Zunar kembali dengan "Perak Darul kartun"
Harakahdaily KUALA LUMPUR, 9 Dis: Selepas mempunyai masalah dengan pihak KDN mengenai permit penerbitan Gedung Kartunnya, kartunis Zunar melalui syarikatnya, Sepakat Efektif meneruskan penerbitan kartun itu dalam bentuk lain. Kali ini mereka mengumumkan penerbitan Gedung Kartun edisi kedua dalam bentuk buku dengan tajuk "Perak Darul kartun" (PDK). Kenapa mereka memilih buku? "Buku adalah penerbitan tidak berkala, dengan itu tidak memerlukan permit penerbitan, hanya ISBN yang mana kami telah memperolehinya," kata Zunar atau nama sebenarnya, Zulkifli Anwar ul Haq. PDK mempunyai ketebalan 80 muka surat tidak termasuk kulit muka (dengan penambahan 12 muka surat berbanding Gedung Kartun) dan dijual dengan harga RM10 setiap naskhah. Cetakan pertama adalah sebanyak 10, 000 naskhah dan akan diedarkan ke seluruh negara. Ia juga boleh dibeli secara online melalui website cartoonkafe.com. "Penyambungan penerbitan ini dalam bentuk buku membuktikan pihak kami tidak berha...