengan lemah lembut dibetulkan. Tak berbangkit sama sekali soal keperluan lapuran Polis oleh sesiapa. Pada saya, ini percubaan menutup ruang dan menyekat langsung laluan non-Muslim mendekati Islam seperti yang pernah dilakukan oleh sebahagian dari penguasa masjid di tempat-tempat tertentu yang menghalang orang non Islam dari memasuki masjid. Sedangkan dalam surah ‘Abasa, jelas yang Nabi SAW menerima, menegur dan membimbing orang Islam dan non Islam didalam masjid.Berbalik kepada isu, jika orang Cina baca salah, maka apa jaminan yang orang Melayu yang kebanyakannya datang dari jenis Islam baka inipun turut tidak salah ? Hal ini boleh disahkan oleh guru-guru tajwid seluruh negara pada bila-bila masa. Ambil saja surah al-Fatihah yang menjadi ummul kitab.Saya tidak suka mencabar tetapi saya hampir pasti akan kekurangan yang juga turut melanda orang Melayu yang diperanakkan dalam suasana Islam sepenuhnya ini.satu lagi ialah apa gunanya Quran jika tidak untuk dibaca?Bagaimana orang bukan Islam mahu memahami jika diharamkan mereka dari bertatih membaca al-Quran. Ini permulaan.Kita kena faham. Hatta, Saidina Umar sendiri diwaktu belum Islam(kufur) sekalipun direkodkan pernah merampas sesuatu dari tangan adik beliau. Beliau lalu mendapati bahawa ia satu tulisan dari Surah Toha lalu beliau membacanya dalam keadaan genggam dan lepas. Sebenarnya kufur zaman dulu adalah orang Cina atau Indialah di zaman sekarang. Sepatutnya, kita berbangga apabila orang bukan Islam boleh memetik dan cuba-cuba membaca ayat dari kitab suci kita. Salah satu punca kelemahan dalam menguasai ilmu pembacaan al-Quran ini ialah tidak dapat menguasai tulisan jawi. Ini kerja siapa jika tidak dari kerja pemimpin Umno akibat dari “dasar anti- jawi” mereka yang amat dungu? Pemimpin Umno yang sebelum inilah? Dalam keadaan pemimpin Umno yang meninggalkan Quran dan telah membunuh tulisan jawi itu, tiba-tiba, apabila ada pemimpin Cina membaca Quran dalam pelat yang dipandang salah, pemimpin Umno sibuk mendesak DAP mengemukakan permohonan maaf secara terbuka. Disini soalan pertama saya, mana lebih besar dosanya, menolak Quran dan mengherdik hukum Islam dengan dosa cuba membaca al-Quran? Soalan kedua saya, apa kata, jika dalam satu masa terdekat, ada pihak yang dapat buktikan yang ada juga pemimpin Melayu dari Umno yang membaca Quran dengan salah? Mahu atau wajarkah mereka dimalukan dengan dituntut membuat permohonan maaf secara terbuka? Saya perlu ingatkan di sini bahawa kita sedang hidup di zaman IT. Ingatlah bahawa bukti cukup mudah untuk dicari. Saya pernah tengok keajaiban teknologi internet yang ditunjukkan oleh kawan-kawan dan anak cucu saya. Di sana ada kamera digital, adanya “youtube”, ada 3G, ada pen drive, CD, email dan pelbagai lagi rangkaian produk rakaman yang cukup sofistikated.Dalam hal begini saya lebih gemar kita semua melakukan muhasabah. Jika takdirnyalah, rakan-rakan kita dari yang “belum Islam” ini ada kekurangan dari segi sebutan ayat-ayat Quran, kenapa kita tidak berfikir untuk adakan kelas-kelas asas pengenalan ilmu al-Quran kepada non Islam? Dalam hal ini, gunakanlah semua rangkaian radio dan telivisyen kita untuk mengadakan slot-slot rancangan berupa kelas “mesra al-Quran” seperti yang ada dalam rancangan “learn a word a day” atau belajarlah satu perkataan satu hari . Mungkin juga ia boleh disusuli dengan kelas-kelas malam percuma di semua masjid dan surau. Mungkin juga, kelas-kelas tuisyen malam disekolah-sekolah boleh juga diatur seperti sistem sekolah dewasa di awal tahun 60 han. Atau , kita ada IKIM, JAKIM, YADIM, dan Jabatan-Jabatan Agama Islam setiap Negeri. Saya percaya, kita boleh melakukan sesuatu ;mengambil kesempatan dan menafaat dari trend keghairahan baru yang sihat ini demi membangun bersama Islam dan mendekatkan non Islam kepada Islam. Di sini, tidak bolehkah kita sama-sama cuba berfikir dalam kerangka pemikiran sebuah kerajaan. Janganlah terlalu mahu berpolitik secara berparti dalam serba-serbi sehingga segenap perkara hendak dipolitik mengikut syak wasangka kepartian. Sikit-sikit menuntut maaf.Ini seperti yang didesak oleh Naib Ketua Bahagian Hulu Terengganu misalnya dalam akhbar semalam bertarikh 7 April 2009. Sikit-sikit lapuran polis. Sikit-sikit ini perkara perkauman, menghasut, sensitif dan boleh menimbulkan pecah belah. Jika kita tidak sensitifkan isu ini maka tidak sensitif lah ia. Perkara ini bukannya susah sangat tetapi sengaja nak dikeliru dan nak disusah-susahkan. Mungkin dalam kekeliruan dan kemarahan yang sengaja di api-apikan itulah Umno mengharapkan dirinya dijulang. Sekarang, orang sudah ramai yang cerdik. Ini khususnya dikalangan orang-orang muda. Mereka biasanya lebih cepat menghidu dan dapat membezakan terus antara durian dengan tempoyak. Sebagai penutup, mari kita mendalami keluhan dukacita YB. Nga di atas pendirian terbaru Umno ini. Kata beliau, “saya berasa amat kesal apabila masyarakat Tionghua yang cuba mengenali Islam dan al-Quran melalui kitab berkenaan, tiba-tiba dihalang.” Pendek kata, pelik sungguh Umno ini. Dia tolak Islam tak salah. Orang Tionghua nak dekati Islam melalui bacaan al-Quran di kira salah ? Sejak kalah di kedua bukit, Umno ini, betul-betul sudah menjadi sebuah parti yang meracau. Tidak cukup dengan seribu satu masalah di kedua tangan, dia masih menimbulkan masalah. Kehadirannya cukup menimbulkan serba salah. Ajaran yang dibawanya semakin sehari semakin salah.Nik Abdul Aziz Nik MatMenteri Besar kelantanTanggal: 7 April 2009

11 April 2009

Apa yang sebenar di Mahkamah mengenai 3 Dun lompat !!!!

Status tiga Adun Perak masih belum diputuskan mahkamah
Mohamed Hanipa Maidin Fri Apr 10, 09 5:06:45 pm MYT
Ramai ingin mengetahui sama ada keputusan Mahkamah Persekutuan semalam (9 April 2009) yang memutuskan bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mempunyai kuasa menentukan status tiga bekas Adun Pakatan Rakyat yang melompat iaitu Hee Yit Foong (DAP-Jelapang), Jamaluddin Mohd Radzi (KeADILan-Behrang) dan Mohd Osman Mohd Jailu (KeADILan-Changkat Jering) menandakan berakhirnya isu status ketiga-tiga Adun tersebut?

