31 Ogos 2008

PENGKISAHAN SEJARAH KEMERDEKAAN

Pengkisahan Sejarah Kemerdekaan ini boleh dibaca di majlis-majlis rasmi kemerdekaan di sekolah, IPT dan Pejabat Kerajaan. Bacalah dengan intonasi suara yang bersemangat

24 Ogos 1511 - Setelah hampir 2 minggu mempertahankan bumi Melaka, akhirnya Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka, kerajaan Melayu terulung di nusantara jatuh ke tangan Benggali Putih berbangsa Eropah Portugis. Raja Ahmad putera Sultan Mahmud Syah gugur bersama beribu-ribu pejuang Melaka di medan berdarah.

Perjuangan mendapatkan semula Melaka bermula setelah kejatuhan Melaka. Sultan Mahmud Syah memimpin perjuangan mendapatkan kembali Melaka, namun A Famosa menjadi penghalang kemerdekaan Melaka.

1641- Setelah lebih 100 tahun bertapak di Melaka, akhirnya runtuh juga Kota Melaka, namun kemerdekaan Melaka masih tak tercapai jua kerana Belanda pula menjadi penguasa.
Perjuangan memerdekakan Melaka terus menyala. Raja Ali Haji memimpin perjuangan suci merebut Melaka dari Belanda.

1784- Peristiwa sedih di Teluk Ketapang, Melaka. Raja Ali Haji terkorban bersama pengikutnya di tangan Belanda. Melaka tetap belum merdeka.

1824- Perjanjian Inggeris-Belanda, bumi Melaka ternoda lagi, bangsa Eropah membahagi Gugusan Kepulauan Melayu satu untuk engkau, satu untuk aku. Begitu mudah sekali seolah-olah Kepulauan Melayu kepunyaan datuk nenek mereka. Inilah padah kuasa di tangan penjajah. Mereka memecahkan peta rumpun Melayu nusantara.

Setelah Sultan Abdullah, Sultan Kedah ditipu dan dihina Francis Light untuk mengambil Pulau Pinang pada 1786. Setelah Sultan Husein, Sultan Johor diperdaya Stamford Raffles untuk mengambil Singapura pada 1819, kini bangsa Inggeris mendapat habuan Melaka dari perjanjian ciptaan mereka, adilkah?.

1874- Kekayaan bahan mentah membuka mata penjajah. Bijih timah dan minyak adalah kekayaan tidak terkira nilainya. Inggeris mula mencipta alasan campurtangan di negeri-negeri Melayu, seumpama Amerika mencipta alasan untuk menyerang Iraq.

Bermula dengan Perjanjian Pangkor pada 1874 hingga 1895. Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang menjadi mangsa kerakusan Inggeris untuk menjadi kaya.

Bermula dari Perjanjian Burney pada 1826 hingga Perjanjian Bangkok pada 1909, Siam diugut dan menjadi mangsa tipu helah Inggeris mendapatkan negeri-negeri bunga emas Siam. Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu dipaksa tunduk kepada Inggeris.

1914- Hanya Johor kekal merdeka. Inggeris kehilangan alasan, ketiadaan punca. Paduka Sultan Ibrahim mula diperdaya menyingkirkan Dato’ Abd Rahman Andak, penghalang utama Inggeris berkuasa di Johor. Johor negeri terakhir ditakluk Inggeris. Sejak pengambilan Pulau Pinang pada 1786 hinggalah Johor pada 1914, semangat mendapatkan kemerdekaan terus membara di hati orang-orang Melayu. Mereka sanggup mati, sanggup dipenjara, sanggup diseksa dan sanggup dibuang negeri, namun undur tidak sekali. Lawan tetap lawan, perjuangan tetap diteruskan.

Dato’ Maharajalela dan Dato’ Sagor mati di tali gantung Inggeris di Matang, Perak.
Tok Janggut dibunuh dengan buluh runcing. Mayatnya diseksa, diarak dengan kaki ke atas dan kepala ke bawah mengelilingi Pasir Putih, Kelantan.
Haji Abdul Rahman Limbong, Peguambela rakyat Terengganu yang ditindas, dibuang negeri ke Mekah.
Dato’ Bahaman, Tok Gajah dan Mat Kilau diburu Inggeris dari Pahang sehingga ke Patani, Siam dan terpaksa menetap di sana.

Mereka ini adalah pejuang agama, pejuang bangsa dan pejuang tanahair. Mereka juga tokoh kemerdekaan. Namun darah mereka yang mengalir masih belum mampu membebaskan negeri-negeri Melayu dari belenggu penjajah.

Awal kurun ke – 20 kesedaran untuk mendapatkan kemerdekaan dicetus kembali. Syed Sheikh Al-Hadi, Sheikh Tahir Jalaluddin dan Haji Abas Taha lulusan Al-Azhar, Mesir mencetuskan idea pembaharuan Islam melalu Kaum Muda.

Dari Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI) lahir Ibrahim Haji Yaakub, pengasas Kesatuan Melayu Muda (KMM). Tuntutan kemerdekaan yang berani menjadi sebab Ibrahim Haji Yaakub dipenjara Inggeris Oktober 1941, tetapi dibebaskan bila Jepun menjajah Tanah Melayu.
Desakan dan tuntutan janji kemerdekaan dari Jepun oleh Ibrahim Haji Yaakub menyebabkan Jepun mengotakan janji mereka.

Ibrahim Haji Yaakub bersama Sukarno dari Indonesia ke Jepun bagi merundingkan kemerdekaan bersama Indonesia dan Tanah Melayu dengan nama Negara Melayu Raya.
Sukarno pulang dan mengisytiharkan kemerdekaan oleh Jepun. Kemerdekaan sudah hampir kepada Tanah Melayu, namun bom atom Amerika ke atas Nagasaki dan Hiroshima memusnahkan segalanya. Ibrahim Haji Yaakub tidak sempat mengisytiharkan kemerdekaan Tanah Melayu.

1946- Malayan Union diperkenalkan. Peluang Dato’ Onn mencetuskan kebangkitan orang-orang Melayu. Kongres Melayu SeMalaya mengumpulkan semua persatuan Melayu melahirkan umno. Tentangan orang-orang Melayu menguburkan Malayan Union.

April 1947- PUTERA pimpinan Dr. Burhanuddin Helmi dan AMCJA pimpinan Tan Cheng Lock gabungan parti-parti politik Melayu dan Cina mengemukakan Perlembagaan Rakyat bagi mengantikan Malayan Union tetapi ditolak Inggeris kerana menjejaskan kepentingan Inggeris di Tanah Melayu.

Jun 1948- Pengisytiharan darurat. Inggeris menggunakan kesempatan ini untuk menangkap pemimpin Melayu yang tidak disenangi Inggeris Dr. Burhanuddin Helmi, Ishak Haji Muhammad (Pak Sako), Ahmad Boestamam,Ust. Abu Bakar al-Baqir dan ramai lagi disumbat ke penjara di bawah undang-undang kejam Inggeris. Kini hanya umno satu-satunya parti Melayu menjadi tempat pergantunggan orang-orang Melayu selepas banyak parti yang mendapat sokongan terbesar orang Melayu seperti PKMM, AWAS, API dan Hizbul Muslimin diharamkan dan ramai pemimpin Melayu ditangkap.

1955- Pilihanraya umum pertama di Tanah Melayu, Perikatan gabungan umno, MCA dan MIC menang besar dalam pilihanraya ini.

Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj pengganti Dato’ Onn yang meletak jawatan, memimpin umno dan menjadi Ketua Menteri Tanah Melayu.

1 Jun 1956- Tunku dan rombongan merdeka berangkat ke London dari Singapura menaiki kapal hingga Karachi dan kemudiannya menaiki kapal terbang ke London.

8 Feb 1957- Tuntutan kemerdekaan dipersetujui dan ditandatangani di Lancester House, London antara Tunku dan Menteri Tanah Jajahan Inggeris, Alan Lennox Boyd, bagi pihak Inggeris. Suruhanjaya Reid merangka perlembagaan baru dibentuk.

21 Feb- Rombongan Tunku tiba di Padang Merdeka, Melaka dengan disambut puluhan ribu rakyat yang menunggu pengumumuman tarikh kemerdekaan Tanah Melayu.

9 Mei- Tunku sekali lagi pergi ke London untuk meneliti persiapan akhir kemerdekaan.

31 Ogos- 12.01 dinihari di Padang Kelab Selangor bangunan Sultan Abdul Samad, bendera Inggeris Union Jack diturunkan buat kali terakhir dan diganti dengan bendera Persekutuan Tanah Melayu disaksikan ribuan penduduk. 8.00 pagi di Stadium Merdeka. Tunku sebagai Perdana Menteri Malaya di hadapan wakil Ratu Elezabeth, Duke Of Glouster, Pesuruhjaya Tinggi Inggeris terakhir Donald Mac Gillivray, raja-raja Melayu dan orang kenamaan serta puluhan ribu rakyat mengisytiharkan Kemerdekaan Tanah Melayu yang berdaulat.

31 OGOS 1957
MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

16 SEPTEMBER 2008
MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

PERISTIWA BESAR DALAM SEJARAH ISLAM DALAM BULAN RAMADHAN

Bulan Ramadhan bukan hanya terkenal sebagai pusat latihan ibadah kepada umat Islam, malah ia juga terkenal dengan peristiwa besar dalam sejarah Islam antaranya:

BULAN DITURUNKAN AL KITAB

Beberapa hari yang ditentukan itu ialah bulan Ramadhan. Bulan yang diturunkan di dalamnya (permulaan) Al Quran sebagai petunjuk untuk manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pemisah antara yang benar dan salah.Para pakar tafsir dan hadis merekodkan, Allah juga menurunkan kitab-kitab dan suhuf iaitu kitab-kitab kecil selain Zabur, Taurat, Injil dan Al Quran kepada para rasul terdahulu pada bulan Ramadhan.

PERISTIWA BADAR

Pada hari Jumaat 2 Ramadhan tahun ke-2 Hijrah berlakunya perang pertama dalam Islam yang dikenali Perang Badar. Badar adalah nama tempat di sebuah lembah yang terletak di antara Madinah dan Mekah. Tentera Islam mengawal lokasi strategik dengan menguasai sumber air yang terdapat di situ.Perang ini melibatkan tentera Islam seramai 313 anggota berhadapan dengan 1,000 anggota tentera musyrikin Mekah yang lengkap bersenjata. Dalam peperangan ini, tentera Islam memenangi pertempuran dengan 70 tentera musyrikin terbunuh, 70 lagi ditawan manakala bakinya melarikan diri.Peperangan ini adalah suatu yang luar biasa apabila tentera Islam yang kurang jumlah, lemah daripada sudut kelengkapandan berpuasa dalam bulan Ramadhan memenangi pertempuran Perang Badar. Ini membuktikan puasa bukan penyebab umat Islam bersikap lemah dan malas sebaliknya berusaha demi mencapai keredhaan Allah. Orang yang berjuang demi mencapai kerdhaan Allah pasti mencapai kemenangan yang dijanjikan. Allah menegaskan dalam Surah Aali ‘Imran ayat 123 hingga 125.Sesungguhnya Allah menolong kamu dalam Perang badar, sedangkan pada masa itu kamu orang yang lemah. Sebab itu bertaqwalah kepada Allah supaya kamu mensyukurinya.

