Catatan

Tunjukkan catatan dari April 14, 2010

Qazaf: Mahkamah tolak permohonan ke atas Saiful

Imej
Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur membenarkan bantahan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom untuk membatal permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya Mohd Saiful Bukhari Azlan didakwa mengikut qazaf. Anwar telah memfailkan permohonan qazaf itu pada 7 Januari bagi mendapatkan perintah mahkamah untuk mengarahkan ketua pendakwa syarie Wilayah Persekutuan, Shamsuddin Hussain mendakwa Mohd Saiful dengan tuduhan qazaf kerana mendakwa diliwat oleh ketua umum PKR. Selain Shamsuddin, Anwar turut menamakan dua lagi reponden - pengarah Jabatan Agama Wilayah Persekutuan (Jawi), Datuk Che Mat Che Ali dan Jamil Khir. Jamil dan dua responden tersebut telah memfailkan bantahan terhadap permohonan qazaf itu pada 9 Februari lalu. Mengikut Seksyen 41 Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan 1997, qazaf ialah tuduhan terhadap seseorang yang melakukan zina tanpa membawa empat orang saksi lelaki. Seksyen ini adalah bagi mengelak seseorang menuduh orang lain berzina...

Zambry takut BN kalah teruk !!!

Imej
Johari Jaafar IPOH, 13 April: Dewan Pemuda PAS Negeri Perak merasa lucu di atas penafian Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir yang membayangkan bahawa tiada pilihan raya negeri (PRN) yang terdekat walau pun kajian menunjukkan bahawa Barisan Nasional (BN) akan boleh memenanginya kembali adalah pandangan tidak tepat. Setiausahanya, Dr Raja Ahmad al-Hiss merasakan BN sebenarnya takut dan bacul jika PRN diadakan walau pun ketika BN yang menjadi pentadbir kerajaan negeri kerana bimbang akan kalah teruk dengan kemarahan sebenar rakyat yang selama ini dipendam. Baginya, apa pun alasan yang diutarakan Zambry, hanya rakyat boleh menentukan perkara sebenar. “Perkara yang menarik juga, adakah PRN bakal diadakan dalam masa yang terdekat? Adakah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Perak yang menjadi Bebas tidak lagi menyokong BN?” soalnya. Menurutnya, mungkin perkara yang sama juga akan dilakukan oleh Zambry untuk memohon Seri Paduka Sultan Perak membubarkan Dun sepertimana yang telah pernah dil...

Calon PR Bercirikan Konsep 1Malaysia , Calon BN berkonsepkan 1Daerah

Imej
Posted on Tuesday, April 13 @ 16:00:00 PDT Dilulus untuk paparan oleh CyberSniper Oleh: ulitmayang "Samada dunia memang sudah terbalik , atau Najib dan UMNO sendiri tidak tahu mengenai makna dan maksud konsep 1Malaysia , sebab idea ini datang dari Israel , yang mana ianya sama dengan idea gagasan “One Israel” yang digagaskan oleh APCO yang berpengkalan di Israel. Dalam keadaan tengah panas dan bergelegak mempromosi konsep 1Malaysia , tiba – tiba diuji oleh Allah swt , dengan kematian MP Hulu Selangor , maka akan diadakan satu lagi PRK. Tidak dapat lari dari ketentuan Ilahi , terpaksalah UMNO dan BN memasuki gelangang , dalam keadaan diri parti tidak berapa sihat , begitu juga komponen dan kaum kerabat BN , dan lagi pemimpin – pemimpin utamanya juga tidak beberapa bersih imej pada pandangan ahli parti dan juga rakyat 1Malaysia. Dalam keadaan tertekan biasanya fikiran memang tidak waras , ditambah lagi dengan membuat keputusan yang mesti tepat. Silap bermakna musibah akan be...

Kontrak Apco bernilai RM77 juta setahun !!!!

Imej
Hazlan zakaria Apr 13, 10 6:42pm Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz hari ini mendedahkan di Dewan Rakyat bahawa kontrak yang dimeterai antara kerajaan dengan firma perunding perhubungan Apco Worldwide bernilai hampir RM77 juta. Dalam jawapan bertulisnya kepada Tian Chua (PKR-Batu), jumlah yang didedahkan Nazri itu adalah dua kali ganda daripada yang dilaporkan sebelum ini. Tian Chua merujuk laporan akhbar yang memetik Nazri, sebelum ini sebagai berkata jumlah yang dibayar kepada Apco berjumlah RM28 juta. Bagaimanapun dalam jawapannya berhubung soalannya itu, Nazri berkata jumlah yang dibayar kepada Apco bernilai US$24 juta. "Tukarkan jumlah itu dalam ringgit dan anda akan mendapat hampir RM77 juta." Tian Chua berkata jumlah itu adalah untuk bayaran selama setahun. "Saya tidak tahu sama ada dia tersilap atau membuat perkiraan yang salah berhubung kadar tukaran asing ringgit kepada dolar. Mungkin dia berfikir bahawa ringgit Malaysia masih ku...