Sebelum saya menjawab soalan itu, ingin saya berkongsi dengan para pembaca tentang intisari keputusan Mahkamah Persekutuan itu. Keputusan tersebut boleh disimpulkan seperti berikut:
1. Pada 9 April 2009 Mahkamah Persekutuan SEKADAR mengisytiharkan bahawa SPR dan bukannya Speaker mempunyai kuasa untuk menentukan sama ada sesuatu kerusi seseorang Adun seperti mana tiga kerusi Adun Perak tersebut kosong atau tidak.
2. Memandangkan Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa kuasa untuk menentukan sama ada sesuatu kerusi seseorang Adun di Perak kosong atau tidak adalah di tangan SPR, maka SPR berhak menentukan tentang status tiga kerusi Adun tersebut.
3. Memandangkan SPR telah membuat keputusan bahawa tiga kerusi Adun tersebut tidak kosong maka Mahkamah memutuskan bahawa ketiga-tiga Adun tersebut adalah kekal sebagai Adun.
Itulah secara subtantifnya teras keputusan Mahkamah Persekutuan semalam. Persoalannya adakah keputusan Mahkamah Persekutuan tersebut bermakna status ketiga-tiga Adun tersebut tidak boleh dipertikaikan selepas ini?
Jawapannya, status ketiga-tiga Adun itu masih boleh dipertikaikan disebabkan alasan-alasan berikut:
1. Apabila Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa SPR mempunyai kuasa menentukan sama ada sesuatu kerusi Dun kosong atau tidak, Mahkamah Persekutuan sekadar memutuskan pihak mana yang berkuasa (SPR atau Speaker) bagi menentukan kekosongan sesuatu kerusi Dun. Itu sahaja. Tidak lebih dari itu.
2. Mahkamah Persekutuan bagaimanapun TIDAK MEMUTUSKAN sama ada keputusan SPR ke atas status tiga Adun tersebut sah atau tidak sah di sisi undang-undang.
3. Isu sah atau tidak sah keputusan SPR masih boleh dicabar di Mahkamah melalui permohonan semakan kehakiman (judicial review).
4. Mahkamah Persekutuan sendiri mengesahkan bahawa keputusan Mahkamah semalam tidak memprejudiskan saman (Semakan Kehakiman) yang dikemukakan oleh Sivakumar ke atas SPR di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi mencabar keputusan SPR yang tidak mahu mengadakan pilihan raya kecil bagi ketiga-tiga Dun yang berkaitan.
5. Oleh yang demikian keputusan Mahkamah Persekutuan semalam tidak sama sekali menghalang Sivakumar untuk meneruskan saman beliau ke atas SPR yang telah ditetapkan untuk pendengaran pada bulan Mei 2009 ini.
6. Jika kita boleh membuat satu analogi (qiyas) keputusan Mahkamah Persekutuan semalam ia bolehlah diibaratkan seperti berikut:
Hanya kerana seseorang suami diberikan kuasa untuk menceraikan isteri, tidak bermakna sebarang keputusan cerai yang dibuat oleh suami adalah sah dan tidak boleh dipertikaikan di Mahkamah.
Jika misalnya sisuami membuat keputusan menceraikan isterinya di dalam keadaan mabuk atau dalam keadaan tidak waras atau di dalam keadaan dipaksa oleh pihak ketiga, Mahkamah masih boleh membenarkan isteri mencabar keputusan suami tersebut.
7. Begitulah juga keadaan di dalam kes ini. Hanya kerana SPR mempunyai kuasa menentukan sama ada kerusi tiga Adun Perak tersebut kosong atau tidak, ia tidak bermakna keputusan SPR tersebut adalah sah dan tidak boleh dicabar di Mahkamah. Dari segi undang-undang, Mahkamah masih boleh menyemak keputusan SPR tersebut bagi menentukan sama ada keputusan tersebut dibuat mengikut proses dan lunas undang-undang dan prinsip keadilan.
8. Sehingga Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membuat keputusan terhadap saman yang dikemukakan oleh Sivakumar ke atas SPR, maka keputusan SPR masih belum boleh dikatakan secara muktamad sah dan mengikut lunas undang-undang.
Mungkin para pembaca masih ingin bertanya adakah keputusan Mahkamah Persekutuan semalam bermakna Sivakumar sebagai Speaker Perak tidak mempunyai kuasa selepas ini menghalang tiga-tiga Adun tersebut masuk ke dalam dewan Dun.
Jawapannya Sivakumar masih boleh menghalang kerana Mahkamah Persekutuan tidak membuat sebarang perintah melarang Sivakumar dari menahan ketiga-tiga Adun tersebut dari masuk ke dewan Dun. Peguam Umno juga tidak memohon kepada Mahkamah bagi mendapatkan perintah halangan tersebut.
Oleh itu Sivakumar tidak boleh dikatakan menghina Mahkamah jika selepas ini beliau menghalang ketiga-tiga Adun tersebut masuk ke dalam dewan Dun.
Nampaknya sekali lagi keputusan Mahkamah tidak membantu Umno menyekat kuasa V. Sivakumar ? individu yang memeningkan Umno sejak krisis Perak dicetuskan oleh Umno sendiri.- tajdid _ -->

10 April 2009

NAJIB TOLAK SUARA AKAR UMBI !!!

Thursday, 9 April 2009 •
Kategori: Berita Semasa, Berita Utama, Nasional, Parlimen
Anna Yusof

KUALA LUMPUR, 9 April (SK) : Pengumuman Perdana Menteri, Najib Razak menamakan senarai 28 orang menteri dan 40 timbalan menteri dalam anggota kabinet barunya termasuk enam orang yang kalah dan tidak bertanding dalam pilihanraya umum ke-12 lalu dianggap mempersendakan suara rakyat.
Mereka adalah Sharizat Abdul Jalil, Dr Koh Tsu Khoon yang kalah serta yang tidak bertanding iaitu Chew Mei Fun, Awang Adek Husin, Jamil Khir Baharom, Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.
Keenam-enam mereka dilantik sebagai senator petang ini supaya dapat menerajui pucuk pimpinan yang dilihat agak memeranjatkan rakyat itu.
Timbalan Ketua Pemuda Umno yang juga Ahli Parlimen Jerlun Mukhris Mahathir di lantik timbalan menteri Perdagangan Antarabangsa dan Perindustrian (MITI), Razali Ibrahim dilantik sebagai timbalan beliau dan sukan, tetapi Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin tidak diberi sebarang mandat di dalam kebinet baru beliau.
“Ini menunjukkan bahawa Najib menafikan suara rakyat kerana menolak calon sokongan rakyat semasa Pilihanraya umum dan melantik orang yang patuh kepada arahan beliau,” kata Penasihat KeADILan Syed Hussin Ali Kepada Suara Keadilan.
“Najib menolak Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin yang juga Ketua Pemuda Umno di dalam kabinet beliau semata-mata kerana Khairy bukan kroninya,” kata beliau lagi.
Ketua Wanita, Shahrizat dilantik sebagai Menteri Kemajuan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, manakala ketua Puteri Umno, Rosnah Rasyid Syirin dilantik sebagai Timbalan Menteri Kesihatan.
Manakala para menteri yang digugurkan ialah Syed Hamid Albar, Muhammad Muhd Taib, Mohd Zin Mohamad, Amirsyam Aziz dan Azalina Othman Said seperti yang dijangkakan.
Turut digugurkan ialah timbalan menteri, Noraini Ahmad manakala mereka yang dibawa masuk semula menganggotai kabinet kali ini termasuk ahli Parlimen Batu Pahat, Puad Zarkashi (Timbalan Menteri Pelajaran).

Berikut adala senarai penuh kabinet baru

Kementrian Kewangan
(1) Najib Abdul Razak
(2) Ahmad Husni Hanadzlah
Chor Chee Heong (timbalan)
Senator Dr Awang Adek Hussien (timbalan)

Kementrian Pelajaran
Muhyiddin Yassin
Dr Wee Ka Siong (timbalan)
Dr Puad Zarkashi (timbalan)

Kementrian Pengangkutan
Ong Tee KeatDr Wee Ka Siong (timbalan)
Dr Puad Zakarshi (timbalan)

Kementrian Dalam negeri
Hishammuddin HusseinAbu Seman Yusop (timbalan)
Jelaing Mersat (timbalan)
Kemetrian Penerangan, komunikasi, kesenian dan kebudayaan
Dr Rais YatimJoseph Salang Gandum (timbalan)
Heng Seai Kie (timbalan)

Tenaga, teknologi hijau dan air
Peter Chin Fah KuiNoriah Kasnon (timbalan)

Pembangunan luar bandar dan wilayah
Shafie ApdalHassan Malek (timbalan)
Joseph Entulu Belaun (timbalan)

Pengajian tinggiMohamed Khaled Nordin
Perdagangan antarabangsa dan industri
Mustapa Mohamed
Mukhriz Mahathir (timbalan)

Pelancongan
Dr Ng Yen Yen

Pertanian dan perniagaan asas tani
Noh Omarohari Baharom (timbalan)

Pertahanan
Ahmad Zahid Hamidi

Kerja raya
Shaziman Mansur

Kesihatan
Liow Tiong Lai

Belia dan sukan
Ahmad Shabery CheekRazali Ibrahim (timbalan)

Pembangunan sumber manusia
S Subramaniam

Perumahan dan kerajaan tempatan
Kong Cho Ha

Wanita, keluarga dan masyarakat
Shahrizat Abdul Jalil

Kementerian Luar
Anifah Aman

Wilayah persekutuan
Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin

Dr Koh Tsu Koon - hal ehwal perpaduan dan pengurusan prestasi
Nazri Abdul Aziz - hal ehwal perundangan dan parlimen
Nor Mohamed Yaakop - UPU
Major Gen Jamil Khir Baharom - Islamic Affairs

SURAT TUAN GURU KEPADA NGA KOR MENG !!

9 April 2009
YB Encik Nga Kor Ming
EXCO Kerajaan Negeri Perak
Pejabat EXCO Negeri Perak30000 Ipoh
PERAK DARUL RIDZUAN.

Menemui YB Encik Nga dengan ucapan salam sejahtera

Yang Berhormat,

Alhamdulillah, dengan izin Allah, saya telah mengikuti isu di sekitar percubaan YB untuk mengenali Islam melalui pembacaan Ayat-Ayat Al-Quran dengan tekun. Saya juga terharu mendengar keluhan YB yang berbunyi “saya berasa amat kesal apabila masyarakat Tionghua yang cuba mengenali Islam dan Al-Quran melalui kitab berkenaan, tiba-tiba dihalang.

”Saya boleh memahami dan menyelami perasaan kecewa yang sedang melanda hati YB. Mudah-mudahan dengan sikap “tidak mesra Umno” dan pemimpin-pemimpin Umno tentang kecenderungan masyarakat Tionghua dan India yang sihat ini, ia akan meningkatkan lagi kesedaran Non-Islam untuk lebih mengkaji, mendalami dan mengadakan forum serta wacana mengenai Islam dengan cara yang lebih meluas.

