Catatan

Tunjukkan catatan dari April 9, 2009

Target undi Melayu dan cina melebihi sasaran !!!!

Imej
TAIPING: PAS, yang berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Bukit Gantang, memperoleh kira-kira 43 peratus pengundi Melayu - lebih daripada disasarkan parti itu. Malah PAS juga memperoleh sokongan besar daripada pengundi-pengundi Cina kali ini untuk kekal di Bukit Gantang yang merupakan kubu kuat Barisan Nasional (BN) sejak 1959. "Sokongan kaum Cina dianggarkan naik daripada 65 peratus ketika Mac 2008 kepada 75 peratus kali ini," kata Pengarah Operasi Pilihan Raya Kecil Bukit Gantang, Asmuni Awi hari ini. "Dari segi sokongan pengundi Melayu, kami sebenarnya hanya menjangkakan kira-kira 40 peratus tetapi kami peroleh hampir 43 peratus, ia melebihi sasaran kami," kata beliau. Nizar memperoleh 21,860 undi manakala calon BN, Ismail Saffian menerima 19,071 undi dan calon Bebas, Kamarul Ramizu Idris 62 undi. Peratusan keluar mengundi adalah sebanyak 41,626 (75 peratus) naik tiga peratus dengan undi rosak sebanyak 456. Nizar, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir

AZILAH DAN SIRUL DI HUKUM MATI !!!!

Imej
KUALA LUMPUR: Dua anggota Unit Tindakan Khas, Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi hari ini selepas bersalah atas tuduhan membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibu, tiga tahun lalu. Hakim Datuk Mohd Zaki Md Yasin membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan. Prosiding perbicaraan kes bunuh Altantuya masuk hari ke-160 hari ini. Pada 31 Oktober 2008, Abdul Razak Abdullah Baginda dilepas dan dibebaskan oleh mahkamah daripada tuduhan bersubahat dengan kedua-dua tertuduh kerana membunuh Altantuya.

UMNO SEMAKIN REPUT !!!!!

Imej
Salmah Mat Husain Wed Apr 08, 09 8:09:14 pm MYT KOTA BHARU, 8 April (Hrkh) - Kejayaan Pakatan Rakyat pada pilihan raya kecil di Perak dan Kedah seakan-akan memberi isyarat jelas ketuanan Umno dan Barisan Nasional yang bertapak sejak merdeka kian reput. Dan dalam masa yang sama Pakatan Rakyat semakin deras bergerak ke hadapan sebagai persiapan menerajui pentadbiran negara. Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, kemenangan itu juga membuktikan rakyat termasuk bukan Islam begitu mual dengan tindakan pemimpin Umno dan BN yang sarat dengan rasuah dan penyalahgunaan kuasa. "Saya begitu kagum melihat masyarakat non muslim khususnya masyarakat India dan Cina yang telah hilang rasa fobia terhadap PAS sehingga mereka memberi undi pada pilihan raya kecil tersebut," katanya selepas mesyuarat Exco di sini, hari ini. Pada pilihan raya kecil Bukit Gantang semalam, Dato' Seri Nizar Jamaluddin berjaya melonjat jumlah majoriti sehingga hampir 100 peratus be

Setiausaha Sulit Kanan MB Hj Nizar di tukar semula ke Putra jaya !!!!!!

Kerajaan Haram Perak yang dipimpin oleh Zambry telah melakukan satu penganiyaan ke atas bekas Setiausaha Sulit Kanan MB Hj Nizar dengan menukarnya ke Kuala Lumpur. Che Leh sebelum ini berkhidmat di Putra Jaya setelah berkali-kali ditukarkan dari satu jabatan ke satu jabatan yang lain di Perak yang akhirnya bertukar ke Putra Jaya.Ketika Hj Nizar dilantik sebagai MB, jawatan Setiausaha Sulit Kanan kosong, sedangkan jawatan dan tugas tersebut sangat penting bagi menghubungkan antara Pejabat Menteri Besar dengan jabatan-jabatan yang lain. Che Leh seorang Pegawai Tadbir Diplomatik yang bertugas di Putra Jaya mengisi jawatan tersebut dan berkhidmat kepada Menteri Besar sehinggalah Zambry mengambil alih. Che Leh pun tidak berhasrat untuk berkhidmat dengan MB baru ini, tidak serasi katanya. Dia ada mohon supaya ditukarkan ke mana-mana Jabatan di Perak yang ada kekosongan sesuai dengan jawatannya. Ada beberapa jawatan di jabatan-jabatan lain kosong yang beliau layak mengisinya. Tetapi dihantar