Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei 11, 2009

Kalau Zambry tidak keluar Pejabat MB esok ..camna ??

Jika Speaker yang sah V Sivakumar diseret oleh Polis kerana enggan beredar dari kerusinya pada Sidang DUN 7 Mei 2009, adakah Menteri Besar HARAM, Zambry Abdul Kadir akan diseret keluar dari Pejabat MB jika enggan keluar dari pejabat tersebut. Kita ingin melihat Polis bertindak tegas terhadap Zambry dengan mengheretnya keluar seperti yang dibuat ke atas YB Sivakumar jika Zambry berdegil. Namun begitu saya mengharapkan Zambry tidak degil dan taat kepada undang-undang. Ini kerana Zambry seringkali menuduh PR dan Nizar tidak taat kepada undang-undang. Jadi kali ini rakyat mahu melihat apakah Zambry taat kepada undang-undang atau keras kepala. Kalau keras kepala alamatnya mungkin beliau pun kena seret. Siapa yang akan seret beliau kita saya pun tak pasti.

ESOK NIZAR DAN EXCO MASUK PEJABAT !!!

Nizar MB Perak sah KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi sebentar tadi mengisytiharkan Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin dari Pakatan Rakyat sebagai Menteri Besar Perak yang sah.Nizar telah kehilangan jawatan tersebut awal Februari berikutan krisis politik Perak.Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir telah memohon agar menangguhkan pelaksanaan keputusan sementara mahu mengemukakan rayuan.Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim mula membacakan kertas penghakiman bermula kira-kira 2.30 petang.Nizar daripada Pakatan Rakyat memfailkan kesnya 13 Februari lalu supaya mahkamah mengisytiharkan beliau sebagai Menteri Besar yang sah.Nizar, 52, dilantik sebagai Menteri Besar pada 17 Mac 2008 setelah pakatan DAP, Pas dan PKR menang 31 daripada 59 kerusi dalam pilihan raya umum 8 Mac 2008.Bagaimanapun pada 4 Februari lalu, tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak daripada Pakatan memutuskan untuk keluar daripada parti masing-masing untuk menjadi ADUN Bebas tetapi menyokong BN....

INSYAALLAH NIZAR AKAN MENANG !!!

Nizar Akan Menang Petang Ini Mahkamah Tinggi petang ini akan memutuskan pertikaian antara Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin mengenai siapa menteri besar yang sah. Hakim Abdul Aziz Abd Rahim dijangka akan mengumumkan keputusan tersebut. Nizar daripada Pakatan Rakyat memfailkan kesnya 13 Februari lalu supaya mahkamah mengisytiharkan beliau sebagai Menteri Besar yang sah. Nizar, 52, dilantik sebagai Menteri Besar pada 17 Mac 2008 setelah pakatan DAP, Pas dan PKR menang 31 daripada 59 kerusi dalam pilihan raya umum 8 Mac. Bagaimanapun pada 4 Februari lalu, tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak daripada Pakatan memutuskan untuk keluar daripada parti masing-masing untuk menjadi ADUN Bebas tetapi menyokong BN. Sultan Perak Sultan Azlan Shah telah berkenan melantik Zambry sebagai Menteri Besar yang baru pada 6 Februari lalu. Nizar dalam afidavitnya berkata, beliau masih Menteri Besar atas alasan tidak ada sebarang undi tidak percaya dibuat terhadapnya dala...