Saya mempunyai sebuah impian. Dalam tempoh tidak berapa lama lagi mudah-mudahan akan muncul lebih ramai orang dari kalangan masyarakat Tionghua, India, Siam, Bajau dan Kadazan yang tampil menjadi Qari, Ustaz, Khatib dan Imam di seluruh negara. Kalau Jenghiz Khan yang mengetuai tentera Moghul menyerang dan memusnahkan hampir seluruh Kerajaan dan tamadun Islam di Kota Baghdad, tetapi sempat ditebus semula keagungan Islam melalui cucunya yang bernama Aurangzeb yang menegakkan empayar Islam di India kemudiannya. Maka saya mempunyai keyakinan yang kuat bahawa Islam akan kembali gemilang di negara kita melalui kaedah dan insiden yang hampir sama. Mudah-mudahan YB lah orangnya yang akan meletakkan batu asas pertama ke arah menyusun batu bata yang kukuh ini untuk terus bertumpang tindih.

Mari kita bina asas ini dengan mengatur langkah-langkah permulaan melalui seminar, muzakarah, muqabalah, dialog dan wacana. Tajuk-tajuk seperti “dimana tak kenanya Islam” atau “apa mesej al-Quran kepada orang bukan Islam” bolehlah difikirkan. Anggota panel boleh terdiri daripada tokoh-tokoh PAS, Umno, DAP, PKR dan pemimpin-pemimpin NGO, pensyarah serta pendakwah bebas. Ia boleh dijadikan sesi kuliah bersiri yang boleh dianjurkan di PWTC, di masjid-masjid, surau-surau, kuil-kuil dewan-dewan perhimpunan, di universiti-universiti, baik di IPTS atau IPTA.

Sekali lagi saya mengucapkan syukur kepada Allah S.W.T di atas kekuatan dan keberanian yang ada pada YB. Terus tekun dan beristiqamahlah dalam mengharungi ujian-ujian ini. Insya Allah saya seakan-akan sedang melihat sekerdip lilin yang bercahaya di hujung sana.

Marilah kita sama-sama ke sana.

* MEMBANGUN BERSAMA ISLAM

*(TUAN GURU DATO’ HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT)
Menteri Besar Kelantan
MerangkapMursyidul Am PAS

09 April 2009

Target undi Melayu dan cina melebihi sasaran !!!!


TAIPING: PAS, yang berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Bukit Gantang, memperoleh kira-kira 43 peratus pengundi Melayu - lebih daripada disasarkan parti itu.
Malah PAS juga memperoleh sokongan besar daripada pengundi-pengundi Cina kali ini untuk kekal di Bukit Gantang yang merupakan kubu kuat Barisan Nasional (BN) sejak 1959.
"Sokongan kaum Cina dianggarkan naik daripada 65 peratus ketika Mac 2008 kepada 75 peratus kali ini," kata Pengarah Operasi Pilihan Raya Kecil Bukit Gantang, Asmuni Awi hari ini.
"Dari segi sokongan pengundi Melayu, kami sebenarnya hanya menjangkakan kira-kira 40 peratus tetapi kami peroleh hampir 43 peratus, ia melebihi sasaran kami," kata beliau.
Nizar memperoleh 21,860 undi manakala calon BN, Ismail Saffian menerima 19,071 undi dan calon Bebas, Kamarul Ramizu Idris 62 undi.
Peratusan keluar mengundi adalah sebanyak 41,626 (75 peratus) naik tiga peratus dengan undi rosak sebanyak 456.
Nizar, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Panjang, menang dengan majoriti 2,789 undi berbanding diperoleh Allahyarham Roslan Shaharum, dari PAS, sebanyak 1,566 undi. Mengenai sokongan pengundi India pula kata beliau, ia tidak jauh berubah dengan kekal dalam lingkungan 60 peratus berbanding 63 peratus ketika pilihan raya umum 2008.
Bahagian Parlimen Bukit Gantang terdiri daripada 55,562 pemilih dengan kaum Melayu mewakili kira-kira 63.5 peratus, diikuti masyarakat Cina 27.1 peratus, India 9.1 peratus dan selebihnya kaum lain.
Kata beliau, walaupun ada usaha untuk menghalang arah aliran sokongan pengundi Cina dan Melayu kepada PAS tetapi pihaknya berjaya memperoleh sokongan besar.
Dari segi prestasi mengikut bahagian Dewan Undangan Negeri (DUN), beliau berkata, pihaknya menerima sokongan memuaskan di DUN Kuala Sepetang.
Kali ini PAS memengani tambahan satu peti undi berbanding lima tahun lalu di DUN Kuala Sepetang.
Di bahagian itu, PAS memperoleh 8,466 undi berbanding 7,490 manakala BN juga mengalami kenaikan iaitu daripada 6,193 kepada 6,259.
Di DUN Changkat Jering, kali ini PAS kehilangan satu peti undi kepada BN iaitu Changkat Jering.
Pada pilihan raya umum lalu PAS menguasai lapan peti undi di DUN Changkat Jering yang wakilnya telah keluar PKR dan Pakatan Rakyat lalu bertindak sebagai wakil rakyat Bebas.
Kedua-dua BN dan PAS memperoleh sokongan undi lebih baik kali ini.
PAS menerima 9,896 undi berbanding 9,163 Mac tahun lalu manakala BN pula 8,206 undi berbanding 7,939 undi.
Berhubung kedudukan di DUN Trong, yang dikuasai BN tahun lalu, PAS juga kehilangan satu peti undi. Tahun lalu kedua-dua BN dan Pakatan Rakyat menguasai masing-masing tujuh peti undi.
Dari segi undi sokongan, kedua-dua BN dan PAS menerima peningkatan undi.
Misalnya PAS merekodkan 3,367 undi berbanding 3,301 tahun lalu manakala BN memperoleh 4,124 undi berbanding 4,021 undi Mac 2008.
Dari segi undi diperoleh, PAS menguasai DUN Kuala Sepetang dan Changkat Jering.

AZILAH DAN SIRUL DI HUKUM MATI !!!!



KUALA LUMPUR: Dua anggota Unit Tindakan Khas, Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi hari ini selepas bersalah atas tuduhan membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibu, tiga tahun lalu. Hakim Datuk Mohd Zaki Md Yasin membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan. Prosiding perbicaraan kes bunuh Altantuya masuk hari ke-160 hari ini.
Pada 31 Oktober 2008, Abdul Razak Abdullah Baginda dilepas dan dibebaskan oleh mahkamah daripada tuduhan bersubahat dengan kedua-dua tertuduh kerana membunuh Altantuya.

UMNO SEMAKIN REPUT !!!!!



Salmah Mat Husain Wed Apr 08, 09 8:09:14 pm MYT
KOTA BHARU, 8 April (Hrkh) - Kejayaan Pakatan Rakyat pada pilihan raya kecil di Perak dan Kedah seakan-akan memberi isyarat jelas ketuanan Umno dan Barisan Nasional yang bertapak sejak merdeka kian reput.
Dan dalam masa yang sama Pakatan Rakyat semakin deras bergerak ke hadapan sebagai persiapan menerajui pentadbiran negara.
Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, kemenangan itu juga membuktikan rakyat termasuk bukan Islam begitu mual dengan tindakan pemimpin Umno dan BN yang sarat dengan rasuah dan penyalahgunaan kuasa.
"Saya begitu kagum melihat masyarakat non muslim khususnya masyarakat India dan Cina yang telah hilang rasa fobia terhadap PAS sehingga mereka memberi undi pada pilihan raya kecil tersebut," katanya selepas mesyuarat Exco di sini, hari ini.
Pada pilihan raya kecil Bukit Gantang semalam, Dato' Seri Nizar Jamaluddin berjaya melonjat jumlah majoriti sehingga hampir 100 peratus berbanding pada pilihan raya umum lalu.
Begitu juga dengan jumlah majoriti calon Keadilan di Bukit Selambau, S Manikumar meningkat berbanding pilihan raya umum tahun lepas.
Bagaimanapun keputusan pilihan raya kecil di Batang Air sudah dijangka berpihak kepada BN memandangkan kedudukan kawasan itu di pedalaman di mana rakyat sukar mendapat maklumat kedua.
Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, sebelum ini kerajaan BN sanggup menggunakan apa sahaja termasuk ISA bagi menyekat pihak lawan.
Menurutnya juga biar pun PAS dan Pakatan Rakyat tidak mencanangkan pembangunan dalam kempen, namun rakyat boleh menerima kehadirannya memandangkan mesej keamanan, kesejahteraan dan keadilan yang dibawa.
Beliau juga menyifatkan kemangan Pakatan Rakyat berjaya memulih semula maruah negara pada pandangan negara luar setelah demokrasi dikengkang hebat kerajaan BN. - mj _

Setiausaha Sulit Kanan MB Hj Nizar di tukar semula ke Putra jaya !!!!!!