ISLAM MEMBUKA KOTA MEKAH

Peristiwa ini berlaku pada 10 Ramadhan tahun ke-6 Hijrah. Peristiwa kemuncak ini berlaku apabila musyrikin Mekah melanggar perjanjian Hudaibiah yang termeterai dengan orang islam. Antara kandungan perjanjian ini menyebut, setiap suku Arab boleh memilih sama ada menjadi sekutu Muhammad ataupun sekutu Quraisy. Kedua-dua pihak tidak boleh berperang dalam tempoh 10 tahun dan tidak boleh membantu pihak lain berperang.Malangnya, dalam suku-suku Arab yang bersekutu itu, ada golongan yang bertelagah iaitu Bani bakar dan Khuza’ah. bani Bakar bersekutu dengan Quraisy Mekah manakala Khuza’ah memilih bersekutu dengan Nabi Muhammad.Pada satu malam, Bani Bakar dengan pertolongan Quraisy Mekah menyerang perkampungan suku Khuza’ah di lembah Watir. Apabila berita itu sampai ke pengetahuan Nabi Muhammad, beliau mengerahkan ratusan ribu umat Islam marake Mekah tanpa pengetahuan penduduk musyrikin Mekah. Beliau menolak sebarang rundingan dengan pihak Quraisy sehingga kemaraan umat Islam hanya diketahui apapbila hampir memasuki Kota Mekah. Penduduk musyrikin menjadi jumlah yang kecil tanpa sebarang persiapan hanya bersembunyi di bukit, rumah ibadat dan rumah Abu Sufian.Akhirnya umat Islam memasuki kota Mekah tanpa sebarang pertumpahan darah. Peristiwa ini menggambarkan pertolongan Allah kepada hamba-hamba yang ikhlas kepadaNya. Allah menyebut dalam Al Quran Surah Al Fath ayat 1:Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu kemenangan yang nyata.Sebahagian pakar tafsir Al Quran memberi maksud ‘kemenangan’ dengan kemenangan bermaksud membuka Mekah.

PERISTIWA PERJALANAN NABI MUHAMMAD SAW KE TABUK

Apabila pengaruh Nabi Muhammad SAW tersebar ke pelosok Semenanjung Tanah Arab, ia memberikan tamparan hebat kepada Rom yang menjadi kuasa besar pada masa itu. Lantas Herkules, Maharaja Rom Timur (Bizantin) memutuskan bagi menyekat pengaruh umat Islam dengan utara Tanah Arab.Apabila berita itu samapai ke pengetahuan Nabi Muhammad SAW, beliau mengarahkan umat Islam berkumpul bagi menghadapi Rom dan mengutip zakat. Pada masa itu tanah Arab dilanda panas dan kesusahan. Iman umat islam ketika itu benar-benar teruji. namun, mereka tetap taat kepada perintah Nabi Muhammad. Beliau sendiri memimpin tentera seramai 30,000 anggota ke utara Madinah.Apabila tentera Islam tiba di Tabuk, tentera Rom tidak berada di situ. Sebaliknya Rom menarik diri apabila mengetahui kemaraan tentera Nabi Muhammad SAW yang ramai. Tentera Islam terus mengasak Rom sehingga termeterai perjanjian antara Islam dan Rom. Sebagai persetujuan, Rom tunduk dan bernaung di bawah pemerintahan Nabi Muhammad SAW dan dikenakan cukai sebanyak 3,000 dinar setiap tahun.

ISLAM SAMPAI KE YAMAN

Yaman terletak di selatan Semenanjung Tanah Arab. Nabi Muhammad mengutuskan Ali bin Abu Talib dengan membawa surat beliau untuk penduduk Yaman khususnya suku Hamdan. Dalam tempoh satu hari, kesemua mereka memeluk agama Islam secara aman. Peristiwa bersejarah itu berlaku pada bulan Ramadhan tahun ke-10 Hijrah.

KHALID BIN AL WALID MERUNTUHKAN BERHALA AL ‘UZZA

Selepas umat Islam membebaskan kota Mekah, Nabi Muhammad SAW menyucikannya dengan memusnahkan 360 patung di sekeliling Kaabah. Lima hari sebelum berakhirnya Ramadhan tahun ke-9 hijrah, beliau menghantar Khalid al Walid bagi memusnahkan patung al ‘Uzza di Nakhla.Menurut kepercayaan Arab jahiliyyah, al ‘Uzza adalah patung dewi terbesar di situ. Ia sering disebut oleh masyarakat Arab apabila melafazkan sumpah. Khalid al Walid melaksanakan tugas itu dengan bergerak menuju ke Nakhla lalu menghancurkan patung al ‘Uzza. Selepas itu, penyembahan patung pun berakhir.

PENYERAHAN BANDAR TAIF

Bandar Taif pernah mencatatkan sejarah apabila penduduknya menghalau Nabi Muhammad SAW semasa berdakwah di sana. Selepas beliau dan umat Islam berjaya membebaskan Mekah, golongan Bani Thaqif berkeras tidak mahu tunduk kepada Nabi Muhammad SAW. Nabi Muhammad SAW dan tentera Islam mara ke Taif lalu mengepungnya dalam tempoh yang lama. Akhirnya rombongan mereka datang ke Mekah pada bulan Ramadhan tahun ke-9 Hijrah dengan menyerahkan bandar Taif sebagai tanda menyerah kalah. Patung al Laata yang dipuja sebelum ini dimusnahkan.

PEMBUKAAN ANDALUS (SEPANYOL)

Andalus adalah nama Arab yang diberikan kepada wilayah-wilayah bahagian Semenanjung Iberia yang diperintah oleh orang Islam selama beberapa waktu bermula tahun 711 hingga 1492 Masihi. Pada 28 Ramadhan tahun ke-92 Hijrah, panglima Islam bernama Tariq bin Ziyad dihantar pemerintahan Bani Umaiyah bagi menawan Andalus.Tariq memimpin armada Islam menyeberangi laut yang memisahkan Afrika dan Eropah. Selepas pasukan tentera Islam mendarat, Tariq membakar kapal-kapal tentera Islam supaya mereka tidak berfikir untuk berundur. Akhirnya Andalus ditawan dan menyelamatkan rakyatnya yang dizalimi. Islam bertapak di Andalus selama lapan abad dan meninggalkan kesan tamadun yang tinggi nilainya kepada dunia barat.

PEPERANGAN ZALLAQAH; PORTUGAL

Peristiwa ini berlaku selepas subuh hari Jumaat, bulan Ramadhan tahun 459 Hijrah. Ketika itu, berlaku kebangkitan Dinasti Murabit di Afrika Utara. Gabenor Cordova, al Muktamin meminta bantuan Sultan Dinasti Murabit, Yusuf bin Tasyifin bagi memerangi al Fonso VI. Tentera Kristian yang diketuai oleh al Fonso VI yang berjumlah 80,000 tentera berjaya dikalahkan. Dalam masa yang singkat Sultan Yusuf berjaya menguasai seluruh Sepanyol dan menyelamatkan umat Islam. Selepas itu, Sepanyol Dinasti Murabit berdiri sejak 1090 hingga 1147 Masihi.

TENTERA ISLAM MENGALAHKAN TENTERA MONGOL

Pada tahun 126 hingga 1405 masihi, kaum Mongol melebarkan penaklukannya hampir kesemua benua Asia. Menurut rekod, empayar penaklukan mereka meliputi seluas 33 juta kilometer persegi. Jeneral tentera Mongol dikenali sebagai Genghis Khan. Dalam misi penaklukan itu, mereka membunuh melebihi sejuta rakyat negara yang ditakluki. Penaklukan mereka menjangkau hingga ke Moscow dan Kiev.Pada tahun 1258, tentera pimpinan Jeneral Hulagu Khan merempuh kota Baghdad zang menjadi kemegahan Dinasti Abbasiah. Dalam serangan itu, ramai umat Islam terbunuh dan banyak buku karangan sarjana Islam dibuang ke dalam Sunagi Furat dan Dajlah sehingga airnya menjadi hitam kerana dakwat.Pada 15 Ramadhan 658 Hijrah bersamaan 1260 Masihi, angkatan tentera Islam bangkit membuat serangan balas. Tentera Islam dan para ulama pimpinan Sultan Qutuz dari Dinasti Mamluk, Mesir mara ke Palestin selepas Mongol menguasainya. Kedua-dua pihak bertemu di ‘Ain Jalut.Dalam pertempuran itu, tentera ISlam meraih kemenangan dan berjaya menawan Kitbuqa Noyen, seorang Leftenan Kristian yang memberi nasihat kepada Hulagu Khan bagi menyerang Baghdad. Kitbuqa akhirnya dihukum bunuh. Kemenangan itu adalah suatu yang luar biasa apabila Mongol yang terkenal dengan keganasan akhirnya kalah kepada tentera Islam.

PEPERANGAN YAKHLIZ

Pada 15 Ramadhan 1294 Hijrah, bala tentera Islam Dinasti Uthmaniah yang dipimpin oleh Ahmad Mukhtar Basya dengan jumlah 34,000 anggota mengalahkan tentera Rusiayang berjumlah 740,000. Seramai 10,000 tentera Rusia terbunuh dalam pertempuran itu. Ia menjadi kebanggaan umat Islam mempertahankan agama yang diancam oleh kerajaan Tzar di Rusia.

TERTAWANNYA GARIS BAR LEV, ISRAEL

Dalam sejarah moden, berlaku Perang Yom Kippur yang melibatkan tentera Islam pakatan Mesir dan Syria dengan tentera Yahudi Israel pada 10 Ramadhan 1390 Hijrah bersamaan 6 Oktober hingga 22 atau 24 Oktober 1973 Masihi. Perang Yom Kippur, juga dikenali sebagai Peperangan Arab-Israel 1973, Perang Oktober, dan Perang Ramadhan.Ia adalah sebahagian daripada konflik Arab-Israel sejak dari tahun 1948. Pada bulan Jun 1967, berlaku Perang Enam Hari antara Israel dengan Mesir, Syria dan Jordan. Dalam pertempuran itu , Israel berjaya menduduki Bukit Golan, Syria di utara serta Semenanjung SInai, Mesir di selatan sehingga ke Terusan Suez. Selepas itu, Israel membina barisan pertahanan di SInai dan Bukit Golan. Pada tahun 1971, Israel memperuntukkan 500 juta dolar Amerika bagi membina kubu dan kerja tanah raksasa yang dinamai Garis Bar Lev sempena nama Jeneral Israel, Haim Ber Lev.Israel bermegah denga kubu Bar Lev yang didakwa ‘tidak dapat ditawan’ kerana mempunyai kekebalan dan teknologi peralatan yang canggih. Namun, tentera Islam berjaya menawan kubu itu sekaligus mengalahkan Israel. Antara peristiwa menarik dalam peperangan ini adalah peranan seorang sarjana Islam merangkap sebagai Imam Masjid Bandar Suez al Marhum, Syeikh Hafiz Salamahyang mengambilalih pimpinan operasi peperangan.Beliau menggantikan jawatan ini apabila gabenor daerah bersedia menyerah kalah. Akhirnya para mujahidin gabungan tentera Mesir, Syria dan penduduk bandar Suez berjaya megasak tentera Israel yang terpaksa berundur sehingga terpaksa menyerahkan Semenanjung Sinai dan Bukit Golan

30 Ogos 2008

ADAKAH KERAJAAN PAKATAN RAKYAT PERAK AKAN TUMBANG ESOK 31OGOS !!

