RAIS JADI ANAK YATIM BILA UMNO 'MATI' AKIBAT POLITIK WANG
Safar Jumaat Thu Oct 23, 08 1:34:52 pm MYT Calon Naib Presiden Umno, Dato' Seri Dr Rais Yatim kelihatan antara calon yang paling gelisah, selepas dua calon lain, Tan Sri Annuar Musa dan Dato' Seri Shahidan Kassim mengumumkan penarikan diri mereka, kerana 'kurang sambutan' dari bahagian-bahagian, setelah masuk minggu ketiga, persidangan bermula Berbeza dengan Annuar dan Shahidan, Rais kelihatan tidak dapat mengawal perasaannya, kerana setiap kali dia menyatakan hasratnya mahu bertanding, tiada sorak-sorai dari bahagian-bahagian Umno, sedangkan calon-calon yang lebih muda, begitu 'gagah berlari' meninggalkannya yang sudah semakin berusia. Kemarahan Rais itu diluahkan sekali dengan dakwaan mengatakan ada segelintir pihak meminta 'habuan' sebagai balasan untuk mencalonkannya bagi jawatan Naib Presiden Umno. Harap-harapnya, selepas Rais yang pernah mendapat pelbagai gelaran dari media massa, sebagai 'pakar Perlembagaan dan pakar undang-undang' turut m...