Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember 26, 2008

REALITI PERJUANGAN DAN PENGORBANAN DALAM PAS

Imej
Ustaz Idris Haji Ahmad Fri | Dec 26, 08 | 11:37:18 am MYT "Bukan senang berjuang dengan PAS sebagai sebuah jemaah Islam dan menjadi parti yang sentiasa mencabar kemungkaran yang dilakukan oleh Umno/BN. Kuasa yang mempunyai segala kekuatan material dan sokongan. Tetapi kita memimpin PAS berbekal kekuatan iman dan aqidah yang mantap dengan keyakinan mendapat kemenangan di akhirat." Aidil Adha 1429 bersamaan 8 hb Disember 2008. Banyak binatang ternakan dikorbankan sebagai satu amalan sunat muakkad yang dituntut kepada mereka yang berkemampuan. Sunnah korban yang dilakukan sebagai mengimbau kembali peristiwa yang berlaku kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail . Kedua-dua beranak ini menjalankan arahan Allah, walalupun Nabi Ibrahim terpaksa mengorbankan anaknya Nabi Ismail. Perbuatan yang dilakukan sebagai satu pengabdian diri kepada Allah SWT seperti dalam surah al-Saaffat 37: 107 " Dan kami tebuskan anak itu dengan seekor se...

Amaran pada Umno : Usah 'pemain' Hudud, Qisas

Harakahdaily Fri | Dec 26, 08 | 9:14:11 am MYT KUALA TERENGGANU, 26 Dis (Hrkh) - Tindakan menentang Hudud dan Qisas bukan sahaja melibatkan akidah seseorang tetapi dilihat sebagai 'menderhaka' kepada Sultan Terengganu yang telah memperkenankan Enakmen Jenayah Syariah Hudud dan Qisas di negeri Terengganu ini. Angkatan Muda Keadilan (AMK) Negeri Terengganu tidak teragak-agak untuk mengadap dan menghantar memorandum kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu, sekiranya Umno-Barisan Nasional tidak menghentikan permainan politik murahan berkaitan isu hukum Hudud dan Qisas Ketuanya, Fariz Musa berkata isu Hudud dan Qisas tersebut sengaja ditimbulkan oleh Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dengan tujuan memerangkap Naib Presiden PAS, Dato' Paduka Husam Musa dan menimbulkan polimik khususnya di kalangan masyarakat bukan Islam ketika berdebat di Kota Bharu, Kelantan baru-baru ini. "Tujuan Khairy tidak lain adalah untu...

Media cipta isu liwat di Permatang Pauh, Kini hangatkan hudud di Kuala Terengganu

Wartawan Kita Thu | Dec 25, 08 | 3:08:30 pm MYT KOTA BHARU, 25 Dis (Hrkh) - Masihkah anda ingat, menjelang pilihan raya kecil Permatang Pauh Ogos lalu, isu dakwaan liwat terhadap Dato' Seri Anwar Ibrahim menjadi agenda penting media harian. Dan kali ini isu hudud pula diuar-uarkan dalam suasana menghadapi pilihan raya kecil Kuala Terengganu. Mungkinkah kegagalan media membantu Umno di Permatang Pauh turut berulang di Kuala Terengganu. Inilah kelebihan yang ada pada media harian berbahasa Melayu di negara ini. Mereka sedia menggantikan tempat Umno bagi menyerang Pakatan Rakyat. Umpama lebih sudu dari kuah. Media menjadi alat untuk menakutkan kira-kira 11 peratus pengundi bukan Islam di Kuala Terengganu terhadap PAS kerana imej hudud yang dipalitkan. Nawaitu kedua, bagi memecahkan Pakatan Rakyat dengan melaga-lagakan DAP dengan PAS. Sedangkan pada Wacana Perdana yang diadakan di sini 20 Disember lalu amat jelas apabila pensyarah un...