ZAMBRY PERAGUT POLITIK

Dato' Mahfuz Omar Mon May 11, 09 12:33:34 pm MYT KEJAMNYA PERAGUT! Begitulah bunyinya tajuk utama Utusan Melayu hari Khamis, 7 Mei 2009 yang menyiarkan kisah bagaimana tiga orang mangsa ragut yang terbunuh kerana perbuatan kejam tersebut. Cerita ragut sudah begitu lama kedengaran, cuma ditakdirkan Allah ia berlaku kali ini ketika polis sedang berkubu di Ipoh dan Penanti. Nampaknya hari ini polis lebih banyak digunakan untuk mempertahankan kuasa politik BN daripada menjaga keselamatan awam. Jika keadaan ini berterusan, suatu hari nanti, Malaysia akan betul-betul menjadi 'negara polis'. Keadaan politik di Perak sebenarnya tidak serumit di Terengganu kerana kedua-dua menteri besarnya mempunyai kumpulan penyokong yang ramai. Yang menjadi masalah besar di Perak ialah kedegilan Zambry Kadir untuk tidak mengikut undang-undang dan peraturan dalam setiap tindakannya. Dulu dia bersekongkol dengan Najib Razak untuk menculik dan merasuah tiga Adun Pakatan Rakyat bagi menjatuhkan kera...

NIzar vs Zamry - siapa gali kubur sendiri ???

Nizar vs Zambry - Siapa mengali kubur sendiri ? Seluruh rakyat Malaysia telah melihat semua yang terjadi dalam DUN Perak pada 7 Mei 2009. Sesiapa juga yang menyaksikannya tidak akan mengatakan ADUN Pakatan yang mula buat kacau. Kekacauan berlaku sebaik sahaja Zambry dan semua EXCOnya serta tiga ADUN Bebas tidak mengikut perintah Speaker DUN. Keengganan itu disebabkan oleh keputusan yang dibuat oleh mahkamah bahawa Speaker tidak berhak menggantung Zambry dan barisan EXCOnya. Hal ini memang diakui oleh Sivakumar. Walau bagaimanapun, yang menggantung Zambry dan barisan EXCOnya bukan Sivakumar, tetapi Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN yang dipengerusikannya. Mahkamah tidak pernah membuat keputusan tentang ketidaksahihan hukuman yang dijatuhkan oleh jawatankuasa termaklum.Pada masa yang sama, kes tiga ADUN Bebas masih belum diputuskan oleh mahkamah. Atas dasar itulah Speaker mengarahkan kesemua mereka meninggalkan DUN.Pada saat itu barulah Zambry dan gangnya sedar dari lamunan. Dah terantu...

UMNO pilih jalan yang bertentang dengan Demokrasi !!!!

Sidang Dun Perak, BN pilih jalan bertentangan demokrasi! Wan Nordin Wan Yaacob Mon May 11, 09 10:23:07 am MYT Jelas, kekalutan yang berlaku 7 Mei sebelum dan semasa sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) Perak berlansung adalah idea yang sangat bertentangan dengan semangat demokrasi. Malah kedegilan Umno/BN yang berkeras mahu sidang dun diadakan hanya mengundang satu lagi episod malang buat Dun Perak yang semakin rumit. Kekusutan BN melalui Menteri Besarnya, Dato' Zambry Abdul Kadir dalam menyelesaikan kemelut rampasan kuasa hanya membungkam rasa benci rakyat yang meluap. Akhirnya ia hanya memperlihatkan krisis politik yang tercetus awal Februari lalu terus berlarutan. Di pihak BN sendiri seperti kata Ketua Penerangan BN Negeri, Dato' Hamdi Abu Bakar bahawa beliau percaya akan ada pihak yang akan membawa isu berkenaan ke mahkamah berdasarkan perkembangan semasa. "Mahkamah akan menjadi penentu. Saya fikir berdasarkan apa yang telah berlaku selama ini, isu lantikan telah dibaw...

Siapa MB Perak hari ini !!!!

Keputusan perbicaraan kes siapakah MB Perak yang sah akan diumumkan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Jalan Duta pukul 2.30 petang ini. Saya mengulangi pendirian, Mahkamah Malaysia dalam keadaan masih boleh dipercayai, namun janganlah kita terlalu mengharap.Apapun keputusan pada hari ini yakinlah usaha untuk mendapatkan Perak yang kita menangngi dalam PR ke 12 tahun 2008 yang lepas akan diteruskan mengikut saluran undang-undang yang masih diperuntukkan. Dicatat oleh DRS. KHALIL IDHAM LIM di 8:19 AM