Catatan

Tunjukkan catatan dari April 7, 2009

Gas Pemedih Mata di Air Kuning !!!!!

PRK P059 BUKIT GANTANG (66) : Gas Pemedih Mata di SK Air Kuning .fullpost{display:inline;} keadaan betambah tegang di sek keb air kuning... 2 minit selepas gambar ini dirakam FRU melepaskan gas pemedih mata akibat dari pergaduhan penyokong UMNO Dan PAS selepas penyokong2 umno melempar kerusi ke arah penyokong2 PAS Ustaz Nasa sedang mententemkan keadaan penyokong Pas yang berang dengan perbuatan penyokong2 UMNO. Ustaz Nasa mengarahkan penyokong2 PAS bertenang dan mengalah demi menjaga keadaan supaya kembali tenang ~ Pinkturtle Posted by pemudabesut at 1:16 PM

MAHKAMAH BUKTIKAN SECARA JELAS NIZAR TIDAK DERHAKA !!!!

OLEH : BADAN PERHUBUNGAN PAS NEGERI PERAK Sejak krisis Perak dicetuskan oleh Umno, parti tersebut tidak henti-henti menuduh Y.B Dato’ Seri Nizar Jamaluddin sebagai penderhaka. Tuduhan derhaka tersebut dibuat hanya di atas andaian jahat semata-mata. Umno mengandaikan Y.B Dato’ Seri Nizar derhaka kerana enggan mematuhi keputusan Y.M Tuanku Sultan Perak. Meskipun Umno sedar tuduhan derhaka tersebut tidak mempunyai asas sama sekali namun di atas prinsip “matlamat menghalalkan cara” yang menjadi teras atau rukun politik Umno, gendang derhaka tersebut terus menerus dipalu oleh Umno bagi mendapat undi rakyat dengan cara yang tidak bermaruah. Sejak dari awal Dato Seri Nizar dan Pakatan Rakyat ( PR ) tidak pernah berniat jauh sekali menderhaka kepada Y.M Tuanku Sultan. PR dan Dato’Seri Nizar menerima dengan terbuka konsep Raja berperlembagaan PR boleh dan telah pun mengemukakan bukti-bukti sahih dan kuat yang secara jelas menunjukkan Umno adalah sebenarnya penderhaka kepada Sutan. Bukti-bukti y...