Aidilfitri tidak redakan kemarahan rakyat Perak
Aidilfitri tidak redakan kemarahan rakyat Perak Nazri Abdullah Tue Sep 22, 09 8:29:23 pm MYT BATU GAJAH, 22 Sept: Bulan Syawal pada amalan kebiasaannya adalah waktu bermaaf-maafan sesama insan atas kesilapan yang pernah dilakukan namun hal ini berbeza di Perak. Sejumlah besar rakyat negeri ini kelihatan sangat sukar memberi kemaafan kepada kerajaan Barisan Nasional yang telah mengambil pemerintahan secara 'rampasan kuasa' sejak Februari lalu melalui tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)yang keluar Pakatan Rakyat menyokong BN. Tinjauan wartawan Harakahdaily mendapati, kemarahan rakyat terhadap kerajaan BN Perak yang dipimpin Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir nampaknya belum surut walaupun sudah berbulan berlalu. Buktinya, sebarang poster dan kain pemidang mengandungi gambar Zambry ataupun ADUN BN yang lain, diconteng dengan cat dan tulisan maki hamun pihak yang tidak berpuas hati di sini. Di mana sahaja di sekitar negeri ini, kebanyakan poster BN tidak ada yang bersih seperti ...