Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun 19, 2009

Nizar sudah fail rayuan di Mahkamah Persekutuan sebentar tadi !!

Wan Nordin Wan Yaacob Fri Jun 19, 09 5:17:52 pm MYT PUTRAJAYA, 19 Jun (Hrkh) Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak, Dato' Seri Ir Mohamad Nizar Jamaluddin hari ini memfailkan rayuan kepada Mahkamah Persekutuan bagi permohonan kebenaran untuk merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan, yang mengisytiharkan Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak yang sah. Menurut Nizar, permohonan itu bakal didengar pada 9 dan 10 Julai ini dan beliau sangat berharap satu sejarah tercipta dengan 11 hakim diangkat mendengar permohonan beliau. Nizar berkata beliau terpaksa bertindak demikian walaupun panel hakim Mahkamah Rayuan belum mengemukakan hujah bertulis mereka dalam membuat keputusan itu bulan lalu. Datuk Md Raus Shariff, Datuk Zainun Ali dan Datuk Ahmad Maarop sebelum ini memberi jaminan untuk memberi hujah bertulis bagi menyokong keputusan mereka yang telah mengejutkan pelbagai pihak. Beliau kecewa ulasan penghakiman'yang masih tidak diterima selepas Mahkamah Rayuan membuat keputusan p...

KRISIS PEMIKIRAN DALAM PAS !!

PAS berhadapan dengan kemelut dalaman parti yang tidaklah serius dan separah masalah dalaman UMNO sebagaimana yang cuba digambarkan oleh media arus perdana. Perbezaan pendapat antara pimpinan parti bukan bermakna PAS telah berpecah belah. Kemelut dalaman parti ini hanyalah krisis pemikiran antara pimpinan tertinggi parti akibat isu Kerajaan Perpaduan. Krisis pemikiran yang berlaku semakin berlarutan akibat masing-masing pimpinan menjadikan media sebagai saluran mempertahankan pandangan, sepatutnya perbezaan pendapat dalam perkara-perkara besar seumpaman ini dibincangkan dan diutarakan dalam muzakarah dan mesyuarat dalaman parti.Selain itu, UMNO melalui media sememangnya menunggu peluang ini, perbezaan pendapat antara pimpinan PAS dibesar-besarkan oleh media arus perdana. Pimpinan UMNO kononnya menyokong pendapat sebelah pihak dengan pujian yang melambung, selama ini tidak ada pimpinan tertinggi UMNO memuji sebegitu rupa. Tujuan pujian hanyalah untuk mengeruhkan keadaan, ini yang UMNO m...