Kerajaan Haram Perak yang dipimpin oleh Zambry telah melakukan satu penganiyaan ke atas bekas Setiausaha Sulit Kanan MB Hj Nizar dengan menukarnya ke Kuala Lumpur. Che Leh sebelum ini berkhidmat di Putra Jaya setelah berkali-kali ditukarkan dari satu jabatan ke satu jabatan yang lain di Perak yang akhirnya bertukar ke Putra Jaya.Ketika Hj Nizar dilantik sebagai MB, jawatan Setiausaha Sulit Kanan kosong, sedangkan jawatan dan tugas tersebut sangat penting bagi menghubungkan antara Pejabat Menteri Besar dengan jabatan-jabatan yang lain. Che Leh seorang Pegawai Tadbir Diplomatik yang bertugas di Putra Jaya mengisi jawatan tersebut dan berkhidmat kepada Menteri Besar sehinggalah Zambry mengambil alih. Che Leh pun tidak berhasrat untuk berkhidmat dengan MB baru ini, tidak serasi katanya. Dia ada mohon supaya ditukarkan ke mana-mana Jabatan di Perak yang ada kekosongan sesuai dengan jawatannya. Ada beberapa jawatan di jabatan-jabatan lain kosong yang beliau layak mengisinya. Tetapi dihantar juga ke Putra Jaya.Beberapa hari setelah Zambry memasuki pejabat, seorang yang akan mengisi jawatannya telah memasuki biliknya dan memberi isyarat seolah-olah you keluar dari bilik ini, you tidak diperlukan di sini. Orang itu seterusnya dilantik sebagai Setiausaha Sulit Kanan Menteri Besar. Jawatan yang sepatutnya diisi oleh Pegawai Kerajaan tetapi diisi oleh orang politik. Saya difahamkan sehingga sekarang pegawai-pegawai pejabat Menteri Besar tidak ada pegawai lantikan kerajaan, semuanya orang politik yang tentu berkhidmat untuk kepentingan politik MB. Setiausaha Sulit sehingga sekarang belum di isi.Che Leh ditempatkan sementara tanpa sebarang tugas dan tanggungjawab di Perpustakaan SUK. Setiap hari lebih kurang hampir dua bulan, kerjanya membaca surat khabar dan buku. Pada hal di Jabatan lain seperti JAIP & PTG katanya ada kekokosngan yang beliau layak mengisi jawatan tersebut.Berbeza ketika Hj Nizar masuk pejabat. Setelah lebih kurang tiga bulan, baru berlaku pertukaran pegawai. Pertukaran tersebut tidaklah dalam bentuk penganiyaan. Setiausaha Sulit ditukar ke Bahagian Kewangan, manakala Pegawai Khas MB ditukar ke Bahagian Kewangan, masih di bangunan yang sama. Lapan bulan kemudian, CC pejabat pentadbiran MB ditukar ke Jabatan lain, itupun bukan kerana penganiyaan, tetapi oleh kerana terlalu lamanya CC tersebut di pejabat MB, sejak zaman Tan seri Ramli Ngah Talib lagi, jadi eloklah ditukar ke tempat yang lain. Sebaik Zambry masuk pejabat, kerani tersebut dipanggil semula ke pejabat MB.Saya juga difahamkan, suasana kemesraan tidak lagi wujud di pejabat MB, staf-staf pejabat berkerja dalam suasana agak tertekan dan takut. Berbeza dengan suasana semasa kami berkhidmat di pejabat MB. Setiap pagi, sarapan percuma disediakan di pantri pejabat, sarapan tersebut disumbangkan oleh MB setiap hari. Semua pegawai dan staf makan sama-sama. Saya jarang bersarapan pagi, tetapi ada peluang bersarapan, saya bersarapan sekali dengan staf pejabat. Suasananya cukup mesra.Di surau SUK, saya difahamkan suasana tidak sebagaimana dahulu, setiap Zohor memanglah ada yang solat berjamaah, tetapi tidak seramai dahulu. Tazkirah Zohor sudah tidak kedengaran lagi. Dulu MB Nizarlah yang mengimami solat Zohor dan menyampaikan tazkirah, ramai yang menjadi makmumnya, termasuk EXCO dan pegawai-pegawai kanan kerajaan kecuali dua orang EXCO yang setiap hari ada dipejabat tetapi tidak pernah sekalipun terjumpa berjamaah sekali di surau apatah lagi mendengar tazkirah. Dato' SUK pun jarang sangat terjumpa berjamaah di Surau, sekarang dengar cerita rajin pulak, Alhamdulillah ada perubahan.Dulu MB Nizar selepas solat Zohor akan makan tengahari di Kantin Pejabat, dia akan mengajak semua pegawai-pegawainya makan sekali, kalau kebetulan ada orang awam nak berjumpa MB diajaknya makan sekali. MB setiap hari belanja kami makan tengahari. Orang lain tidak ada peluang untuk membayarnya.

08 April 2009

Rakyat belum maafkan BN !!!! - Malaysiakini

Apr 8, 09 10:10am

dikemaskini analisis Kejayaan Pakatan Rakyat mengekalkan Bukit Gantang dan Bukit Selambau dengan pertambahan majoriti membuktikan rakyat terus-menerus menolak BN walaupun pilihanraya umum sudah setahun berlalu.Kemenangan itu juga menunjukkan rakyat Malaysia masih belum memaafkan BN walaupun Umno - tulang belakang gabungan itu - dan negara sudah bertukar kepemimpinan kepada Datuk Seri Najib Razak.BN yang melontarkan slogan "mohon restu rakyat, pilih Barisan Nasional" dengan gambar besar Najib dan barisan pemimpinnya jelas gagal mendapatkan restu tersebut - sama ada terhadap beliau sendiri atau menteri besar BN yang baru, Datuk Zambry Abd Kadir.Seperti dihasratkan oleh Pakatan, ia akhirnya menjadi "pungutan suara" terhadap perdana menteri baru itu yang belum lagi sempat membariskan kabinetnya sejak mengangkat sumpah, Jumaat lepas. Najib dijangka mengumumkan kabinet baru tengah hari esok.Kejayaan menteri besar Pakatan di Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin mengekalkan kerusi parlimen itu - di kubu tradisi Umno - juga menunjukkan bahawa rakyat tidak merestui rampasan kuasa BN di negeri tersebut, Februari lalu.Ia juga membuktikan strategi kempen BN yang cuba menggambarkan Mohamad Nizar sebagai seorang "penderhaka" kepada Sultan Perak tidak diterima pengundi. Kini bukan sahaja beliau, malah seluruh Bukit Gantang juga "mohon derhaka" - ucapan yang disampaikan sewaktu ingin berbeza pandangan dengan Sultan Azlan Shah di kemuncak krisis dengan Istana Kinta.Kepemimpinan PAS dilihat tepat membaca politik apabila memilih ADUN Pasir Panjang itu sebagai calonnya di saat-saat akhir untuk memanfaatkan suasana tidak menentu di negeri itu.Kehadiran mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad - yang kembali kepada Umno, Sabtu lalu - juga tidak banyak membantu.Malah, dipercayai kalangan penyokong Umno akan menyalahkan kehadiran bekas presiden Umno itu atas kekalahan teruk BN di dua kawasan pilihanraya kecil tersebut.Mohamad Nizar meraih majoriti 2,789 undi apabila menewaskan calon BN Ismail Saffian yang mendapat 19,071 undi. Arwah wakil rakyat PAS Roslan Shaharum memperolehi 1,566 undi - kali pertama parti itu menawan kubu BN berkenaan.Sementara calon PKR S Manikumar (foto, kanan sekali) yang mengekalkan kemenangan bekas wakil rakyatnya V Arumugam menunjukkan calon muka baru tidak menjadi isu kepada pengundi parti pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.Walaupun PKR berdepan dengan krisis kecil susulan pemilihan mengejut Manikumar, yang bakal dilantik sebagai exco kerajaan Kedah, tetapi sokongan pengundi di DUN Selambau tetap tidak berubah.Ahli perniagaan di awal 30-an itu menang dengan majoriti 2,403 undi dengan meraih 12,632 undi. Manakala calon BN Datuk S Ganesan memperolehi 10,229 undi. Arumugam, waktu itu calon bebas, meraih 2,362 undi.Daripada lima pilihanraya kecil dalam tempoh sembilan bulan sejak Ogos lalu, Pakatan menang empat kerusi dengan majoriti yang semakin besar, termasuk merampas Kuala Terengganu, Januari lepas - gejala yang menunjukkan BN semakin hilang cengkaman di peringkat akar umbi masyarakat.Bagaimanapun ia masih berkuku di Batang Ai apabila calonnya Malcolm Mussen Lamoh berjaya menggandakan majoritinya kepada 1,854 undi daripada 806 yang diraih pada pilihanraya Sarawak, 2006. Kegagalan PKR menggugat BN, setidak-tidaknya menurunkan majoriti parti itu, membayangkan parti pembangkang itu harus bekerja lebih keras bagi menghadapi pilihanraya negeri yang bakal diadakan selewat-lewatnya pada 2011.Ia juga boleh mengendurkan keghairahan penasihat PKR untuk melebarkan sayapnya ke Malaysia Timur seperti sering diuar-uarkan setelah menggondol keyakinan baru selepas keputusan luar biasa 8 Mac tahun lalu.Tiga pilihanraya kecil serentak ini dengan jelas mempertahankan status quo - menajamkan lagi persaingan politik antara Pakatan dengan BN, dengan satu perbezaan iaitu Najib pula menggalas beban Tun Abdullah Ahmad Badawi. Bekas presiden Umno dan perdana menteri itu dipaksa berundur awal dengan alasan beliau punca utama kemerosotan BN pada pilihanraya ke-12. Bagaimanapun keputusan di Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai hari ini tidak menunjukkan Najib boleh memperbaiki kelemahan Abdullah dengan segera kecuali harus terus melaksanakan janji reformasi seperti formula kemenangan BN pada 2004. Mengulas kemenangannya, Mohamad Nizar berkata ia menunjukkan rakyat mahukan demokrasi sebenar dan akan menjadikan kejayaan ini untuk menuntut pembubaran DUN Perak bagi membolehkan satu pilihanraya peringkat negeri diadakan. Nada yang sama - membubarkan DUN untuk mendapatkan mandat baru rakyat Perak - turut disuarakan oleh tokoh DAP Lim Kit Siang dan Anwar malam ini. Lim, juga ahli parlimen Ipoh Timur, malah menyifatkan keputusan itu sebagai tanda rakyat hilang kepercayaan kepada Najib dan menggesa sidang tergempar Dewan Rakyat untuk menguji sokongan terhadapnya.Sambil menyifatkan rahsia kemenangan Pakatan Rakyat pada kerjasama erat tiga parti pembangkang, Anwar memberitahu Malaysiakini malam ini, bahawa keputusan itu membayangkan semua kaum tetap mahu menuntut perubahan walaupun Najib telah menggantikan Abdullah. Timbalan presiden Umno yang memikul jentera kempen BN kali ini menafikan kegagalannya sebagai "pungutan suara" terhadap Najib. Tan Sri Muhyiddin Yassin malah berkata rakyat belum "menyerap" perubahan pucuk kepimpinan negara dan Umno kerana ia masih terlalu baru. Selain menafikan keputusan di Bukit Gantang sebagai tanda penolakan terhadap rampasan kuasa BN di Perak, beliau juga menolak tanggapan bahawa kehadiran Dr Mahathir membawa kesan "negatif" kepada calon parti itu.