PETALING JAYA: Tinggal kurang 24 jam sasaran tarikh 31 Ogos yang diletakkan oleh Barisan Nasional (BN) Perak untuk mengambil alih kerajaan negeri Perak! Adakah ia akan menjadi kenyataan esok? "Saya menunggu tarikh itu (31 Ogos). Ia Merdeka bagi kita semua," kata Menteri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin di Ipoh hari ini. "Pada 31 Ogos, Pakatan Rakyat akan tetap mempunyai 31 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan kami akan menyambut hari kemerdekaan yang sebenar," tambah beliau. Menteri Besar itu menekankan, esok sebenarnya merupakan hari kemerdekaan yang sebenar bagi rakyat negeri Perak. Pada pilihan raya umum ke-12 Mac lalu, pembangkang yang terdiri daripada DAP, PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) berjaya membentuk kerajaan baru - kerajaan campuran - selepas menang 31 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) manakala BN hanya mampu menguasai 28 kerusi. Pembangkang turut menang di 11 kerusi Parlimen manakala BN memperoleh 13 kerusi. Awal bulan ini, bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali melahirkan keyakinan bahawa kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat itu akan jatuh menjelang sambutan Hari Kemerdekaan yang jatuh esok. Bulan lalu, beliau yang juga Pengerusi BN Perak mengharapkan lebih daripada dua ADUN Pakatan Rakyat akan menyertai BN. Malah akhir bulan lalu, Tajol Rosli ada menawarkan jawatan Menteri Besar kepada PAS jika bersedia untuk membentuk kerajaan campuran dengan BN. Nizar merupakan wakil PAS dan dilantik sebagai Menteri Besar. Turut ditawarkan ialah tiga ataupun empat jawatan Exco kepada parti tersebut. Selepas tanggal 31 Ogos, rakyat akan menanti sama ada sasaran Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim mencapai tarikh 16 September membentuk kerajaan baru persekutuan akan menjadi kenyataan.

ADAB BERBUKA PUASA - MENURUT SUNAH RASULULLAH S.A.W.

ADAB-adab berhubung ibadat mestilah merujuk kepada ajaran yang ditunjuk oleh Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w., iaitu al-Quran dan sunah. Ada sebahagian pihak yang cenderung mencipta adab-adab ibadah tanpa merujuk kepada dua sumber agung itu, misalnya dakwaan yang menyatakan makruh mandi terlalu kerap, atau mandi pada hampir waktu berbuka kerana ia boleh mengurangkan keletihan dan sekali gus menghilangkan kelebihan puasa.
Sedangkan di dalam hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Malik di dalam al-Mawata’, Ahmad dan Abu Daud di dalam sunannya, Abu Bakar bin Abd al-Rahman meriwayatkan:
“Telah berkata sahabat yang menceritakan kepadaku: “Aku melihat Rasulullah s.a.w. di al-`Arj (nama tempat) mencurahkan air ke atas kepala Baginda ketika Baginda berpuasa disebabkan dahaga atau panas.”
Dengan itu Ibn Qudamah al-Maqdisi (meninggal 620H) menyatakan:
“Tidak mengapa seseorang mencurahkan air ke atas kepalanya (ketika puasa) disebabkan panas atau dahaga kerana diriwayatkan oleh sebahagian sahabat bahawa mereka melihat Rasulullah s.a.w. di al-`Arj (nama tempat) mencurahkan air ke atas kepala Baginda ketika Baginda berpuasa disebabkan dahaga atau panas.”
(Ibn Qudamah al-Maqdisi, al-Mughni, 2/18, cetakan Dar al-Fikr, Beirut).
Yang penting di dalam bulan Ramadan ini adalah adab-adab yang kita kaitkan dengan ibadah puasa mestilah mempunyai asas yang boleh dipegang, iaitu al-Quran atau sunah. Antara adab-adab berbuka puasa yang dinyatakan di dalam hadis:
Menyegerakan berbuka apabila masuknya waktu atau disebut ta’jil al-Iftar. Ini berdasarkan hadis-hadis yang menyebut perkara ini, antaranya: Daripada Sahl bin Sa`ad bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Manusia sentiasa dalam kebaikan selagi mereka menyegerakan berbuka puasa.”
(Riwayat Bukhari dan Muslim).
Hadis ini menerangkan punca kebaikan di dalam agama ialah mengikut sunah Nabi s.a.w., iaitu Baginda menyegerakan berbuka puasa. Ini menolak dakwaan ajaran-ajaran karut yang kononnya melewatkan berbuka menambah pahala. Kata at-Tibi (meninggal 743H):
“Barangkali sebab Allah menyukai mereka yang bersegera membuka puasa, ialah kerana apabila seseorang berbuka puasa sebelum solat, membolehkannya menunaikan solat dengan dihadirkan hati. Juga ia menyanggahi ahli bidaah yang berpendapat wajib melewatkannya.”
(at-Tibi, Syarh Miskhat al-Masabih, 4/183, cetakan Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah, Berut).
Berbuka puasa dengan rutab, atau tamar atau air. Rutab ialah buah kurma yang telah masak sebelum menjadi tamar kering, ia lembut dan manis. Adapun tamar ialah buah kurma yang sudah kering. (lihat: al-Mu’jam al-Wasit 1/88). Sekarang di negara kita rutab sudah mula dikenali. Ia kurma yang masak dan masih lagi belum kering dan mengecut. Apabila ia mengecut dipanggil tamar. Di dalam hadis daripada Anas katanya:
“Bahawa Rasulullah s.a.w. berbuka puasa dengan beberapa biji rutab sebelum bersolat. Sekiranya tiada rutab, maka dengan beberapa biji tamar, dan sekiranya tiada tamar, maka Baginda minum beberapa teguk air.”
(Riwayat Imam Ahamd dan Tirmizi, katanya hadis ini hasan) Al-Diya al-Maqdisi (meninggal 643H) telah mensahihkan hadis ini. (lihat: al-Ahadith al-Mukhtarah, 4/411 cetakan: Maktabah al-Nahdah al-Hadithah, Mekah).
Inilah tertib yang dilakukan oleh Baginda, pilihan pertama ialah rutab, jika tiada tamar dan jika tiada air. Kata al-Mubarakfuri (meninggal 1353H):
“Hadis ini menjadi dalil disunatkan berbuka puasa dengan rutab, sekiranya tiada, maka dengan tamar, dan sekiranya tiada, maka dengan air. Adapun pendapat yang menyatakan di Mekah disunatkan didahulukan air zam-zam sebelum tamar, atau mencampurkan tamar dengan air zam-zam adalah ditolak. Ini kerana ia menyanggahi sunah. Adapun Nabi telah berpuasa (di Mekah) banyak hari pada tahun pembukaan kota Mekah, namun tidak pernah diriwayatkan baginda menyalahi adat kebiasaannya mendahulukan tamar sebelum air.”
(al-Mubarakfuri, Tuhfah al-Ahwazi, 3/311, cetakan Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah, Beirut). Di samping itu, dakwaan jika tiada tamar, maka dengan buah-buahan yang lain juga tiada sebarang dalil daripada sunah Nabi s.a.w.
Menyegerakan solat Maghrib selepas berbuka dengan tamar atau air, sekiranya makanan belum dihidangkan. Hadis yang kita nyatakan di atas menunjukkan Baginda Nabi s.a.w. berbuka dengan rutab atau tamar atau air sebelum bersolat Maghrib. Maka kita disunatkan juga mengikuti langkah tersebut, iaitu selepas berbuka dengan perkara-perkara tadi, lantas terus menunaikan solat. Ini sekiranya makanan belum dihidangkan. Adapun sekiranya makanan telah dihidangkan di depan mata, maka dimakruhkan meninggalkan makanan untuk menunaikan solat. Ini berdasarkan apa yang dinyatakan dalam hadis-hadis baginda Nabi s.a.w. antaranya: Daripada Anas bin Malik r.a.: Bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Apabila telah dihidangkan makan malam, maka mulakanlah ia sebelum kamu menunaikan solat Maghrib, dan jangan kamu tergopoh-gapah ketika makan malam kamu.”
(Riwayat Bukhari dan Muslim).
Dalam hadis yang lain daripada Abdullah bin Umar, Baginda s.a.w. bersabda:
“Apabila dihidangkan makan malam seseorang kamu, sedangkan solat (jamaah) telah didirikan, maka mulailah dengan makan malam. Janganlah dia tergopoh-gapah sehinggalah dia selesa.”
(Riwayat Bukhari dan Muslim).
Riwayat di atas juga menambah:
Bahawa Ibn Umar r.a. apabila dihidangkan untuknya makanan, manakala solat pula sedang didirikan, maka beliau tidak mendatangi solat melainkan hingga beliau selesai makan, sedangkan beliau mendengar bacaan imam. Ini kerana meninggalkan makanan dalam keadaan keinginan yang kuat untuk menjamahnya atau dalam perasaan lapar, boleh menghilangkan khusyuk di dalam solat, disebabkan ingatan terhadap makanan tersebut. Dengan itu para ulama menyatakan dimakruhkan solat setelah makanan terhidang di hadapan mata. Kata an-Nawawi (meninggal 676H): Di dalam hadis-hadis tersebut dimakruhkan solat apabila terhidangnya makanan yang hendak dimakan kerana ia boleh mengganggu hati dan menghilangkan kesempurnaan khusyuk.
(An-Nawawi, Syarh Sahih Muslim, 4/208, cetakan: Dar al-Khair, Beirut).
Sebenarnya bukan pada makan malam atau solat Maghrib sahaja kita disunatkan mendahulukan makanan yang dihidang sebelum solat, bahkan sunah ini meliputi semua solat dan waktu makan kerana dibimbangi menghilangkan khusyuk. Ini sekiranya makanan telah terhidang di depan mata. Al-Munawi (meninggal 1031H) pula menyebut:
“Hadis tersebut menyatakan hendaklah didahulukan makan malam sebelum solat Maghrib. Namun ia juga dipraktikkan juga pada solat-solat yang lain. Ini kerana punca arahan ini ialah bimbang hilangnya khusyuk.”
(al-Munawi, Faidh al-Qadir, 1/295, cetakan: al-Maktabah al-Tijariyyah al-Kubra, Mesir).
Malangnya ada di kalangan yang kurang faham, lalu mereka menyatakan bahawa kalau azan sudah berkumandang, hidangan dan makanan hendaklah ditinggalkan demi mengutamakan solat jemaah. Inilah kedangkalan meneliti hadis-hadis Nabi s.a.w., lalu mengandaikan agama dengan emosi sendiri.
Adapun sekiranya makanan belum terhidang atau perasaan keinginan terhadap makanan tiada, maka tidaklah dimakruhkan untuk terus solat. Ini bukanlah bererti kita disuruh mementingkan makanan melebihi solat, sebaliknya tujuan arahan Nabi s.a.w. ini ialah untuk memastikan kesempurnaan solat. Al-Imam Ibn Hajar al-`Asqalani (meninggal 852H) memetik ungkapan Ibn Jauzi (meninggal 597H):
“Ada orang menyangka bahawa mendahulukan makanan sebelum solat adalah bab mendahulukan hak hamba ke atas hak Tuhan. Sebenarnya bukan demikian, tetapi ini adalah menjaga hak Allah agar makhluk masuk ke dalam ibadahnya dengan penuh tumpuan. Sesungguhnya makanan mereka (para sahabat) adalah sedikit dan tidak memutuskan mereka daripada mengikuti solat jemaah.”
(Ibn Hajar al-`Asqalani, Fath al-Bari, 2/385, cetakan: dar al-Fikr, Beirut).
Makan dengan kadar yang tidak berlebihan ketika berbuka. Ini bertepatan dengan firman Allah s.w.t. maksudnya:
Dan makan dan minumlah kamu, dan jangan berlebih-lebihan. Sesungguhnya Dia tidak suka orang yang berlebih-lebihan.
(Surah al-`Araf:31).
Di dalam hadis Baginda s.a.w. menyebut:
“Anak Adam itu tidak memenuhi suatu bekas yang lebih buruk daripada perutnya. Cukuplah bagi anak Adam itu beberapa suap yang dapat meluruskan tulang belakangnya (memberikan kekuatan kepadanya). Sekiranya tidak dapat, maka satu pertiga untuk makanan, satu pertiga untuk minuman dan satu pertiga untuk pernafasan.”
(Riwayat Tirmizi, katanya: hadis ini hasan sahih. Al-Hafiz Ibn Hajar al-`Asqalani dalam Fath al-Bari menyatakan hadis ini hasan).
Hadis ini salah difahami oleh sesetengah pihak, lalu mereka menyangka Nabi s.a.w. menyuruh umatnya jika makan, hendaklah satu pertiga untuk makanan, satu pertiga untuk minuman dan satu pertiga untuk pernafasan. Sebenarnya jika kita teliti hadis ini bukan demikian, pembahagian tersebut ialah had maksimum. Kalau boleh kurang daripada itu. Sebab itu Baginda menyebut jika tidak dapat, maka tidak melebihi pembahagian tadi. Namun yang lebih utama digalakkan sekadar yang dapat memberi tenaga.
Berdoa ketika berbuka. Ini berdasarkan hadis Nabi s.a.w.:
“Sesungguhnya bagi orang berpuasa itu, doa yang tidak ditolak ketika dia berbuka.”
(Riwayat Ibn Majah, sanadnya pada nilaian hasan dan ke atas. Ishaq bin ‘Abd Allah al-Madani dithiqahkan oleh Abu Zur’ah dan disebut saduq oleh al-Zahabi dalam al-Kasyif ).
Maka kita boleh berdoa dengan apa sahaja doa yang kita hajati. Doa orang berpuasa makbul disebabkan jiwa yang telah dibersihkan daripada kotoran dosa dan syahwat. Justeru itu al-Munawi menyebut:
”Hadis di atas hanya untuk sesiapa yang telah menunaikan tanggungjawab puasa dengan menjaga lidah, hati dan anggota.”
(Faidh al-Qadir, 2/500).
Di sana ada doa yang ditunjukkan oleh Nabi s.a.w. ketika berbuka dan disunatkan kita membacanya:
“Adalah Rasulullah s.a.w. apabila berbuka, Baginda bersabda: Telah hilanglah dahaga, telah basahlah peluh (hilang kekeringan) dan telah tetaplah pahala, insya-Allah.”
(Riwayat Abu Daud, sanadnya hasan)
Namun setiap orang yang menunaikan puasa dengan sepenuhnya, hendaklah merebut peluang doa yang makbul ketika dia berbuka.
Berdoa kepada sesiapa yang menjamu kita berbuka, kata Anas r.a.:
“Baginda s.a.w. pernah datang kepada (rumah) Saad bin Ubadah. Dia menghidangkan roti dan minyak. Baginda pun makan dan bersabda: Telah berbuka puasa di sisi kamu mereka yang berpuasa, telah makan makanan kamu mereka yang baik dan telah berselawat ke atas kamu para malaikat.”
(Riwayat Abu Daud, Diya al-Maqdisi dalam Al-Ahadith al-Mukhtarah menyatakan ia sahih 5/158). Maka berdoalah kepada mereka yang menjamu kita berbuka puasa. Ini adab yang sangat baik.
Demikian senarai adab-adab yang terkandung di dalam sunah Nabi s.a.w. ketika berpuasa. Semoga pengamalan adab-adab ini menambahkan lagi pahala puasa kita.
**Artikel yang dicadangkan untuk bacaan bersempena dengan Ramadhan

