ISA : KOMPONEN BN BERSUARA , TETAPI TIDAK BERANI
Mohd Khalil Abdullah Tue Dec 02, 08 9:12:01 am MYT KUALA LUMPUR, 2 Dis (Hrkh) -Parti-parti komponen Barisan Nasional hanya berani untuk bersuara tetapi tidak akan berani untuk melaksanakan apa yang disuarakan. Demikian kesimpulan yang dirungkaikan oleh Ketua Penerangan KeADILan, Tian Chua dalam satu kenyataannya kepada Harakahdaily apabila mengulas mengenai desakan Presiden Parti Progresif Rakyat (PPP),Dato' M Kayveas untuk keluar daripada BN jika Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) tidak dipinda sebelum pilihan raya umum akan datang. Menurut Tian,kata tegas Kayveas itu tidak akan membawa sebarang makna jika berlaku lagi penahanan ISA sebelum pilihan raya umum. "Namun pengumuman ini langsung tidak membawa apa-apa makna, sekiranya berlaku lagi penahanan ISA sebelum pilihan raya umum. PPP akan kelihatan menghalalkan penahanan ISA dalam tempoh masa tersebut jika tidak keluar dari BN sekarang. "Ini adalah sikap parti komponen dalam BN yang sentiasa menyuarakan bahawa mereka...