Moga ke bawah Duli Sultan Perak Perkenan Bubar DUN !!!!


PASCA PRK : MOGA KE BAWAH DULI SULTAN PERAK PERKENAN BUBAR DUN

Keputusan PRK Bukit Gantang membuktikan bahawa rakyat tetap dan terus istiqamah menyokong PR di Perak. Kemenangan dengan majoriti yang jauh lebih besar iaitu lebih dari 1,000 undi mencerminkan bahawa rakyat mahukan DUN Perak dibubarkan sebagaimana yang dimahukan oleh PR.
Oleh itu saya sebagai seorang rakyat Malaysia (walaupun bukan orang Perak) memohon perkenan Tuanku Sultan Perak agar membubarkan DUN untuk menyelesaikan kemelut politik di Perak yang tidak berpenghujung hingga kini. Tidak ada gunanya kerajaan HARAM BN Perak memerintah kerana tindakan BN merampas kuasa dengan cara yang tidak bermaruah tidak diterima oleh majoriti rakyat Perak.
Malah kita dapat melihat bahawa kerajaan 'HARAM' yang memerintah hari ini juga tidak dapat menumpukan perhatian kerana terpaksa menghadapi satu demi satu tindakan mahkamah dari PR sehingga Menteri Besar Kerajaan 'Kudeta', Zambry Kadir pun hilang fokus dan tidak mampu untuk mentadbir dengan baik.Ketidaktentuan kerajaan 'HARAM' Perak terus menyelubungi kita semua. Jika benar Sidang Bawah Pokok Kerajaan PR baru-baru ini tidak sah maka sudah pasti DUN Perak akan terbubar dengan sendiri bulan Mei ini kerana tidak mengadakan Sidang DUN selama lebih 6 bulan. (Jika fakta saya silap sila betulkan). Alangkah malunya negeri Perak jika DUN Perak terbubar dengan sendiri lantaran Sidang DUN tidak dipanggil selepas 6 bulan Sidang DUN sebelum ini. Jika Sidang DUN bawah pokok diiktiraf sah maka sudah pasti semua usul yang dibawa pada sidang tersebut adalah sah yakni YB Nizar masih MB dan yang paling penting DUN juga terbubar dengan sendiri kerana usul pembubarannya telah diluluskan pada Sidang bersejarah tersebut.
Jadi jalan penyelesaian bagi kemelut dan kekalutan ini ialah Ke Bawah Duli Sultan Perak memperkenankan pembubaran DUN Perak dengan segera bagi memberi mandat kepada rakyat memilih kerajaan Baginda yang baru.
Daulat Tuanku!

Kalau anak jantan Zambry bubar Dun Perak !!!!

Kalau Zamry Kader anak jantan, bubar Dun Perak untuk rakyat pilih kerajaan baru!
GERAK SEDAR ANAK PERAK (GESA) mengucapkan tahniah kepada Dato' Seri Mohamad Nizar Jamaluddin, calon PAS Bukit Gantang yang telah dinobatkan pengundi di sini sebagai pemenang dan wakil mereka di Parlimen menewaskan Ismail Safian, anak tempatan Changkat Ibol yang bertanding atas tiket BN.Presidennya, Tarmizi Mohd Jam menyifatkan kemenangan ini sebagai hadiah dan penawar untuk PAS Perak yang kehilangan sebuah kerajaan bersama milik rakyat tiga bulan lalu dan sekaligus keputusan pengundi di sini menjadi referendum rakyat menolak Perdana Menteri yang baru, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak, menyahkan kepimpinan baru Umno, menendang BN dari bukit dan apa yang paling penting, rakyat tidak merestui "Mohon Restu Rakyat" tajaan BN sepanjang kempen pilihan raya berlangsung.BN dan Umno sewajarnya sedar dengan keputusan rakyat itu dan GESA mendesak agar kepimpinan kerajaan "haram" Perak membubarkan Dun dan adakan semula pilihan raya umum peringkat negeri secara anak jantan.Katanya, apa yang terjadi di Bukit Gantang memberi signal jelas kepada BN dan Perdana Menteri tentang amalan politik lama yang dipraktikkan mereka sudah jauh ditolak oleh rakyat. Sebaliknya, sebuah kerajaan yang telus, demokrasi dan budiman amat diimpikan mereka dalam melangsungkan kehidupan di negara ini.
Dicatat oleh Tarmizi Mohd Jam di Rabu, April 08, 2009 0 ulasan

Kempen BN "Mohon Restu Rakyat" berjaya digodam kempen PAS "Kekal Kemenangan Rakyat" di Bukit Gantang!

SEKALIPUN BN telah mengundurkan Abdullah Ahmad Badawi dari menguasai serambi kuasa di Putrajaya, namun pertabalan Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri yang baru dilihat tidak menjanjikan kemanisan buat Umno dan komponen yang semakin ditolak rakyat itu.Tema kempen BN di Bukit Gantang "Mohon Restu Rakyat" terbukti tidak dilunaskan oleh rakyat Bukit Gantang sendiri sebaliknya mereka masih mahukan Pakatan Rakyat terus menguasai bukit itu, yakni menepati tema PAS dalam kempen di sana "Kekal Kemenangan Rakyat".Bukan sahaja SB terkejut malah para pemimpin Umno yang baru dan lama tidak boleh menerima dan mengakui hakikat mereka kalah di Bukit Gantang dan Bukit Selambau, Kedah. Ini realiti yang sukar diterima oleh mereka setakat ini setelah berhempas-pulas berkempen dan menabur "rasuah politik" kepada para pengundi.Apa yang jelas, kempen BN "Mohon Restu Rakyat" ditolak oleh rakyat sendiri. Ini bermakna rakyat tidak merestui kompen BN itu dan melihat komponen yang ditunjangi Umno itu sebagai berlakon untuk menang dan berkuasa di negara ini.Jika benar BN mahu "Mohon Restu Rakyat" yang telah menolak mereka pada pilihan raya umum lalu, hingga tumbangnya kerajaan angkuh BN di Perak beralih kepada Pakatan Rakyat, kerajaan "haram" pimpinan Dr Zamry Abdul Kader patut membubarkan Dun dan mengadakan pilihan raya kecil peringkat negeri untuk mendapatkan semula apa yang dikatakan "Mohon Restu Rakyat" itu."Mohon Restu Rakyat" bukan hanya di Bukit Gantang tetapi rakyat Perak mahu Zamry dan BN akur dengan kehendak rakyat agar Dun dibubarkan bagi membolehkan rakyat menentukan kerajaan manakah yang mereka inginkan berkuasa di Perak.Itulah referendum pengundi Bukit Gantang pada pilihan raya kecil ini, semalam yang patut difahami dan ditekuni oleh pemimpin BN seperti najib Tun Razak, Zahid Hamidi, Muhyiddin Yassain dan Zamry Abdul kader. Rakyat sebenarnya tidak meretui BN merampas kuasa di Perak, menumbangkan kerajaan Pakatan Rakyat di Perak.
Dicatat oleh Tarmizi Mohd Jam di Rabu, April 08, 2009 0 ulasan

Kekal status quo tetapi "2 Bukit" tolak mentah-mentah BN sekalipun pelbagai janji, jentera kerajaan dipergunakan raih undi!