KELEBIHAN RAMADHAN

Oleh arrayan"
Di dalam satu hadis menyebut :شَهْرُ رَمَضَانَ أَوَّلُهُ الرَّحْمَةُ وَأَوْسَطُهُ المَغْفِرَةُ وَآخِرُهُ عِتْقٌ مِنَ النَّارِ
Maknanya : Bulan Ramadhan, awalnya rahmat, pertengahannya keampunan dan akhirnya keselamatan daripada api nerakaInilah kelebihan yang terdapat di dalam bulan Ramadhan. Secara ringkasnya bulan Ramadhan terbahagi kepada 3 fasa iaitu :

Fasa Pertama : 10 hari yang awal merupakan fasa rahmat
Fasa Kedua : 10 hari berikutnya merupakan fasa keampunan
Fasa Ketiga : 10 hari terakhir merupakan fasa keselamatan daripada api neraka

Oleh itu, marilah kita merebut peluang ini dengan mengandakan amalan soleh pada siang dan malam bulan Ramadhan semoga kita semua akan mendapat segala kebaikan yang tidak terhingga

13 pesanan Rasulullah sebelum Ramadhan

Imam Ibnu Khuzaimah dalam kitab At Targhib Juz II/217-218 meriwayatkan suatu hadits bahwa Rasulullah saw. pada hari terakhir bulan Sya’ban berkhutbah di hadapan kaum muslimin, sebagai berikut:
“Wahai manusia, sesungguhnya kalian akan dinaungi oleh suatu bulan yang agung lagi penuh berkah, yaitu bulan yang di dalamnya ada suatu malam yang lebih baik daripada seribu bulan; bulan yang Allah telah menjadikan puasaNya suatu kewajiban dan qiyam (shalat) pada malam harinya suatu tahawwu’ (ibadah sunnah yang sangat dianjurkan). Siapa saja yang mendekatkan diri kepada Allah dengan suatu pekerjaan kebajikan (sunnah) di dalamnya, (ia diganjar pahala) sama seperti menunaikan kewajiban (fardlu) di bulan yang lain. Dan siapa saja yang menunaikan kewajiban di bulan Ramadhan, (ia diganjar pahala) sama dengan orang yang mengerjakan 70 kali kewajiban tersebut di bulan yang lain. Ramadhan adalah bulan sabar, sedangkan sabar itu pahalanya adalah surga (al jannah). Ramadhan itu adalah bulan memberikan pertolongan dan bulan Allah menambah rizki para mukmin di dalamnya. Siapa saja yang pada bulan itu memberikan makanan berbuka kepada orang yang puasa, maka perbuatan itu menjadi pengampunan atas dosa-dosanya, kemerdekaan dirinya dari api neraka, dan ia mendapatkan pahala seperti pahala orang berpuasa yang diberinya makanan berbuka itu tanpa mengurangi pahala orang yang berpuasa itu”. Para sahabat berkata: “Ya Rasululullah, tidak semua dari kami memiliki makanan berbuka untuk orang-orang yang berpuasa”. Rasulullah saw. pun menjawab: “Allah memberikan pahala tersebut kepada orang yang mem- berikan sebutir korma sekalipun atau sekedar seteguk air atau sehirup susu. Bulan Ramadhan ini adalah bulan yang permulaannya adalah rahmat, pertengahannya adalah ampunan, dan akhirnya adalah pembebasan dari neraka. Siapa saja yang meringankan beban dari orang yang dikuasainya (hamba sahaya atau bawahannya), niscaya Allah mengampuni dosanya dan membebaskannya dari api neraka.

Karena itu perbanyaklah empat perkara di bulan Ramadhan ini.

Dua perkara yang dengannya kalian menyenangkan Tuhan kalian dan dua perkara lainnya sangat kalian butuhkan.Dua perkara yang kalian lakukan untuk menyenangkan Tuhan kalian adalah: mengakui dengan sesungguhnya bahwa tiada Tuhan melainkan Allah dan kalian memohon ampunan kepada- Nya.Adapun dua perkara yang sangat kalian butuhkan adalah kalian memohon surgaNya dan berlindung dari api neraka. Siapa saja yang memberi minum kepada orang yang berpuasa niscaya Allah akan memberinya minum dari air kolamku dengan suatu minuman yang dia tidak merasa haus lagi sesudahnya hingga ia masuk surga”.

13 Pesan Rasulullah (Bersungguh-sungguhlah menghayatilah pesanan Rasulullah ini)
Imam Ibnu Khuzaimah dalam kitab At Targhib Juz II/217-218 meriwayatkan suatu hadits bahwa Rasulullah saw. pada hari terakhir bulan Sya’ban berkhutbah di hadapan kaum muslimin, sebagai berikut: “Wahai manusia, sesungguhnya kalian akan dinaungi oleh suatu bulan yang agung lagi penuh berkah,

1. yaitu bulan yang di dalamnya ada suatu malam yang lebih baik daripada seribu bulan;

2. bulan yang Allah telah menjadikan puasaNya suatu kewajiban dan qiyam (shalat) pada malam harinya suatu tahawwu’ (ibadah sunnah yang sangat dianjurkan).

3. Siapa saja yang mendekatkan diri kepada Allah dengan suatu pekerjaan kebajikan (sunnah) di dalamnya, (ia diganjar pahala) sama seperti menunaikan kewajiban (fardlu) di bulan yang lain.

4. Dan siapa saja yang menunaikan kewajiban di bulan Ramadhan, (ia diganjar pahala) sama dengan orang yang mengerjakan 70 kali kewajiban tersebut di bulan yang lain.

5. Ramadhan adalah bulan sabar, sedangkan sabar itu pahalanya adalah surga (al jannah).

6. Ramadhan itu adalah bulan memberikan pertolongan dan

7. bulan Allah menambah rizki para mukmin di dalamnya.

8. Siapa saja yang pada bulan itu memberikan makanan berbuka kepada orang yang puasa, a. maka perbuatan itu menjadi pengampunan atas dosa-dosanya,b. kemerdekaan dirinya dari api neraka, danc. ia mendapatkan pahala seperti pahala orang berpuasa yang diberinya makanan berbuka itu tanpa mengurangi pahala orang yang berpuasa itu”.Para sahabat berkata: “Ya Rasululullah, tidak semua dari kami memiliki makanan berbuka untuk orang-orang yang berpuasa”. Rasulullah saw. pun menjawab: “Allah memberikan pahala tersebut kepada orang yang memberikan sebutir korma sekalipun atau sekedar seteguk air atau sehirup susu.

9. Bulan Ramadhan ini adalah bulan yang permulaannya adalah rahmat, pertengahannya adalah ampunan, dan akhirnya adalah pembebasan dari neraka.

