Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember 3, 2008

CALON KUALA TERENGGANU , NIK AZIZ MAHU MOHAMAD SABU

Salmah Mat Husain Wed Dec 03, 08 3:40:43 pm MYT KOTA BHARU, 3 Dis (Hrkh) - Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, secara peribadi masih berhasrat untuk mengekalkan Mohamad Sabu sebagai calon PAS untuk menghadapi pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu akan datang. Katanya, memandangkan Mohamad telah bertanding dalam pilihan raya umum baru-baru ini, tidak ada sebab untuk beliau dicalonkan sekali lagi, dalam pilihan raya kecil yang akan datang. "Kalau boleh saya nak begitu, (kekal calon) sebab di Parlimen ni kena ada orang sepeti Mat Sabu (Mohamad) kerana lidah dia lantang, isu yang ditonjolkannya juga bukan dibuat-buat, tetapi realiti. "Saya sudah lama menjadi penceramah dan sekarang pun saya masih berceramah, tetapi lidah saya tidak sehebat Mat Sabu,"ujarnya. Tambahnya, itu berlaku kerana setiap manusia mempunyai kelebihan masing-masing, "Saya ada cara saya, tetapi kalau di Parlimen ni baik Mat Sabu,"ujarnya. Beliau berkata demikia

PAS TANDING DI KUALA TERENGGANU

Imej
Mohd Khalil Abdullah Tue Dec 02, 08 4:14:01 pm MYT KUALA LUMPUR, 2 Dis (Hrkh) -Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Md Isa hari ini mengesahkan parti itu akan bertanding pada pilihan raya kecil kerusi Parlimen Kuala Terengganu yang akan diadakan tidak lama lagi. Menurut Nasharuddin, pemilihan calon akan melalui proses biasa iaitu berdasarkan cadangan daripada peringkat cawangan, diperhalusi di peringkat bahagian sebelum dikemukakan kepada Majlis Mesyuarat Syura Jawatankuasa Pusat. "Majlis mesyuarat Syura Jawatankuasa Pusat dijangka akan membuat keputusan akhir berhubung calon yang akan bertanding pada mesyuarat, 21 Disember ini,"katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini, hari ini. Pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu akan diadakan berikutan kematian penyandang kerusi itu Dato' Razali Ismail yang juga Timbalan Menteri Pelajaran pada Jumaat lepas. Pada pilihan raya umum ke-12 Mac lalu, Razali mengalahkan calon PAS, Mohamad Sabu dengan majoriti 628 undi. Moha