TIGA pilihan raya kecil Selasa menyaksikan status quo dikekalkan dengan Barisan Nasional (BN) dan pembangkang yang terdiri daripada PAS serta PKR, masing-masing mengekalkan kerusi yang dimenangi pada pilihan raya pada Mac tahun lepas, ulas Bernama.BN memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Batang Ai di Sarawak selepas calonnya Malcom Mussem Lamoh menumpaskan calon PKR Jawah Gerang untuk menawan kembali kerusi DUN di kawasan pedalaman itu.Beliau memperolehi 3,907 undi berbanding Jawah 2,053 di kawasan DUN yang mempunyai 8,006 pengundi itu. Sebanyak 59 undi lagi ditolak.Majoriti Malcom lebih tingi berbanding 806 majoriti yang diperolehi calon BN Datuk Dublin Unting Inkot pada pilihan raya tahun lepas. Pilihan raya kecil ini diadakan ekoran kematian Dublin pada 24 Februari lepas.Ramai kalangan pemerhati politik merasakan bahawa kemenangan ini membuktikan bahawa parti pembangkang dari Semenanjung Malaysia gagal dalam usaha melebarkan sayap mereka ke Sarawak, yang perlu dilakukan sekiranya mereka berhasrat untuk menerajui kerajaan persekutuan berikutnya.Malah menurut mereka keputusan itu menunjukkan bahawa pengundi di kawasan pedalaman Sarawak tetap berdiri teguh di belakang BN, dan tidak akan meninggalkannya dalam masa terdekat ini."Ini kerana janji-janji pembangunan, di mana BN berjaya melaksanakannya. Jadi mengapa perlu diubah, semasa nikmat pembangunan sedang dikecapi?" kata seorang pemimpin sebuah parti politik komponen BN.Sementara itu calon BN bagi DUN Bukit Selambau dan parlimen Bukit Gantang pula gagal dalam misi masing-masing menumbangkan PKR dan PAS.Di Bukit Selambau, Kedah, yang menyaksikan sejarah tersendiri tercipta apabila ia membabitkan pertandingan 15 calon, calon BN dari MIC Datuk S. Ganeson ditewaskan oleh calon PKR S. Manikumar.Calon dari parti pembangkang itu memperolehi 12,632 undi berbanding Ganeson yang hanya mendapat 10,229 undi, iaitu majoriti 2,403.
Dicatat oleh Tarmizi Mohd Jam di Rabu, April 08, 2009 0 ulasan

Hishamuddin masih berdolak-dalik, tidak mahu terima kekalahan kerana tolak Najib sebagai PM!

KEGAGALAN Barisan Nasional merampas kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau daripada pembangkang bukan bermakna rakyat menolak kepimpinan baru negara yang kini di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak, kata Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.Bernama melaporkan, Hishamuddin terdapat beberapa faktor tempatan dan nasional yang menyumbang kepada kekalahan itu."Itu adalah jauh sekali kerana (Datuk Seri) Najib baru pegang tampuk pimpinan dan barisan jemaah menteri belum pun diumumkan dan dalam keadaan ini, saya rasa jauh untuk orang menilai kepimpinannya kerana saya mengenali Najib dengan dekat dan melalui beberapa pilihan raya kecil dengannya."Saya percaya berikan masa kepada kami. Kita dapat buktikan bahawa politik BN bukan politik sementara, bukan politik sensasi dan bukan politik berkisar kepada isu-isu tertentu sahaja tetapi suatu perjuangan yang konsisten dan mengambil kira citarasa dan kehendak orang ramai, masa, tempat dan zaman," katanya.Beliau berkata demikian ketika mengulas keputusan pilihan raya kecil itu di mana kegagalan BN merampas kembali kerusi berkenaan daripada pakatan pembangkang di Bilik Gerakan BN di sini malam ini.Katanya adalah tidak adil untuk menilai prestasi BN di bawah pimpinan Najib kerana pilihan raya kecil berlaku ketika BN baru saja mengalami peralihan kuasa dan pertukaran pemimpinnya."Beri masa kepada kami dan kita akan membuktikan bahawa politik BN bukan sementara, sensasi dan berkisar pada isu tertentu sahaja tetapi perjuangan BN adalah konsisten dan mengambilkira aspirasi rakyat," katanya.Hishammuddin berkata kekalahan pilihan raya kecil itu memberi pengajaran berguna kepada BN dalam mengharungi masa depan terutamanya bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 akan datang.Dalam pada itu, beliau berkata BN menerima keputusan kekalahan kerusi DUN Bukit Selambau dengan hati terbuka dan parti itu akan mengkaji faktor-faktor yang membawa kepada kekalahan itu."Ini merupakan satu pengajaran yang ada hikmahnya dan kita akan telitinya secara terperinci dan memastikan bahawa menjelang pilihan raya umum atau pilihan raya kecil yang akan kita hadapi, kita belajar dari pengalaman kita di sini," katanya.Turut hadir pada sidang media itu Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Kedah Datuk Mahdzir Khalid dan calon BN Datuk S. Ganesan.Sementara itu, Ganesan yang kelihatan sugul tetapi tenang menerima keputusan yang tidak berpihak kepada beliau dan BN."Kita hormati keputusan yang telah dibuat oleh pengundi di Bukit Selambau namun kita akan tetap terus berkhidmat kepada masyarakat di mana janji-janji yang telah diberikan, kita akan tunaikan," katanya.Dalam pilihan raya kecil itu, BN memperoleh 10,229 undi, calon PKR S.Manikumar mendapat 12,632 undi manakala kesemua 13 calon Bebas hilang wang pertaruhan. Majoriti undi 2,403.
Dicatat oleh Tarmizi Mohd Jam di Rabu, April 08, 2009 0 ulasan
Selasa, 2009 April 07

S. Manikumar gelapkan cita-cita rakus BN berkuasa di Bukit Selambau

MUKA baru dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) S. Manikumar berjaya mempertahankan kerusi parti itu pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri kawasan Bukit Selambau setelah menang dengan majoriti 2,403 undi, lapor Bernama.Kerusi itu pernah dimenangi oleh calon Bebas V.Arumugam setelah mengalahkan calon Barisan Nasional (BN) S.Krishnan dengan majoriti 2,362 pada pilihan raya lepas, sebelum beliau menyertai PKR.Manikumar, 35, memperoleh 12,632 undi manakala calon BN S.Ganesan mendapat 10,229 undi. Pilihan raya kecil itu mencatatkan sejarah tersendiri apabila ia menyaksikan pertandingan yang membabitkan 15 calon, termasuk 13 calon Bebas.Calon Bebas Mej (B) Anuar Abd Hamid mendahului undi calon-calon bebas yang lain dengan hanya memperoleh 528 undi dan hilang wang pertaruhan.Keputusan diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Datuk Abdullah Mat Akhir di pusat penjumlahan undi di Dewan Sekolah Menengah Teknik 2 pada pukul 10.45 malam Selasa.Kawasan DUN Bukit Selambau mempunyai 35,140 pengundi berdaftar termasuk 15 pengundi pos dan 70 peratus daripada jumlah itu mengundi hari ini. Pilihan raya kecil itu diadakan setelah Arumugam melepaskan jawatannya pada 8 Februari lepas.
Dicatat oleh Tarmizi Mohd Jam di Selasa, April 07, 2009 0 ulasan

PAS menang di Dun Changkat Jering dengan majoriti baru 1,689 undi!

PAS meningkatkan undi di Dun Changkat Jering dalam Parlimen Bukit Gantang dari 64 undi yang diperolehi oleh Osman Jailu pada pilihan raya umum lalu kepada 1,689 undi pada pilihan raya kecil Bukit Gantang hari ini.Maklumat yang diperolehi sebelum jam 5 petang tadi menunjukkan sesuatu utuk PAS dan BN. Jumlah undi yang dipungut oleh PAS di Dun Changkat Jering 9,897 sementara itu BN meraih 8,208 undi. Majoriti undi sebanyak 1,689 undi.Bagi Dun Kuala Sepetang, PAS mendapat 8,469 dan BN memperolehi 6,259 undi dengan majoriti sebanyak 2,210 undi.Bagaimanapun, di Dun Trong PAS kalah ditangan BN. PAS mendapat 3,441 undi dan BN mengaut undi sebanyak 4,245 undi dengan majoriti 904 undi.
Dicatat oleh Tarmizi Mohd Jam di Selasa, April 07, 2009 0 ulasan

Kemenangan PAS di Bukit Gantang adalah referendum rakyat tolak Najib, nyahkan BN!