10. Siapa saja yang meringankan beban dari orang yang dikuasainya (hamba sahaya atau bawahannya), niscaya Allah mengampuni dosanya dan membebaskannya dari api neraka. Karena itu perbanyaklah empat perkara di bulan Ramadhan ini.Dua perkara yang dengannya kalian menyenangkan Tuhan kalian dan dua perkara lainnya sangat kalian butuhkan.Dua perkara yang kalian lakukan untuk menyenangkan Tuhan kalian adalah:

11. mengakui dengan sesungguhnya bahwa tiada Tuhan melainkan Allah dan kalian memohon ampunan kepada- Nya.Adapun dua perkara yang sangat kalian butuhkan adalah 12. kalian memohon surgaNya dan berlindung dari api neraka.

13. Siapa saja yang memberi minum kepada orang yang berpuasa niscaya Allah akan memberinya minum dari air kolamku dengan suatu minuman yang dia tidak merasa haus lagi sesudahnya hingga ia masuk surga”.

29 Ogos 2008

KONSERT AVRIL !!

Assalamualaikum
Nak bagi pandangan sikit la...sebenarnya tanpa konsert ni pun dah banyak yg perkara2 bertentangan agama Islam, tapi kita tak berapa nampak, contoh artis yg seksi bukan main, gambar si zarina yg tak senonoh kat N9, pelik mana mufti2 yg dilantik tak nampak pun pandangan depa. Tapi dengan meluluskan konsert ni pada hari Jumaat, dekat merdeka, nak sambut Ramadhan lagi, ada satu penghinaan ke atas agama kita. Mmg kita berbilang bangsa tapi kena ingat Malaysia ni agama rasmi Islam. Di mana kita letak agama kita ni, bukankan Islam adalah sebagai panduan dan rujukan untuk kita berbuat sesuatu. Pelik juga kerajaan mengharamkan mana-mana ceramah pembangkang di tayangkan di TV tapi cerita-cerita panas boleh dilepaskan. Drama/filem Melayu semua nya berunsur barat... suami orang berlakon sekatil dengan isteri orang, berpeluk walaupun dlm drama sebagai suami isteri tetapi pada hakikatnya mereka bukan muhrim, haram tetap haram. Islam Hadhari diwar-warkan tapi bagaimana implementation nya. Tak nampak, dimana pemantauan tatasusila berpakaian, peradaban bagi orang Islam, mmg la bila dicakap akan ada suara2 kedengaran "masing2 punyer diri peduli apa" tapi kena ingat Allah kalau nak turunkan bala pada semua. Tsunami di Aceh masih tak nampak lagi ker? Sekarang ini sibuk yg dibahaskan di parlimen kadang kala isu yg amat remeh...sekarang sibuk Akta DNA, pernah tak mereka bersidang untuk berbincang atau mengeluarkan akta terhadap penggunaan "gam" di kalangan remaja sekarang yg semakin berleluasa, daripada step ini la semakin dewasa endingnye DADAH. Pernah tak wakil2 rakyat kita ni cuba bincangkan macam mana nak bantu kebanyakan rakyat yang masih tak mampu untuk membeli rumah sendiri, pernah tak dia orang bincang pihak developer perumahan sibuk buat rumah harga above RM150K, bagaimana golongan yg berpendapatan rendah yg tak mampu. Kerajaan minta rakyat untuk berbelanja berhemah tapi bagaimana pula dengan kerajaan sendiri. Adakah mereka juga sama rasa susah bersama rakyat, dalam keadaan ekonomi begini masih lagi ada isteri Pak menteri shopping kat oversea, kenapa kita saja yg perlu berhemah bagaimana mereka yg gajinya adalah hasil daripada wang rakyat. Saya harap adalah YB, Menteri yg dapat baca pandangan saya ini. Tolonglah anak bangsa kita semakin hanyut, memang anak ada t/jawab ibu bapa, tapi perlu ingat juga keadaan sekeliling juga memainkan peranan di atas segala yg berlaku.
MACAM MANA NAK JADI NEGARA YG MEMBANGUN TAPI ANAK BANGSA, HARAPAN MASA HADAPAN HANYUT MENGADAIKAN MARUAH BANGSA DAN AGAMA. PEMBANGUNAN MARUAH ADALAH YANG UTAMA.

anwar kini rasmi ketua pembangkang


Selepas 10 tahun tidak menjejakkan kaki ke Dewan Rakyat, mantan timbalan perdana menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini secara rasmi dilantik sebagai Ketua Pembangkang.

Ahli parlimen Permatang Pauh itu, yang baru memenangi kerusi tersebut dua hari lalu, mengangkat sumpah jam 10.05 pagi tadi, sejurus selepas bacaan doa di dewan yang mulia itu.
Anwar, 61, mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua, Tan Sri Pandikar Amin Mulia di Dewan Rakyat.
Yang Dipertua berkata, Anwar akan diberikan segala keistimewaan yang dinikmati oleh seorang ketua pembangkang.
Anwar yang berbaju Melayu biru tua, kemudian melangkah duduk di kerusi betul-betul berdepan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.Kerusi itu dulu diduduki isterinya yang mewakili kawasan parlimen yang sama - acara mengangkat sumpah Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak lama selepas pilihanraya umum lalu dihadiri Anwar sebagai pasangan seorang anggota Dewan Rakyat.
Sebaik sahaja upacara mengangkat sumpah itu selesai, ahli parlimen Sepanggar, Datuk Eric E Majimbun dari BN - sebelum mengajukan soalan pertama - sempat mengucapkan tahniah kepada Anwar yang berjaya memenangi pilihanraya kecil itu dan pemilihan sebagai ketua pembangkang.
Ucap tahniah
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abd Aziz pula sebelum menjawab soalan pertama, turut mengucapkan tahniah kepada Anwar.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak juga berharap Anwar dapat sama-sama menyumbang kepada amalan demokrasi di negara ini.
Ketika diminta mengulas pelantikan Anwar sebagai ketua pembangkang, Najib berkata:
"Sebagai ketua pembangkang (di Parlimen), kita harap beliau akan menyumbang dengan baik kepada perjalanan amalan demokrasi dan membantu kita dalam usaha kita memajukan lagi negara kita." Bercakap kepada media selepas menghabiskan masa kira-kira 10 minit di Dewan Rakyat, Anwar berkata beliau berasa terharu dapat kembali secara rasmi ke Parlimen selepas 10 tahun."Selepas segala yang saya harungi sepanjang tempoh itu, sekarang saya berasa terharu dapat kembali (ke Dewan Rakyat), ia adalah hak saya," katanya.
Penasihat PKR itu memenangi kerusi parlimen tersebut dengan majoriti 15,671 undi Selasa lalu. Beliau mendapat 31,195 undi, mengalahkan calon BN Datuk Arif Shah Omar Shah, 51, yang memperolehi 15,524 undi. Hanafi Mamat, 61, dari Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim) mendapat 92 undi dan hilang wang pertaruhan di tengah-tengah persaingan sengit antara dua parti besar itu.Pilihanraya kecil itu diadakan berikutan peletakan jawatan ahli parlimennya, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada 31 Julai lalu bagi memberi laluan kepada suaminya bertanding.Dalam pilihanraya Mac lalu, Dr Wan Azizah menewaskan calon BN Datuk Pirdaus Ismail dengan majoriti 13,398 undi. Permatang Pauh dikuasai PKR sejak pilihanraya umum 1999 dan sebelum itu dimenangi Anwar atas tiket BN sejak 1982.
Anwar, yang juga mantan timbalan perdana menteri dilucutkan daripada jawatan dalam kerajaan pada 1998, berhubung dakwaan penyalahgunaan kuasa dan liwat. Beliau menjalani hukuman penjara selama enam tahun sehingga dibebaskan pada 2004.

MEMBANGUNKAN NEGARA DENGAN ISLAM

Kita hanya boleh membina dan membangunkan kembali negara ini dan institusinya supaya sejahtera, supaya aman, terus makmur dan dalam masa yang sama bermunajat dan bermohon kepada Allah supaya melindungi negara bertuah ini daripada sebarang malapetaka dan bencana dgn hanya mengimani dan mempraktikkan Islam itu secara menyeluruh dan bukan memilih secara hadari.Jika sebaliknya jgn harap rahmat dan keberkatan Allah. Apa yg anda perjuangkan akan di soal oleh Allah di akhirat kelak.Politik tidak terpisah daripada Islam. Apa guna solat puasa, zakat, hj dll jika hati perut masih menolak syariat Allah.Jika solat tidak menjana kebaikan dan menjauhakan kemungkaran solat tersebut bermasalah sekaligus menunjukkan bermasalah dlm hubungan dgn Allah

VIRUS BARU DALAM UMNO

Sesudah Ahmad Shabery Chik tidak mengotakan janjinya untuk letak jawatan setelah kalah debat, kali ini Hamid Albar juga berkata sanggup meletak jawatan andai Akta DNA yang dibentang di parlimen mempunyai muslihat politik. Nampaknya satu lagi virus melanda pemimpin umno selepas sumpah dan fitnah

28 Ogos 2008

SURAMNYA MERDEKA TAHUN INI

Kenapa kibaran jalur gemilang amat suram pada tahun ini? Itu persoalan yang banyak diperkatakan sekarang ini memandangkan sambutan hari kemerdekaan ke 51 tinggal beberapa hari saja lagi. Adakah rakyat Malaysia sudah hilang rasa cinta terhadap negara? Pada saya mungkin juga kerana perkara yang sebegini mudah pun ( kibarkan bendera) tidak mampu dilakukan oleh rakyat Malaysia. Salah siapa hingga sambutan kemerdekaan ini amat hambar? Nak salah kan rakyat 100% tidak adil kerana kerajaan juga tidak memainkan peranan yang sepatutnya untuk membangkitkan rasa cinta rakyat terhadap negara. Apa buktinya? Pada hari esok, jumaat, satu konsert oleh artis barat, Avril Lavigne akan diadakan di negara kita. Adakah wajar dalam keadaan kita hendak menyambut kemerdekaan & ramadhan, artis yang seperti ini dibenarkan membuat persembahannya di Malaysia? Umum sudahpun tahu tentang cara berpakaian & persembahan artis ini. Apa kena-mengenanya artis ini dengan kemerdekaan negara? Bukankah lebih molek jika kerajaan mengadakan bacaan yasin, tahlil & doa selamat di seluruh negara. Adakan konsert atau sebarang persembahan yang lebih berbentuk pendidikan tentang cintakan negara daripada persembahan yang melalaikan. Kalau dah kerajaan sendiri pun tak ada rasa cintakan negara dengan melakukan tindakan seperti ini, jangan salahkan rakyat jika mereka pun bertindak serupa.

26 Ogos 2008

LAFAZ SUMPAH HANYA LEPAS PROSES PERUNDANGAN - MAJLIS FATWA

Harakahdaily
Tue Aug 26, 08 8:07:18 pm MYT

KUALA TERENGGANU, 26 Ogos (Hrkh) - Majlis Fatwa Kebangsaan berpendapat proses perundangan perlu berjalan terlebih dahulu sebelum lafaz sumpah laknat (muhabalah) dilakukan oleh Mohd Saiful Bukhari Azlan bahawa beliau diliwat oleh Penasihat Parti KeADILan Dato' Seri Anwar Ibrahim.





