29 Mac 2009

Pelik tapi Benar !!! Nizar ada dimana-mana di Bukit Gantang !!!


Calon PAS (Pakatan Rakyat) dilihat berada di mana-mana sahaja sekitar Bukit Gantang.Ianya pelik tapi benar.
Sebenarnya ini kerana begitu ramai penyokong PAS/Pakatan Rakyat tanpa segan silu memakai topeng yang berwajah kan calon Parlimen Bukit Gantang untuk pilihanraya kecil ini.


Samada lelaki, perempuan malah kanak-kanak dilihat memakai topeng tersebut sambil.Ianya dikatakan diedarkan secara percuma oleh AMK dan Unit Amal Pas ketika PRK Bukit Gantang ini.
Namun, tidak kelihatan pula topeng berwajahkan calon UMNO/BN iaitu Ismail Sapian, apatah lagi calon bebas
Kamarul Ramizu Idris.

Penamaan Calon PRK P.059, Persis Himpunan Bersih !!!!!

Jumlah yang sama sewaktu himpunan Bersih!! Syabas sokongan dan doa anda akan mengundang kemenangan BESAR !!

Lambang calon yang ingin anda lihat di Bukit Selembau !!!



Lambang Calon Bebas yang bertanding ialah


R. Loganathan (lambang kelapa sawit),


Tan Hock Huat (kunci),


Radzi Md Lazim (kerusi),

Mohd Fadzil Abdul Wahab (kepala harimau),
Abdul Rahim Abu (jam loceng),

L. Sarala (basikal),

A. Jayagopal (payung),

S. Moganakumar (buku),
Khamis Awang (ayam jantan),

Husaini Yaacob (bas),

M. Vanesan (ikan),


Mejar (B) Anuar Abd Hamid (telefon) dan
T.Chandrarajan (kapal terbang).

Warna warni Penamaan Calon P.059 !!!!





TERKINI !!! Sidang media Pengarah Pilihanraya Jam 3.00 petang - cina islam


Saya bersyukur kepada Allah sebab proses penamaan calon berjalan lancar walaupun terdapat bantahan dari BN tetapi tidak kuat, Demikain antar kenyataan media Pengarah PRK PAS Bukit Gantang, Hj. asmuni Awi dalam sidang akhbar sebentar tadi di markaz Operasi Induk Ayer Kuning.

Beliau berkata jumlah yang hadir begitu besar dari seluruh tanah air dan ini satu gelombang baru sikap rakyat. Melihat kepada gelombang ini saya melihat akan berlaku juga di tempat lain bila didakan pilihanraya umum atau kecil, katanya.

"Kita mahu meninggalkan politik lama UMNO yang memainkan isu perkauman memecah belahkan rakyat. Isu yang kita bawa ialah perpaduan dan demokrasi tanpa melihat apa bangsanya, kalau kita berjaya diterjemahkan dalam PRK ini ia akan menjadi sesuatu yang boleh diterima oleh semua bangsa." Kata Asmuni.

Beliau menegaskan prinsip berteraskan kepada kebenaran dan demokrasi dengan pemimpin yang berakhlak dan amanah telah diperlihatkan dalam PR yang lalu.

"Saya menyeru kepada para pengundin di BG untuk memastikan calon PAS yang diterima dimenangkan".Katanya

Asmuni juga melahir rasa dukacira terbitnya risalah subersif yang melampau dari pihak sebelah sana yang mengibaratkan Pakatan Rakyat sebagai pihak komunis dengan menunjukkan risalah tersebut kepada rakan media. kita akan buat laporan polis supaya diadakan siasatan.

"Semua hendakkan kemenangan tetapi janganlah membawa unsur negetif dan menimbulkan kemarahn ramai."Mohon Asmuni.

Mengenai Calon, beliau menganggap pemilihan calon PAS sebagai satu yang tepat dan lambang kepada perpaduan untuk semua bangsa melayu, cina dan india. beliau adalah lambang yang memperjuangkan kebenaran yang sedang diperjuangkan.

Demeinsi politik baru megikut Asmuni adalah politik yang tidak ada unsur ugutan kepada orang kampung, seperti ugut tarik biasiswa, yang tinggal ditanah yang itdak ada hak milik, kepada perniagaan diancam tarik lesen. selainya politik yang tidak ada dendam.

Mengenai calon bebas dia mengatakan mungkin boleh memberi kesan sedikit kepada kertas undi, dan dia pernah berlaku sebelum ini.

mengulas mengenai peluang kemenangan, katanya " kita berhadapan dengan BN yang banyak dana,media dan sebagainya tetapi kita dalam keadaan harakah dan siasah disekat penerbitannya."

"Kita akan mengadakan kempen dari rumah kerumah, ceramah besar dan kecil. Mini ceramah dianggap efektif mungkin dalam sehari kita ada 20 ceramah kecil sehari.

Mengenai permit pihak pihak polis membenarkan sehingga 11.00 malam diluar bandar dan 12.00 malam dalam bandar. sebab itu kita katakan ceramah ditentukan oleh pihak polis, yang sepatutunya dikawal oleh SPR.

PERUBAHAN UMNO ' TIADA KESAN'DI BUKIT GANTANG


Ali Bukhari Amir | Mar 29, 09 2:17pm
Perubahan kepemimpinan dalam Umno kepada Datuk Seri Najib Razak dan timbalan barunya Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak akan memberi kesan kepada pengundi parlimen Bukit Gantang, kata dua pengamat politik.

Pensyarah sains politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Dr Ahmad Nidzamuddin Sulaiman berkata peralihan kuasa itu - dan juga pertemuan mengejut mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dengan penggantinya Datuk Seri Abdullah Ahmad Badaw - semalam hanya meredakan pergolakan dalam parti itu.

Dr Ahmad Nidzamuddin, yang turut memantau di kawasan parlimen tersebut hari ini, berkata masyarakat dan pengundi belum tentu mengubah tanggapan mereka terhadap kerajaan.

Seorang lagi pensyarah sains politik UKM, Dr Mohammad Agus Yusoff juga mempunyai pendapat yang sama - perubahan Umno itu "tidak akan memberikan kesan segera" kepada pengundi Melayu di kerusi parlimen tersebut.

Pilihanraya kecil Bukit Gantang yang bermula hari ini menyaksikan persaingan sengit calon PAS Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin dengan calon BN Ismail Safian yang dianggap "referendum" terhadap Najib dan menteri besar Pakatan Rakyat itu.

"Pungutan suara" itu melibatkan peranan Najib yang terlibat dalam rampasan kuasa kontroversi di Perak sewaktu Mohamad Nizar mengetuai kerajaan Pakatan Rakyat - krisis itu kini masih berlanjutan.

Ia dimeriahkan lagi dengan kehadiran calon bebas Kamarul Ramizu Idris.

[Laporan penuh menyusul]