Catatan

Tunjukkan catatan dari November 14, 2008

SEDUTAN UCAPAN PENGGULUNGAN BAJET 2009 MB PERAK

Bajet 2009 PR lebih baik dari Bajet 2008 BN YAB MB Perak menegaskan bahawa Bajet 2009 yang dibentangkan adalah jauh lebih baik berbanding Bajet 2008 BN. Menurutnya walaupun peruntukan pembangunan berkurang sebanyak 5 juta yang disifatkan oleh wakil Pembangkang sebagai kepincangan, daif, naïf, cetek, dangkal dan tidak selaras dengan strategi bajet negeri berkebajikan. Namun pengurangan ini tidaklah seteruk pada tahun 2008 yang mana pengurangan peruntukan pembangunan pada masa itu adalah sebanyak 69 juta berbanding dengan tahun 2007. Menurut MB Perak sewaktu menggulung perbahasan Bajet 2009, keseluruhan anggaran perbelanjaan iaitu pembangunan dan pengurusan bagi tahun 2009 adalah sebanyak 736.84 juta ringgit berbanding 658.26 juta pada tahun 2008 iaitu peninhgkatan sebanyak 12 peratus. Hasil Negeri akan meningkat apabila hutan simpan di tender oleh kerajaan. 2000 hektar hutan simpan ditender oleh kerajaan. Jumlah tersebut adalah 25 % daripada jumlah Catuan Tebangan Tahunan 2008. Pemberia...

APA YANG RAKYAT PERAK DAPAT DARI BAJET 2009 INI ?

1. 4,428 rakyat berpendapatan kurang 700 ringgit diberi bekalan air percuma sebanyak RM 10.00 sebulan. 2. Meluluskan 1000 hektar tanah kepada SAR dan SRJK Cina untuk diusahakan penanaman sawit. 3. RM 6 juta diperuntukan untuk sumbangan derma siswa RM 1000 seorang kepada 6000 anak Perak yang berjaya melanjutkan pelajaran ke IPTA. 4. RM 4.9 juta diperuntukan untuk pendidikan Islam iaitu dengan menaikan elaun guru KAFA, Penyelia KAFA, guru Tadika Islam dan mengembalikan bantuan perkapita kepada 22 buah sekolah Agama Rakyat. 5. RM 1 Juta diperuntukan untuk Takaful Kifalah kepada warga emas berusia 65 tahun ke atas, setiap waris akan diberi sumbangan RM 1000 bagi meringankan beban pengebumian jenazah. 6. RM 4.88 juta pula diperuntukan untuk menaikan elaun bulanan Ketua Kampung dari RM 200 ke RM 400, dan elaun Setiausaha JKKK sebanyak RM 200 sebulan 7. Menubuhkan Tabung Khas Kebajikan Rakyat dengan memperuntukan RM 2 juta. Tabung ini ditubuhkan bagi tujuan membantu dan memelihara kebajikan r...

KERAJAAN LULUS TANAH 1000 HEKTAR KEPADA SEKOLAH AGAMA RAKYAT (SAR) DAN 1000 HEKTAR KEPADA SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA (SUWA)

IPOH : Dewan diberitahu bahawa SAR & sekolah SUWA masing-masing dianugerah tanah sebanyak 1000 hektar untuk diusaha hasil bagi menjana pendapatan sekolah tersebut. SAR sebelum ini telah dinafikan hak mereka oleh Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri dalam pemberian bantuan perkapita sejak tahun 2002. Manakala sekolah-sekolah SUWA adalah sekolah yang hanya mendapat bantuan RM 30 ribu setahun. Jumlah tersebut sudah tentu tidak mencukupi bagi membiayai perjalanan pendidikan dan aktiviti persekolahan. Sekolah SUWA dan SAR mendapat sumbangan dari orang awam dan juga bergantung kepada yuran murid. Demikian dijelaskan oleh YAB MB sewaktu menjawab soalan lisan dari ADUN Sungai Rapat. Dengan pemberian tersebut, sekolah SUWA dan SAR mampu menjana ekonomi dan pendapatan menerusi aktiviti perladangan dan pertanian yang djalankan.

KERAJAAN PR BERJAYA MENARIK PELABUR ASING BERJUMLAH HAMPIR 2 BILLION RINGGIT KE PERAK

Dalam tempoh 8 bulan memerintah Pelaburan Asing dalam sektor perkilangan telah diluluskan oleh Kerajaan PR dengan mencatatkan pelaburan bernilai RM 1,874,236,775, angka ini jauh lebih tinggi berbanding pelaburan asing untuk keseluruhan tahun 2007 yang berjumlah RM 1,382,9919,999. Sektor perkilangan ini akan memberi peluang pekerjaan kepada 2,383 rakyat Perak apabila 25 projek dibangunkan nanti. Demikian dijelaskan oleh EXCO Industri dan Pelaburan Kerajaan Negeri Perak dalam sidang DUN hari ini.

KERAJAAN BN TIDAK TINGGALKAN APA-APA UNTUK YAYASAN PERAK

YAB MB Perak menjelaskan dalam dewan hari ini bahawa Kerajaan BN tidak meninggalkan apa-apa wang kepada Yayasan Perak. Pendapatan Yayasan Perak diperolehi melalui aktiviti perladangan dan pertanian. Walau bagaimanapun, kerajaan Negeri PR telah menyalurkan sumbangan berjumlah 2.4 juta ringgit untuk tujuan derma siswa kepada anak-anak Perak yang berjaya melanjutkan pelajaran Ke IPTA.