Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari 18, 2009

PENGAJARAN APABILA MENDAPAT KEMENANGAN - ABAL HAIKAL

Allahu Akhbar …. Allahu Akhbar…… Allahu Akhbar Terjemahan Surah Al Nasr : 1 - 3 Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani Apabila Telah datang pertolongan Allah dan kemenangan, Dan kamu lihat manusia masuk agama Allah dengan berbondong-bondong, Maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sesungguhnya dia adalah Maha Penerima taubat. (para hambanya) Peristiwa kemenangan Rasulullah saw dan para sahabat menawan Kota Makah, sekali gus melemahkan kafir Quraisy dan memantapkan kedudukan Islam. Dan telah ramai orang Arab sama ada secara individu dan kabilah memilih Islam sebagai Ad Din, lalu Allah swt menyuruh mengucapkan Tahmid dan tambahkan ibadah supaya lebih hampir kepadanya. Tiada kemenangan melainkan dengan pertolongan daripada Allah swt. Maka mengagungkan Allah swt dengan bertahmid adalah sepatutnya di atas pertolonganNya. Dan hendaklah beristighfar dan bertaubat kepada Allah swt, kerana takut tersalah sangka dengan Allah swt di atas kemenan

PAS menang ! alhamdulillah....

Kuala Terengganu - Calon Pakatan Rakyat dari PAS, Hj Mohd Abdul Wahid Endut telah memenangi kerusi parlimen P.036 Kuala Terengganu dalam pilihanraya kecil disini hari ini, dengan majoriti yang lebih besar. Keputusan rasmi kemenangan Pakatan Rakyat itu diumumkan jam 9.30 malam tadi yang mengisytiharkan Mohd Abdul Wahid,52, memperolehi 32,883 undi berbanding calon Barisan Nasional (BN), Dato’ Wan Ahmad Farid Wan Salleh mendapat 30,252 undi. Pegawai Pengurus Pilihan Raya Kecil Kuala Terengganu, Wan Mustafa Wan Hassan mengumumkan kemenangan Wahid dengan majoriti 2,631 undi di Stadium Negeri. Selepas keputusan diumumkan, beliau disambut oleh pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat termasuk Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan timbalannya, Ustaz Nasharuddin Mat Isa. Dalam sidang media selepas itu, Mohd Abdul Wahid menafikan undi yang diterima daripada pengundi Cina tidak memuaskan bahkan beliau berkata undi yang diterima pada pilihanraya kecil ini lebih tinggi berbanding pilihan