KEMENANGAN calon PAS Bukit Gantang, Dato' Seri Mohamad Nizar Jamaluddin menewaskan calon BN, Ismail Safian membuktikan referendum rakyat benar-benar berlaku untuk menolak kempimpinan Perdana Menteri yang baru, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak dan bala Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno.Referendum ini juga menunjukkan kecondongan rakyat terhadap Najib dan BN, serta kepimpinan Umno yang baru, makin kuat meminggirkan parti pemerintah. Apakah BN masih berkuku lagi selepas ini dan bagaimana BN berdepan pilihan raya umum ke 13 nanti?
Dicatat oleh Tarmizi Mohd Jam di Selasa, April 07, 2009 0 ulasan

Sah! SPR istiharkan Nizar pemenang kerusi Bukit Gantang dengan menambah majoriti 2,879 undi

Dato' Seri Nizar Jamaluddin baru sebentar tadi diumumkan sebagai pemenang kerusi Parlimen Bukit Gantang dengan majoriti yang meningkat 2,789 dengan memungut undi 21,860 undi. Keputusan rasmi diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya pada pukul 9:45 malam di Wisma Perbandaran Taiping.Calon Barisan Nasional, Ismail Saffian memperoleh 19,071 undi manakala calon Bebas, Kamarul Ramizu mendapat 62 undi.Selepas keputusan rasmi diumumkan kira-kira 20,000 penyokong PAS yang berhimpun di luar dewan meraikan kemenangan calon parti itu dengan membakar bunga api di kawasan tersebut.Nizar berucap kepada para penyokong sambil memuji kerja-kerja SPR yang penuh dedikasi sepanjang pilihan raya berlangsung. Walaupun ada percubaan pegawai SPR untuk melarang Nizar berucap, namun akhirnya mereka turun dari pentas itu dan membiarkan Nizar meneruskan ucapan kemenangannya.Dalam ucapan penerimaan Nizar berkata ini kemenangan kepada rakyat Perak dan Malaysia secara keseluruhan. Sementara itu, Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa ketika ditemui berkata pihaknya telah menjangkakan keputusan hari ini.Katanya ia juga signifikan dari sudut landskap politik Perak dan nasional khususnya selepas krisis politik Perak yang bermula Februari lalu.

07 April 2009

Gas Pemedih Mata di Air Kuning !!!!!

PRK P059 BUKIT GANTANG (66) : Gas Pemedih Mata di SK Air Kuning
.fullpost{display:inline;}

keadaan betambah tegang di sek keb air kuning... 2 minit selepas gambar ini dirakam FRU melepaskan gas pemedih mata akibat dari pergaduhan penyokong UMNO Dan PAS selepas penyokong2 umno melempar kerusi ke arah penyokong2 PAS

Ustaz Nasa sedang mententemkan keadaan penyokong Pas yang berang dengan perbuatan penyokong2 UMNO. Ustaz Nasa mengarahkan penyokong2 PAS bertenang dan mengalah demi menjaga keadaan supaya kembali tenang ~ Pinkturtle
Posted by pemudabesut at 1:16 PM

MAHKAMAH BUKTIKAN SECARA JELAS NIZAR TIDAK DERHAKA !!!!

OLEH : BADAN PERHUBUNGAN PAS NEGERI PERAK

Sejak krisis Perak dicetuskan oleh Umno, parti tersebut tidak henti-henti menuduh Y.B Dato’ Seri Nizar Jamaluddin sebagai penderhaka. Tuduhan derhaka tersebut dibuat hanya di atas andaian jahat semata-mata. Umno mengandaikan Y.B Dato’ Seri Nizar derhaka kerana enggan mematuhi keputusan Y.M Tuanku Sultan Perak. Meskipun Umno sedar tuduhan derhaka tersebut tidak mempunyai asas sama sekali namun di atas prinsip “matlamat menghalalkan cara” yang menjadi teras atau rukun politik Umno, gendang derhaka tersebut terus menerus dipalu oleh Umno bagi mendapat undi rakyat dengan cara yang tidak bermaruah. Sejak dari awal Dato Seri Nizar dan Pakatan Rakyat ( PR ) tidak pernah berniat jauh sekali menderhaka kepada Y.M Tuanku Sultan. PR dan Dato’Seri Nizar menerima dengan terbuka konsep Raja berperlembagaan PR boleh dan telah pun mengemukakan bukti-bukti sahih dan kuat yang secara jelas menunjukkan Umno adalah sebenarnya penderhaka kepada Sutan. Bukti-bukti yang PR kemukakan adalah bukti-bukti yang boleh diperolehi secara mudah dari rekod-rekod awam ( public record ) dan rekod rasmi. Apa yang berlaku sebenarnya adalah penderhaka Umno menuduh Dato’ Seri Nizar yang tidak derhaka sebagai penderhaka.Dato’ Seri Nizar telah memfailkan saman ( semakan kehakiman ) ke atas Dato Dr Zambry di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi mendapatkan antara lain perintah bahawa Dato Seri Nizar diisytiharkan sebagai Menteri Besar Perak yang sah. Memandangkan beliau masih sebagai Menteri Besar Perak yang sah maka Dato Zambri tidak berhak memegang jawatan tersebut.Semasa pendengaran saman tersebut pada 2/4/2009 ( khamis) yang lalu, pihak Peguam Negara telah bermatian-matian membantah saman Dato’ Seri Nizar tersebut di atas alasan Dato Seri Nizar sebenarnya mencabar keputusan Y.M Tuanku Sultan Perak dan keputusan Sultan, menurut Peguam Negara , tidak boleh dipertikaikan atau disemak oleh Mahkamah.Pasukan Peguam Nizar berhujah bahawa Dato Seri Nizar tidak pernah berniat jauh sekali mencabar keputusan Y.M Sultan Perak . Peguam Dato’ Seri Nizar juga bersetuju bahawa kuasa Sultan tidak boleh dicabar di Mahkamah. Namun bagi mereka yang mahir dalam undang-undang pentadbiran ( administrative law ) , mereka tentu arif bahawa undang-undang membenarkan Mahkamah bertanyakan kepada mana-mana penjawat awam seperti Dato Zambry atas kuasa apakah beliau layak memegang jawatan tersebut di bawah Undang-Undang Tubuh Negeri Perak di dalam keadaan Nizar mendakwa beliau masih lagi Menteri Besar yang sah. Pada 3/4/2009 ( Jumaat ) iaitu pada jam 3.50 petang ,Y.A Hakim Dato Abdul Aziz Abdul Rahim menolak bantahan Peguam Negara dan memutuskan permohonan Dato Seri Nizar bukan permohonan yang remeh ( not frivolous ) sebaliknya permohonan tersebut mempunyai merit dan asas yang kuat. Mahkamah menolak hujah Peguam Negara bahawa Dato Seri Nizar mencabar keputusan Sultan kerana berdasarkan saman yang Dato’ Seri Nizar failkan di Mahkamah adalah jelas Dato Seri Nizar tidak menyaman Sultan atau mempertikaikan keputusan Sultan.Keputusan Mahkamah tersebut secara jelas dan terang menunjukkan bahawa sejak dari awal Nizar tidak pernah mempertikaikan keputusan Sultan . Keputusan tersebut sekaligus menyangkal dakwaan tidak berasas Umno bahawa Nizar adalah pernderhaka. Keputusan Mahkamah membuktikan secara jelas bahawa isu derhaka yang Umno mainkan selama ini adalah satu politik jahat , politik murahan dan politik putar belit Umno Beginilah politik Umno dulu, kini dan tak tahu sampai bila.

06 April 2009

60% undi untuk PAS !!!!!

PAS ramal bolot 60% undi menewaskan calon BN di Bukit Gantang


PAS dan BN masing-masing merasa calon mereka menang di Parlimen Bukit Gantang berdasarkan perkembangan terakhir menjelang hari mengundi esok, lapor Muda Mohd Noor dari Malaysiakini.

PAS meramalkan Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin menang dengan mendapat 60 peratus sokongan pengundi, termasuk sokongan padu pengundi kaum Cina yang berjumlah kira-kira 15,000 orang.

Umno pula mendakwa kehadiran mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad membantu berkempen calon BN, Ismail Saffian pagi tadi akan menarik sokongan pengundi Melayu serta pengundi atas pagar.

Ketua Pemuda PAS Perak, Norazli Musa ketika dihubungi hari ini berkata, Mohamed Nizar yang juga menteri besar Pakatan di Perak, boleh menang dengan majoriti sekurang-kurangnya 1,000 undi.

"Kedudukan terkini ialah Datuk Seri Mohd Nizar mendapat sokongan padu dari pengundi kaum Cina. Majoriti pengundi Cina bersama kita... trend sekarang sama dengan pilihanraya umum 8 Mac lalu.

“Pengundi Cina kata Mohamed Nizar akan menang sehingga 5,000 undi tetapi saya berpendapat tidak sampai sebanyak itu,” katanya kepada Malaysiakini. Norazli juga menegaskan, pengundi Melayu yang menyokong bekas ahli Parlimen Roslan Saharum dalam pilihanraya umum lalu, akan terus mengundi Mohd Nizar esok.

“Tiada tanda-tanda mereka akan mengundi calon BN. Kita akan dapat apa yang diperolehi sebelum ini,” katanya. Menurutnya, kehadiran Dr Mahathir tidak memberi kesan besar kepada sokongan untuk PAS di kalangan pengundi Melayu. Bagaimanapun, ahli jawatankuasa (AJK) Umno bahagian Bukit Gantang, Mohd Saadin Yusof pula berkata, ramai pengundi Cina yang akan mengundi Ismail, esok.

“PAS tidak akan dapat apa yang mereka perolehi dalam pilihanraya umum lalu kerana mereka akan mengundi BN. Maklumat ini berdasarkan risikan yang kita lakukan di kalangan pengundi Cina di sini (Bukit Gantang),” katanya.

Mohd Saadin juga berkata, pengundi atas pagar menyebelahi calon BN kali ini. Katanya, dalam pilihanraya umum lalu, BN tidak mendapat sokongan dari pengundi atas pagar. Bagaimanapun, beliau tidak tahu jumlah pengundi atas pagar itu tetapi mengatakan ia ramai.