Bernama melaporkan bahawa Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata dalam melakukan sumpah itu, ia perlu melibatkan kedua-dua pihak iaitu individu yang dituduh serta mereka yang menuduh dan ia tidak semestinya dilakukan hanya di masjid.

Bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat khas dengan Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan di sini hari ini, beliau berkata pendapat beberapa tokoh agama terhadap sumpah yang dilakukan baru-baru ini oleh Mohd Saiful berhubung dakwaannya terhadap Anwar itu, telah mengelirukan masyarakat dan ia harus menjadi pengajaran kepada pihak-pihak berkaitan dalam menangani isu seumpama itu pada masa akan datang.

"Kita (Majlis Fatwa Kebangsaan) merasakan bahawa proses perundangan harus berjalan dan muhabalah boleh mengambil tempat apabila proses perundangan itu sudah diselesaikan.

"Apa yang berlaku sekarang harus dijadikan pengajaran agar kedua-dua pihak dapat dibawa ke pengadilan dan apabila satu pihak merasakan bahawa dirinya tidak terbela atau teraniaya, maka muhabalah boleh dilakukan dengan melibatkan kedua-dua pihak berkenaan," katanya.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata rumusan yang dibuat oleh Majlis Fatwa Kebangsaan itu bukan berpihak kepada mana-mana individu sebaliknya ia adalah untuk menegakkan kebenaran mengikut syariat Islam.

"Undang-undang Islam adil dan jangan harus khuatir memikirkan perbicaraan melalui perundangan dan muhabalah boleh dilakukan di mahkamah ataupun di luar mahkamah bergantung kepada keputusan yang akan dibuat.

"Kedua-dua pihak berkenaan mesti berada dalam situasi yang mengizinkan muhabalah atau sumpah itu dilakukan.

Tidak semestinya kedua-dua pihak itu berada pada satu tempat tetapi kedua-duanya mesti terlibat (melafaz sumpah)," katanya.

Beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak mempolitikkan atau memanipulasi isu berkenaan kerana sebarang persoalan mengenainya perlu dirujuk kepada ulama atau kitab-kitab agama.

Ditanya sama ada lafaz sumpah yang dilakukan oleh Mohd Saiful mengikut syariat, Ahmad Zahid menjelaskan apa yang dilakukan bekas pembantu peribadi Anwar itu adalah bagi membersihkan nama dan imejnya.

Beliau berkata tindakan Mohd Saiful bersumpah dengan memegang kitab suci al-Quran dan dilakukan dalam masjid adalah perkara-perkara teknikal yang tidak dipertikaikan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan.

"(Bagaimanapun) kita berpendapat apa yang telah berlaku dijadikan pengajaran untuk kes-kes akan datang," katanya.

Ahmad Zahid menasihatkan umat Islam supaya tidak melakukan lafaz sumpah sewenang-wenang termasuk terhadap perkara remeh-temeh dan menjadikan perbuatan itu sebagai satu trend.

Beliau berkata sebarang lafaz sumpah itu perlu dilakukan selepas proses perundangan berjalan kerana jika seseorang itu kerap berbuat demikian, sumpah tersebut tiada nilai dan orang ramai tidak akan mempercayainya. - mks._

5 BAS "PENGUNDI HANTU" DITAHAN





Tiga buah bas - sebuah daripadanya membawa penumpang - telah dibawa ke balai polis di Permatang Pauh selepas penyokong PKR percaya mereka digunakan untuk membawa pengundi hantu.

Bas-bas dan penumpang berkenaan kini berada di balai polis Seberang jaya, manakala pemimpin PKR, N Gobalakrishnan, yang juga ahli Parlimen Padang Seri, telah membuat laporan polis berhubung perkara tersebut.

permatang pauh polling day fru 260808 02Dan pada kira-kira jam 5.30 petang, dua buah bas lagi yang disyaki membawa pengundi hantu, dibawa ke balai polis.

Gobalakrishman memberitahu Malaysiakini bahawa mereka telah dimaklumkan bahawa enam buah bas yang membawa pengundi hantu, akan tiba di Permatang Pauh pada kira-kira 3 petang.

Selepas diperiksa, penyokong PKR mendapati dua buah bas kosong diletakkan di sepanjang Lebuhraya Butterworth-Kulim, dan diperhatikan oleh anggota polis.

Penyokong PKR kemudiannya diberitahu anggota polis tersebut bahawa bas tersebut sedang menunggu pengundi pulang dari mengundi.

permatang pauh polling day fru 260808 01Gobalakishman kemudian berkeras supaya bas-bas tersebut dibawa ke balai polis sementara menunggu laporan polis dibuat.

Dan dalam perjalanan ke balai polis, kumpulan PKR itu menemui sebuah lagi bas masuk ke Permatang Pauh. Bas ketiga ini penuh dengan penumpang.

Gobalakrishnan juga berkata, bas tersebut juga turut dibawa ke balai polis, bersama dengan dengan penumpangnya.

Difahamkan daripada salah seorang pemandunya, bas-bas tersebut datang dari Melaka.

Bas-bas tersebut menggunakan plet pendaftaran Pahang, Melaka, dan Kuala Lumpur. Sebuah daripadanya didapati didaftar di alamat bangunan Umno di Melaka.

Sepasukan polis telah dikejarkan ke balai polis berkenaan bersama sebuah trak meriam air.

Gobalakrishnan dan Setiausaha Agung PKR, Sallehuddin Hashim masuk ke balai polis untuk membuat laporan polis, tetapi keluar 30 minit kemudian dengan tangan kosong.

Gobalakrishnan memberitahu kira-kira 50 penyokong PKR di luar bangunan balai bahawa pihak polis terlalu sibuk untuk menerima laporan mereka. katanya, beliau akan mencuba lagi kemudian.

Gobala dan anak ditahan

Dan dalam satu lagi perkembangan dramatik, ketika Gobalakrishnan pergi semula ke balai polis berkenaan, beliau telah ditangkap bersama dua orang anaknya kerana "memberhentikan bas-bas tersebut".

Anaknya - Arvind, 20, dan Pravin, 23 - juga didakwa dikasari anggota polis sebelum mereka ditangkap.

Polis juga bertindak menyuraikan orang ramai dari balai tersebut.


ANWAR MENANG BESAR !


PERMATANG PAUH, 26 Ogos (Hrkh) - Keputusan rasmi SPR yang diterima adalah Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim menang sebanyak 31,195 undi manakala calon BN mendapat 15,524 undi manakala calon bebas hanya 92 undi. Majoriti undi yang dimenangi Anwar adalah 15,971 undi.






22 Ogos 2008

ISU PENANGKAPAN EXCO PERAK, EZAM MUNGKIN DALANGNYA


Di awal bulan Julai lalu, Ezam Mohd Noor ada menyatakan dalam ceramahnya bahawa Pakatan Rakyat di Perak akan tumbang selewat-lewatnya pada 31 Ogos 2008. Bagaimana Ezam boleh mendakwa awal perkara ini? Laman blog Malaysia Waves telah melapor lebih awal bahawa terdapat satu perancangan yang amat kotor akan digunakan Ezam untuk menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat di Perak. Terbukti dalam minggu ini, perancangan itu telah dilakukan lebih awal memandangkan DSAI sudah semakin hampir untuk ke Parlimen. Berikut adalah laporan seorang blogger dalam blog Malaysia Waves...
Saturday, July 26, 2008 Ezam Trying to Deliver Perak to BN/Ezam Hendak Memberi Perak Kepada BN Pakatan Rakyat must beware of the situation in Perak. My source within Ezam’s team is telling me that Ezam Mat Now is wooing the Malay ADUN from PKR in Perak. From the current tally of seats, Pakatan Rakyat :31 and Barisan Nasional:28. In other words, Barisan Nasional only require 2 ADUN to cross over from Pakatan Rakyat to topple the government and install a Barisan Nasional government.My source in Ezam team says that in order to show his worth, Ezam is now actively seeing and wooing the Malay PKR ADUN in Perak State Assembly. There are 3 Malay Perak PKR ADUN: Kuala Kurau, Changkat Jering and Behrang. All Ezam need to do is to deliver 2 out of the 3 ADUN and Ezam Mat Nor will be rewarded handsomely.BN’s first attempt was through UMNO just about 2 days after the GE. They met Ahmad Awang, the Perak PAS commissioner and offered MB plus 6 excos. But, Ahmad Awang being a man with integrity, rejected the UMNO proposal. I think Ustaz Ahmad Awang’s argument was simply “UMNO is wicked and DAP are non-Muslims. Islam despises wickedness. Therefore, I cannot cooperate with UMNO”The next attempt was trying to buy a DAP ADUN. They made an offer to a DAP ADUN, and the DAP ADUN then filed a police report. So, that stopped them from pushing in that avenue.Now, it’s PKR’s turn and seeing that Ezam Mat Nor had joined UMNO, they decided to use Ezam as their #1 tool. Many of PKR’s Malay members and supporters have been with the party ever since Ezam was Ketua Pemuda. They, therefore, have some sort of relationship with Ezam Mat Nor.UMNO feels that they need to leverage on Ezam Mat Nor and use Ezam to woo PKR Malay ADUN. However, I am not sure if any contact have been made by Ezam or not with the Malay PKR ADUN. But their plan to woo them is already made and will be materialized before August 31stSo, my intention of writing this article is to warn PKR about such attempt. PAS had organized a Solat Hajat Perdana asking help from Allah AlMighty to foil such attempt by UMNO. God’s willing, UMNO’s attempt will be foiled.Please also remember that Dr Zambery Kadir (the Wakil Pos, not Wakil Rakyat for Pangkor)has been Ezam’s accomplice and friend even while Ezam was at his height of popularity. Therefore, Ezam was promised a king’s ransom by the Wakil Pos Dr Zambery himself should this plan be materialized. This is because, should the government falls, the Wakil Pos Dr Zambery will be the BN’s Menteri Besar instead of Tajol Rosli.Right now, UMNO Perak is trying to solidify their hold on the Malay electorate. They are actively spreading stories about how Malay power has been diluted and that PAS had signed a second Pangkor Agreement (yet UMNO lost Pulau Batu Putih) and Malay interest in Perak has now been severly compromised. They’re also telling the Malays that Islam in Perak is also being subjugated to the whims of “Kuffar”.Their entire intention is to make opposition Malay ADUN to be pressured by their electorate into taking drastic steps to rescue the Malays, i.e. joining Barisan Nasional.The tactic is smart: Step 1, create the right atmosphere, Step 2: Create a big issue albeit a lie, i.e. Pangkor Agreement 2 Step 3: Get Malay ADUN to jump to BN.That’s why Tajol Rosli had announced the change of guards to happen on the 31 August 2008. They are very confident.Pakatan Rakyat needs to neutralize the lies they have been spreading to Malays. The best way to do that now is to expose UMNO’s past excesses and corruption and show that UMNO has never help the Perak Malays. They were busy for 50 years helping themselves to the State’s riches.Pakatan Rakyat, please beware of UMNO/Ezam Mat Nor latest move.(Versi Bahasa Malaysia)Saya mendapat maklumat dari kawan saya dalam kem Ezam Mat Nor bahawa mereka akan cuba untuk menarik ADUN PKR yang berbangsa Melayu untuk masuk ke Barisan Nasional, seterusnya, menguling Kerajaan Pakatan Rakyat di Perak.Barang diningat bahawa pecahan kerusi di Perak adalah PR: 31 dan BN: 28. Ini bererti Barisan Nasional hanya memerlukan 2 ADUN Pakatan Rakyat untuk melompat ke Barisan Nasional dan ianya mencukupi untuk menumbang kerajaan Pakatan Rakyat di Perak.Percubaan pertama mereka adalah untuk menarik PAS. Ianya berlaku 2 hari selepas keputusan pilihanraya diumumkan. UMNO/BN telah menawarkan kerusi Menteri Besar serta 5 exco kepada Ustaz Ahmad Awang, yakni Pesuruhjaya PAS Negeri Perak.Tetapi tawaran UMNO/BN telah ditolak mentah-mentah oleh Ustaz Ahmad Awang. Ustaz Ahmad Awang berkata “Antara DAP yang bukan Islam dan UMNO yang zalim, lebih aula bekerjasama dengan DAP yang bukan Islam berbanding UMNO yang zalim”.Percubaan kedua adalah untuk menarik ADUN DAP. Malangnya di dalam percubaan pertama mereka, ADUN DAP tersebut telah membuat laporan polis dan ianya telah memberhentikan segala usaha mereka.Untuk percubaan ketiga mreka, kebetulan pula Ezam Mat Nor masuk UMNO dan Ezam Mat Nor adalah sahabat karib Dr Zambery Kadeer, wakil Pos DUN Pangkor. UMNO membuat keputusan untuk tidak bertindak tergesa-gesa seperti yang mereka buat dengan wakil DAP tempohari.Mereka bercadang untuk menyediakan suasana yang sesuai dahulu sebelum mereka menarik ADUN2 Melayu dari PKR. Suasana yang dimaksudkan itu adalah suasana ketakutan hilangnya kuasa dan pengaruh Melayu dalam kerajaan Perak.Samada kita sedar atau tidak, mereka telah mulakan perang saraf ini. Kemuncak dari Perang Saraf ini adalah berjayanya mereka membeli abang Menteri Besar Perak untuk menimbulkan cerita fitnah Perjanjian Pangkor 2.Diharapkan apabila tahap ketakutan di kalangan pengundi Melayu di Perak berada di tahap yang tinggi, maka pengundi2 melayu di kawasan ADUN MElayu PKR akan memaksa ADUN mereka menyertai Barisan Nasional.Ditambah pula dengan pujuk rayu yang dijalankan secara senyap oleh Ezam Mat Nor yang mengenali ramai ahli2 PKR di Perak, ianya menjadikan tugas menarik ADUN ini lebih mudah.Si saat sekarang pengundi Melayu di Perak rata2 sedang resah dan racun mereka sedang berjalan secara aktif. Ezam Mat Nor pun sudah mula memasukkan jarum-jarum mereka.Saya tidak pasti samada barua2 Ezam sudah mula bercakap dengan ADUN Melayu PKR atau belum tetapi mereka adalah target Ezam dan UMNO. Sumber saya dalam kem Ezam memberitahu, kesilapan Ezam adalah beliau masuk UMNO dahulu. Sepatutnya Ezam memujuk mereka dahulu dan masuk UMNO bersama mereka. Ingat PKR ada 3 ADUN Melayu dan BN hanya perlu dua. BArulah ada kesan besar terhadap imej Ezam.Tetapi kita tidak tahu berapa lama lagi suasana ini akan berterusan dan berapa lama lagi mereka ini dapat bertahan. DI harap pimpinan2 PKR Pusat dapat mengambil tindakan yang proaktif bagi mengelakkan kejatuhan kerajaan PR di Perak.Tetapi puak2 ni cukup konfiden. Bila ditanya, boleh berjaya tak, dengan takda segan silu dan perasaan cuak mereka berkata "Mike jangan takutla, benda ni dah garantee".Dr Zambery Kadeer, wakil POS DUN PAngkor telah menjanjikan Ezam ganjaran yang lumayan sekiranya Ezam berjaya dalam tindakan kotor beliau. Ezam pun tengah resah kerana sambutan terhadap beliau, baik dari orang umum mahupun ahli UMNO semakin dingin, yakni sedingin salju. Jadi, Ezam amat memerlukan benda ini untuk menaikkan saham beliau dalam UMNO yang semakin merudum.Dr Zambery pula yakin beliau akan menjadi MB Perak kerana beliau adalah kroni rapat dengan budak2 tingkat 4 dan yakin beliau akan menggantikan Tajol Rosli kelak

