Nizar bakal terajui Persatuan Bolasepak Perak (PFA)
IPOH, 10 Sept : Menteri Besar Perak Darul Ridzuan akhirnya menyahut cabaran untuk menerajui Persatuan Bola Sepak Perak (PFA) yang dilanda masalah kewangan, selepas enam bulan mengambil alih tampuk pemerintahan negeri ini, mulai pertengahan Oktober ini. Dato Seri Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin secara terbuka mengatakan kesediaannya itu pada media hari ini (10 Ogos) selepas membuat kajian teliti daripada segenap aspek dan atas semangat kesukanan untuk membuktikan bahawa Pakatan Rakyat mampu menguruskannya dengan lebih cemerlang. Beliau berkata, selama ini beliau bukan berdiam diri tetapi sebaliknya telah beberapa kali menonton perlawanan pasukan Perak di Stadium Indera Mulia untuk mendapatkan gambaran dan memahami apa kah peranan yang dapat dilaksanakannya. “Kerajaan negeri telah menyalurkan bantuan awal sebanyak RM300,000 untuk menyelesaikan masalah gaji para pemain dan jurulatih pada bulan lepas, dan menjelang hari raya aidilfitri ini akan menyalurkan sebanyak RM250,000 lagi untuk m...