“Orang Melayu akan lebih ramai mengundi Ismail kerana mereka marah dengan hubungan Mohd Nizar dan pemimpin DAP terutama sekali Nga Kor Ming. Satu lagi, penyokong Adun Changkat Jering, Osman Jailu yang sebelum ini mengundi PAS akan menyokong Ismail.

“Osman sendiri turut membantu calon BN. Ini bermakna undi untuk Mohd Nizar akan berkurangan berbanding yang diperolehi oleh Roslan Saharum,” katanya.

SEJARAH PENDERHAKAAN UMNO PERAK DAN SELANGOR !!!!



Sejarah penderhakaan Umno Perak dan Selangor


Mohd Fadli Ghani Mon Apr 06, 09 2:23:15 pm MYT
NAMPAKNYA Umno/BN benar-benar tersepit di Bukit Gantang dan terpaksa menjaja isu derhaka untuk menarik sokongan orang Melayu. Kononnya calon PAS, Datuk Seri Nizar Jamaluddin penderhaka besar!

Umno memberitahu rakyat bahawa pemimpin PAS adalah penderhaka kepada sultan dan tidak patut dipilih dalam pilihan raya. "Umno tidak pernah derhaka," kata bekas Pengerusi BN Perak, Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali.
Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Muhammad Mohd Taib juga mewar-warkan bahawa Nizar adalah seorang penderhaka. Inilah wayang yang dimainkan oleh pemimpin Umno di Bukit Gantang untuk mengabui mata rakyat.
Seolah-olah rakyat Perak buta sejarah, Tajol Rosli berkata, "Umno tidak pernah derhaka". Lupakah rakyat Perak kepada cerita Sultan Idris dengan jambang tidak bercukurnya.
Selepas pilihan raya 1959 dahulu, kerana mengenangkan jasa (Tan Sri) Mohd Ghazali Jawi (bapa Tajol Rosli) yang lantang mengkritik Datuk Panglima Bukit Gantang bagi pihak Umno, lalu dilantik beliau menjadi Menteri Besar Perak. Ketika itu Sultan Yusof Izzuddin Shah (ayahanda Sultan Azlan Shah) sedang memerintah. Tiba-tiba Mohd Ghazali ditangkap oleh Biro Pencegah Rasuah (BPR) kerana salah lakunya. Tunku Abdul Rahman menghantar beliau menjadi duta di Mesir pada 1962 untuk menutup kes ini.
Semasa Sultan Idris Shah sudah menaiki takhta, pada 1974 Tun Razak menamakan Mohd Ghazali sebagai Menteri Besar Perak sekali lagi. Sultan Idris tidak mahu menerima seorang perasuah menjadi ketua kerajaan. Umno menghantar (Tan Sri) Ishak Tadin untuk memujuk Sultan Idris dengan janji Mohd Ghazali Menteri Besar untuk dua tahun sahaja.
Pada 1976, Mohd Ghazali menderhaka kepada Sultan Idris apabila enggan meletakkan jawatan dengan alasan Perlembagaan Perak tidak menetapkan seorang menteri besar untuk dua tahun. Sultan Idris telah murka lalu memulau semua program kerajaan. Baginda bernazar tidak akan mencukur janggut dan misainya selagi si penderhaka menjadi menteri besar.
Kemuncak kemurkaan Sultan Idris terhadap si penderhaka ini ialah baginda tidak meluluskan bajet kerajaan Perak untuk tahun 1977. Kerajaan Perak tidak boleh bergerak tanpa sumber kewangan, sedangkan wang tidak boleh dibelanjakan tanpa kelulusan sultan.
Akhirnya Umno terpaksa menyuruh Mohd Ghazali meletakkan jawatan dan dilantik sebagai menteri pusat. Wan Mohamad Wan Teh (abang Datuk Wan Hashim) menggantikan Mohd Ghazali. Inilah penderhaka sebenar dalam sejarah Perak. Orangnya tidak lain dan tidak bukan, bapa Tajol Rosli sendiri. Maka, mengapa Tajol Rosli cuba membohongi rakyat Perak (Sultan Perak juga) bahawa Umno tidak pernah menderhaka.
perderhakaan di Terengganu, Pahang dan Johor
Kita jangan lupa kisah Datuk Nik Hassan dengan Sultan Terengganu, Datuk Rahim Bakar dengan Sultan Pahang, Tan Sri Othman Saat dengan Sultan Johor dan krisis Perlembagaan 1983.
Di Selangor juga ada cerita derhaka yang lebih dahsyat. Tan Sri Muhammad Mohd Taib jangan lupa isu ini. Beliau menuduh Nizar seorang penderhaka, tetapi beliau sendiri berkali-kali menderhaka. Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz telah dihina oleh Umno Selangor pada 1991 ketika Mat Taib menjadi ketuanya. Dalam Perhimpunan Agung Umno 9 November 1991 (selepas pilihan raya yang Umno kehilangan Kelantan), wakil Umno Selangor yang juga Setiausaha Politik Muhammad Mohd Taib, Dato' Zainal Abidin Sakom telah menyerang peribadi Tuanku.
Sultan Selangor dituduh merampas RM11 juta wang untuk sekolah agama bagi membaiki Istana Alam Shah. Sultan Selangor juga dituduh menyerahkan 400 ekar tanah untuk dibina padang golf kepada kapitan-kapitan Cina, selain 1500 ekar lagi diberikan oleh sultan kepada seorang tauke Cina yang lain.
Kerana ucapan wakil Umno Selangor ini, Perhimpunan Agung Umno mencerca semua Raja-raja Melayu ketika itu. Umno Selangor telah menyenaraikan kononnya salah laku Sultan Selangor untuk didedahkan kepada rakyat dalam Perhimpunan Agung Umno itu, dan akhirnya satu Resolusi 4 Perkara telah dikemukakan untuk Umno mengurangkan kuasa Raja-raja Melayu.
Selepas itu pada 30 November 1991, Mat Taib mengetuai Umno Selangor mengadakan Perhimpunan Perpaduan Melayu di Dewan Jubli Perak, Shah Alam untuk menunjukkan sokongan rakyat dalam usaha Umno menderhakai Sultan Selangor. Mat Taib menafikan perhimpunan ini untuk menunjukkan pengaruh Umno kepada Sultan Selangor, tetapi semua penganalisis politik melihat begitu.
Mat Taib memang berdendam dengan Sultan Selangor selepas isu kahwin lari dengan Tengku Puteri Zahariah (Ku Yah) di selatan Thai, isu perlantikan Exco Selangor pada 1990 dan isu Zoo Negara. Perhimpunan ini adalah peluang terbaik untuk beliau menyembahkan derhakanya kepada Sultan Selangor!
Berang dengan penderhakaan Umno ini, semasa hari keputeraan Sultan Selangor ke-66 pada 8 Mac 1992, baginda tidak mahu menganugerahkan pingat kepada pemimpin Umno Selangor. Mat Taib telah mengumumkan bahawa Umno Selangor pada 13 Februari 1992 memutuskan akan memulau pencalonan penerima pingat tersebut sebagai satu sembah derhaka mereka. Sultan Selangor murka dan berduka cita kerana kebiadapan Mat Taib yang membocorkan rahsia baginda.
Apabila pernderhakaan Mat Taib terhadap Sultan Selangor sudah ke kemuncak, akhirnya pada 24 Februari 1992, Majlis Tertinggi Umno telah menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Azlan Shah.
Pada 4 Julai 1992, satu Perisytiharan Prinsip-prinsip Perlembagaan telah dibuat oleh Majlis Raja-raja untuk menolak Kod Etika Perilaku Raja-raja yang dikemukakan oleh Umno. Sultan Perak tentu masih ingat peristiwa penderhakaan besar-besaran Umno sejak 1991 ini sehinggalah membawa kepada pindaan Perlembagaan Persekutuan pada 1993 dan ?pertabalan? Tengku Ibrahim di Ketereh, Kelantan oleh Umno Kelantan pada 29 April 1993.
Nah! Jika kita melihat latar belakang dua tokoh yang bercakap soal derhaka di Bukit Gantang ini, maka tahulah rakyat siapa penderhaka sebenar. Mat Taib dan Tajol Rosli langsung tidak mempunyai kredibiliti untuk bercakap soal penderhakaan kepada sultan. Kerana mereka berdua adalah di kalangan penderhaka yang terkenal sejak sekian lama.
Mat Taib mungkin lega kerana Sultan Salahuddin Abdul Aziz sudah mangkat, tetapi masih ramai rakyat yang mengingatinya. Tajol Rosli juga tidak perlu berselindung dalam hal ini kerana semua orang tahu siapa Tan Sri Ghazali Jawi, si penderhaka itu.
Jika kes ini berlaku pada zaman Sultan Mahmud Melaka (nenek moyang kesultanan Perak), nescaya Mohd Ghazali dan semua keturunannya (termasuk Tajol Rosli) dihukum bunuh!
Rakyat Bukit Gantang perlu bijak dalam melayan isu derhaka yang dibesar-besarkan oleh Umno ini. Jangan terjerat oleh pukat yang dipasang oleh sang penderhaka Umno ini.- tajdid _