TUDUHAN RASUAH , SATU CUBAAB RAMPAS KUASA KERAJAAN PAKATAN RAKYAT PERAK

PERMATANG PAUH, 21 Ogos (Hrkh) - Tindakan pihak tertentu yang memerangkap dua Exco Kerajaan Negeri Perak yang didakwa kononya antara suspek rasuah dan seks sebenarnya bermotif merampas kuasa kerajaan negeri Perak sekarang dan memburukan imej Pakatan Rakyat ketika pilihan raya kecil Permatang Pauh.

Tuduhan Badan Pencegah Rasuah terhadap kedua exco ini kononnya terlibat satu projek perumahan di Seri Iskandar, Perak adalah tidak benar, kata Ketua Penerangan KeADILan, Tian Chua dalam satu sidang medianya di Yayasan Aman pagi tadi.
Ujarnya perkara ini berlaku semasa Kapten Usaili Alias bersama dengan Osman Mohd Jailu sedang minum di sebuah gerai, mereka ditegur sapa oleh dua orang tidak dikenali.
Lalu dua orang bersebut meninggalkan beg dan beredar dan pegawai BPR tiba-tiba muncul sebaik sahaja mereka memegang beg berkenaan yang ditinggal itu, katanya.
Beg tersebut dikatakan mengandungi RM100,000, dakwanya.
Setakad ini, BPR telah menahan Exco, Jamaludin Mohd Radzi dan Osman Mohd Jailu, seorang Ahli Majlis Daerah Perak Tengah, seorang Juruteknik Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP), dan seorang peniaga.
"Inilah sebenarnya kita minta BPR dilapor terus dibawah Parlimen" jelas Tian Chua.
Dalam sidang media itu juga tuduhan tawaran seks ke atas dua exco juga dinafikan, bahawa dakwaan tersebut adalah bukan tuduhan sebenar bertujuan untuk memburukkan imej sementara sumber yang diterima adalah tidak sahih.
Sementara itu semalam, Menteri Besar Perak, Dato' Seri Ir Mohd Nizar Jamaluddin turut menyatakan bahawa tidakan tersebut adalah konspirasi politik untuk merampas kuasa kerajaan Perak pada 31 Ogos.
Menteri Besar turut yakin bahawa kedua-dua exco berkenaan tidak terlibat kerana projek bernilai RM180juta yang dimaksudkan tidak pernah wujud.
Dua exco berkenaan juga tidak bertanggungjawab dalam protfolio yang berkaitan.
Sementara Timbalan Presiden Keadilan, Dr Syed Husin Ali menjelaskan bahawa tangkapan itu berbaur politik di saat-saat pilihan raya kecil yang sedang berlangsung di Permatang Pauh.
Ujarnya, BPR tidak konsisten dalam menangani kes-kes rasuah dan penyelewengan justeru Syed Husin meminta BPR tegas dan profesional dalam menangani kes rasuah yang melibatkan pemimpin Barisan Nasional. _

20 Ogos 2008

Penahanan Exco - Nizar serahkan kepada siasatan BPR

KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Hrkh) - Menteri Besar Perak, Dato' Seri Ir Mohd Nizar Jamaluddin menyerahkan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) untuk melakukan siasatan secara adil dan telus terhadap dua orang anggota Exco Kerajaan Negeri hari ini.

Dalam kenyataan ringkas kepada Harakahdaily sebentar tadi, Nizar berkata pihaknya tidak akan mencampuri urusan siasatan dan mereka yang disiasat tidak semestinya bersalah sebelum kesalahan dibuktikan.
Difahamkan antara enam orang yang ditahan pagi ini oleh BPR, termasuk dua orang Exco dan seorang bekas Ahli Dewan Undangan Negeri dari Parti KeADILan Rakyat.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini BPR menahan enam orang berkaitan projek perumahan membabitkan RM180 juta di Seri Iskandar.
Sementara itu Pengerusi DAP Perak dan juga Anggota Exco Kerajaan Negeri, Dato' Ngeh Koo Ham mendakwa Barisan Nasional terbabit memangsakan dua anggota Exco untuk menjatuhkan imej kerajaan negeri Pakatan Rakyat. - mr

18 Ogos 2008

BERAKHIRNYA MUKTAMAR PAS KE-54

Tepat Jam 3.00 petang 17 Ogos 2008, Pengerusi Tetap PAS, Ustaz Abu Kassim Abdullah menangguhkan Muktamar Tahunan PAS Ke-54 yang telah berlangsung bermula 15 Ogos di Dewan Indera Mulia, Ipoh, Perak.Muktamar kali ini telah mencatat satu lagi sejarah baru kepada PAS, terutama bagi Badan Perhubungan PAS Negeri Perak yang untuk kali keempatnya menjadi tuan rumah muktamar iaitu pada tahun 1953, 1954 dan 1966.
Sebelum berlangsungnya muktamar, banyak pihak membuat andaian bahawa muktamar kali ini akan menjadi 'panas' dengan isu-isu kontroversi yang ditimbulkan akhir-akhirnya. Pihak media arus perdana terutamanya seolah-olah membuat provokasi, memberikan gambaran bahawa muktamar ini tidak boleh dikawal dan akan menjadi medan kecaman kepada pemimpin.Rupa-rupanya segala andaian itu meleset belaka; muktamar berjalan lancar dengan perbahasan yang penuh beradab dan tertib yang jelas menggambarkan kematangan para perwakilan. Walaupun mereka mempunyai pandangan yang berbeza, tetapi ia disampaikan dengan cara yang baik dan berakhlak. Kritikan-kritikan yang diberi penuh berhemah tanpa emosi serta kata-kata kesat dan melulu.Itulah kematangan ahli-ahli PAS yang telah melalui proses tarbiyah. Mereka faham dengan adab ikhtilaf dan adab menegur pemimpin. Para perwakilan dengan penuh ikhlas menyampaikan teguran dan pandangan, sementara para pemimpin dengan penuh lapang dada menerimanya.Kalau kita kutip dari laman-laman web dan blog-blog sebelum ini, kecaman hebat dihadapkan kepada pemimpin, sampai ada yang mengugut untuk keluar parti. Betul juga sebagaimana kata seorang perwakilan bahawa yang bercakap begitu adalah ahli PAS yang tidak pernah pun bayar yuran tahunan ahli. Memang itulah realitinya, yang bercakap berdegar-degar terutamanya di kedai-kedai kopi dan di wakaf-wakaf adalah orang yang tidak ke tengah dan ke tepi (dalam istilah orang Terengganu). Mereka mungkin tidak pernah ditarbiyah oleh PAS walaupun mengaku menjadi ahli PAS atau penyokong PAS.Muktamar itu juga telah membangkitkan semangat dan daya juang para ahli PAS yang menghadirinya melalui ucapan-ucapan peneguhan oleh para pemimpin PAS dan wakil-wakil gerakan Islam dari luar negara, seperti dari Palestin, Jordan, Pakistan, Turki dan Indonesia.Selain itu pengorbanan ahli-ahli juga meningkat melalui sumbangan-sumbangan derma kilat yang dilancarkan sepanjang muktamar itu. Misalnya, sumbangan (termasuk akujanji) dari para pemimpin, PAS Kawasan-Kawasan dan orang perseorangan berjaya dikutip melebih RM100,00 sepanjang tiga hari muktamar. Sementara derma kilat untuk perjuangan rakyat Palestin mencapai lebih RM60,000 setelah dilancarkan oleh Naib Presiden, Haji Mohamad Sabu.Sesungguhnya Muktamar Tahunan PAS Ke-54 telah menatijahkan sesuatu yang bermakna kepada mereka yang menghadirinya; ukhuwwah mereka makin bertaut kukuh, semangat dan daya juang mereka makin meningkat serta wala' dan taat mereka kepada para pemimpin semakin bertambah. Semoga PAS akan terus maju dan bertambah kuat dalam melayari bahtera perjuangan sebagaimana kata-kata akhir Presiden PAS semasa ucapan penangguhan muktamar bahawa sasaran perjuangan kita adalah luas dan lautan yang kita harungi juga luas dengan ribut dan taufan, tetapi akar tunjang kita kuat dan tidak menjejaskan kita.

