Catatan

Tunjukkan catatan dari November 9, 2008

SIDANG DUN PERAK , 10-14 NOVEMBER INI

Johari Jaafar Sun | Nov 09, 08 | 8:47:23 am MYT IPOH, 9 Nov (Hrkh) - Buat pertama kali Kerajaan Pakatan Rakyat akan membentangkan bajet 2009 dalam sidang DUN pada 10 hingga 14 November ini dan seluruh rakyat negeri ini sedang tetunggu-tunggu bajet pertama Kerajaan Pakatan Rakyat. Pada sidang pertama nanti, Menteri Besar Dato' Seri Ir Mohamad Nizar Jamaludin dan seluruh Exco akan menjawab soalan-soalan lisan dari seluruh Adun kerajaan dan pembangkang. Bajet akan dibentangkan pada hari itu juga selepas selesai tamat menjawab soalan-soalan lisan. Menurut Setiausaha Politik Menteri Besar Perak, Misbahul Munir Masduki, sidang kali ini pasti lebih hangat dan panas kerana Adun-adun Pakatan Rakyat kelihatan benar-benar bersedia untuk berdebat dan berhujah. "kalau sidang yang lepas, mereka kelihatan lesu, kerana tidak ada pengalaman, kali ini mereka akan menunjukkan taring masing-masing," katanya. Beliau seterusnya memberitahu Adun-adun Pakatan Rakyat sudah belajar dengan pengal...

YDP TAIPING RAI GURU PASTI

TAIPING 8Nov. Seramai 17 orang guru PASTI Taiping di raikan oleh YDP Pas Taiping semalam dalam satu Majlis ringkas yang di adakan di Pusat Khidmat DUN Kamunting. Majlis ini diadakan bagi bagi merakamkan ucapan terima kasih diatas sumbangan tenaga yang guru-guru PASTI berikan selama ini. YDP juga merakamkan ribuan terima kasih kerana guru-guru PASTI Taiping telah berjaya menempatkan PASTI Taiping menjadi johan keseluruhan acara bagi Negeri Perak. Majlis turut meraikan pelajar PASTI yang menjadi wakil Negeri Perak di Peringkat Kebangsaan dan memenangi beberapa acara di peringkat tersebut. YDP mengharapkan agar guru pasti terus menyumbangkan sepenuh tenaga untuk mendidik anak-anak menjadi insan yang soleh. Bayaran atau imbuhan yang tidak seberapa bukanlah menjadi penghalang kepada usaha-usaha murni ini. PAS Kawasan akan cuba membantu sedaya yang boleh bagi menaikkan lagi tahap dan kuali PASTI di Taiping. Di majlis tersebut YDP juga telah menyampaikan sedikit sumbangan berupa wang ringgit ...