Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober 17, 2008

KENYATAAN KHAS MESYUARAT MAJLIS RAJA-RAJA KE -215

Imej
Harakahdaily Fri Oct 17, 08 7:59:04 am MYT KUALA TERENGGANU, 17 Okt (Hrkh) - Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-215 yang berlangsung di Istana Maziah di sini semalam mengeluarkan satu kenyataan akhbar khas berhubung beberapa perkara yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan Bernama melaporkan, Yang di-Pertuan Agong Sultan Mizan Zainal Abidin berangkat menghadiri mesyuarat itu dengan diiringi Perdana Menteri Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi. Mesyuarat dua hari itu yang berakhir hari ini dipengerusikan Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Muadzam Shah. Berikut adalah salinan penuh kenyataan akhbar khas berkenaan yang dikeluarkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah hari ini. "Kenyataan Akhbar Yang Dikeluarkan Oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Mengenai Peranan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong dan Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja Melayu berhubung dengan hak-hak keistimewaan, kedudukan, kemuliaan atau kebesaran Raja-raja Melayu, Agama Isl

MISBAH NAFI SALAHGUNA KUASA

Imej
Kenyataan akhbar Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Perak, Ustaz Misbahul Munir Bin Masduki 16HB OKT 2008 Dukacita saya melihat dakwaan atau tuduhan yang sebgaja dibuat-buat dan dilemparkan oleh UMNO iaitu oleh YB terhadap saya pada hari ini dengan melaporkan pada Badan Pencegah Rasuah kononnya saya telah menyalahgunakan kuasa. Lihat sini Sayugia diingatkan bahawa tindakan itu hanya sekadar satu gimik politik murahan Umno, khususnya untuk mencari apa jua kesilapan (jika ada) dilakukan Pakatan Rakyat hatta sebesar zarah sekalipun, jika boleh dimanipulasikan untuk kepentingan diri.Ia dibuat sekadar untuk menunjukkan beliau tidak berdiam diri (tetapi bekerja) dan sebagai manipulasi untuk menonjolkan diri semasa persidangan pemilihan Umno yang sedang berlaku sekarang. Sesungguhnya dalam kes surat saya kepada Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri, saya sesekali tidak pernah mengarahkan diserahkan kerja-kerja selenggaraan parit kepada JKKK yang baru.Dukacita saya dapati YB begit