PENJELASAN PRESIDEN PAS RUNGKAIKAN KEGUSARAN PERWAKILAN

IPOH, 17 Ogos (Hrkh) - Tepat jam 3 petang Muktamar PAS kali ke-54 yang mencatat sejarah diadakan di Stadium Indera Mulia melabuh tirainya. Iklan

Setiausaha Agung PAS, Dato' Kamaruddin Jaffar berharap perwakilan dapat merungkaikan segala masalah yang terbuku sebelum ini dengan isu muqabalah (muzakarah).

"Ucapan penangguhan presiden diharap dapat memberi kefahaman yang lebih jelas kepada seluruh perwakilan dan pemerhati bagi memastikan mereka tidak keliru lagi," katanya selepas muktamar berakhir.

Menurutnya penjelasan itu dapat merungkaikan segala permasalahan yang ditimbulkan perwakilan sebelum ini.

Ucapan penangguhan ringkas dan penuh bermakna itu dirungkai Presiden PAS, Dato' Seri Abdul Hadi Awang untuk dibawa balik perwakilan dan pemerhati.

Beliau berkata, laporan media sama ada cetak atau elektronik yang membesarkan isu tersebut sebelum ini seolah-olah menggambarkan sesuatu yang besar berlaku pada muktamar kali ini.

"Muktamar ini dikatakan tak boleh dikawal dan berlaku perpecahan hebat seperti mana digambarkan media massa.

"Sedangkan kita ada rahsia, di mana Islam mengajar kita untuk berparti atau berjemaah untuk wala' kepada pemimpin.

"Muktamar sebenarnya tempat kita berkhilaf pendapat, berbahas dan bertukar pandangan. Adab inilah kita amalkan dalam muktamar ini. Ia hedaklah dihafal dan diamal oleh ahli bagi memperkasakan parti," katanya.

Beliau berkata, ahli parti hendaklah berilmu, beriman dan berakhlak melalui program tarbiyah.

Beliau juga berkata, agenda kerajaan Pakatan Rakyat hendaklah dilaksana dengan melahirkan Majlis Menteri Besar melibatkan semua pemimpin peringkat kerajaan.

Menurutnya juga Kelab Penyokong PAS akan diperkasakan di mana sebelum ini ada cadangan mahu melantik mereka sebagai senator.

Namun katanya belum lagi ada persediaan untuk mereka sebagai senator memandangkan ia melibatkan banyak prosedur.

Selain itu ada juga cadangan melantik senator dari kalangan ahli PAS di Sabah dan Sarawak di negeri-negeri yang diterajui kerajaan Pakatan Rakyat.

Beliau juga merakamkan ucapan terima kasih kepada PAS Perak kerana berjaya menjadi tuan rumah muktamar kali ini. mj/mr_

KEIKHLASAN PAS TIDAK DIHARGAI ORANG MELAYU

"Jika Umno tidak ada, Islam menjadi lebih baik di bawah PAS," kata Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat apabila wartawan bertanyakan pandangannya berhubungan muzakarah PAS dengan Umno.

"Tergamak Nik Aziz berkata begitu!" mungkin itu luahan spontan orang Umno terhadap kenyataan Mursyidul Am tersebut. Apakah Nik Abdul Aziz tidak melihat masjid, bank Islam dan amal makruf yang dijalankan kerajaan Umno?

Sekiranya dilihat sepintas lalu memang ada kebenaran juga hujah Umno tetapi Nik Abdul Aziz bukan orang baru dalam politik. Semasa PAS bersama Perikatan, beliau sudah bergelomang dalam siasah dan sudah masak dengan politik Umno.

Peristiwa yang paling besar dan sukar dilupakan dilakukan pemimpin Umno ialah menghantar surat menghalang Menteri Besar Kelantan, Nik Abdul Aziz melaksanakan Kanun Jenayah Syariah di Kelantan.

Surat tersebut ditandatangani Tun Dr Mahathir Mohamad ketika sebagai Perdana Menteri. Bagaimanapun dengan kuasa yang ada di Kelantan, Nik Abdul Aziz masih mampu melaksanakan nahi mungkar (mencegah kemungkaran) yang gagal dibuat oleh pemerintah Umno.

Walaupun banyak perkara kebaikan yang dilakukan Nik Abdul Aziz tetapi kerana tidak ada kuasa pencegahan iaitu peraturan yang menghalang berlaku kecurian dan rompakan maka kerugian besar dialami oleh rakyat Kelantan apabila kedai pajak gadai Islam, Ar-Rahn dimasuki pencuri yang menyebabkan kehilangan barang emas bernilai jutaan ringgit.

Kerajaan Kelantan sedia membayar ganti rugi kepada penyimpan dengan nilai bersamaan emas yang disimpan. Kepada mereka yang menyukai bentuk antik barangan emas mereka sudah tentu kehampaan tetapi inilah hakikat yang patut diterima apabila peraturan Islam tidak dapat dilaksanakan.

Pemerintah Umno juga gagal mengharamkan judi dan penjualan arak secara berleluasa. Umno juga meneruskan muamalat riba. Keuntungan yang diperolehi daripada sumber haram itu menyebabkan Umno sanggup menghalalkan yang haram.

Perbuatan pemerintah Umno tersebut akhirnya memberi kesan besar ke atas umat Islam. Walaupun masih ramai yang mempercayai perkara itu haram tetapi mereka memandang mudah malah tanpa sedar berlaku amalan haram yang sebati dalam kehidupan mereka.

Tidak dinafikan Umno meningkatkan syiar Islam dengan pembinaan masjid tetapi Umno tidak ikhlas dalam mengimarahkan rumah Allah itu.

Kata Nik Abdul Aziz, ketika beliau hendak datang ke Perak, beliau diminta menyampaikan khutbah di masjid negeri itu. Namun apabila beliau sampai di Perak, diberitahu pula beliau tidak boleh berkhutbah.

"Saya hendak tanya siapa yang tidak berikan kalau tidak Umno yang sejak dari dahulu lagi tidak mahu orang ramai mendengar ceramah agama. Jadi buat apa kita hendak berunding juga dengan mereka yang tidak mahu membenarkan orang ramai mendengar ceramah agama," ujarnya.

Jadi alasan Nik Abdul Aziz bahawa jika Umno tidak ada, Islam menjadi lebih baik di bawah PAS memang sangat sesuai dan kenyataan yang patut menjadi iktibar kepada Umno kerana mereka sebenarnya tidak ikhlas dengan Islam.

Bagaimanapun dalam PAS terdapat dua aliran sama ada pendapat mengatakan tidak bersetuju dengan muzakarah dan yang bersetuju.

Namun begitu kedua pendapat tersebut bukan merupakan satu percanggahan apabila Mursyidul Am PAS, berkata muzakarah boleh dilakukan sekiranya Umno sedia menerima Islam.

Pendapat Nik Abdul Aziz itu tidak bertentangan dengan Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan beberapa pemimpin yang lain, malah mereka sealiran demi kepentingan Islam, masa depan negara serta dominasi Ahli Parlimen Islam dalam kerajaan.

Mursyidul Am, berkata PAS akan memberitahu pemimpin parti Umno mengapa menerima Islam separuh, terima kufur separuh.

"Saya nak jumpa supaya Umno tidak terus menerima Islam separuh sahaja kerana jika Umno tidak ada, Islam menjadi lebih baik di bawah PAS.

"Kerana muzakarah bukan hendak membincangkan mengenai kerusi atau kementerian tetapi bagaimana hendak berdepan Allah di hari akhirat kelak," katanya.

Ternyata kedua pemimpin besar PAS begitu ikhlas dengan Islam dan orang Melayu tetapi orang Melayu tidak memahami kerana pemikiran mereka dijajah oleh Umno yang terlalu gila kuasa, pangkat dan harta kekayaan.

Malah penjajahan Umno terhadap pemikiran orang Melayu itu melalui media massa dan kuasa kerajaan memutar belitkan fakta dan propaganda memburukan PAS.

Walaupun begitu, betapa jahatnya Umno lakukan terhadap PAS tetapi PAS tetap tidak berdendam dengan Umno. Dalam hal ini PAS mempunyai pendirian yang konsisten. Umpamanya dalam masalah Iraq, sikap PAS mengecam kekejaman Presiden Iraq, Saddam Hussein terhadap rakyatnya.

PAS melahirkan pemusuhan dengan Saddam kerana pembunuhan ke atas rakyat yang tidak berdosa malah Saddam tidak bersedia melaksanakan undang-undang Islam.

Sebaliknya pemusuhan PAS boleh berubah malah bersimpati dengan Saddam apabila beliau diserang oleh Amerika Syarikat pada 2003. PAS menyifatkan kekejaman tidak boleh dibalas dengan kekejaman.

Walaupun Saddam kejam tetapi tindakan Amerika itu lebih kejam. Amerika tidak sepatutnya mencampuri urusan dalaman Iraq. Biarkan rakyat Iraq sendiri bertindak terhadap pemimpin mereka dan menentukan hala tuju politik negara itu.

Begitu juga PAS mengecam Umno kerana Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), rasuah, menaikkan harga minyak dan lain-lain tetapi PAS tidak dapat menerima orang bukan Islam mendominasi politik pemerintah negara.

Ia bukan berkauman tetapi keutamaan kepada kepentingan Islam serta melihat peristiwa dan sejarah lalu yang berlaku dalam negara. Dalam keadaan sekarang pun orang bukan Islam sudah berani menginjak dan mempertikaikan Islam apa lagi apabila mereka menguasai negara.

Bagaimanapun sekiranya Umno masih berniat jahat dengan Islam tetapi Allah SWT lebih mengetahui tipu daya mereka. Mungkin sudah masanya Umno akan pupus kerana tidak mustahil sekiranya Ahli Parlimen Umno pun turut berbondong-bondong menyertai PAS atau KeAdilan pada 16 September ini. - mns_

KELAB PENYOKONG PAS AKAN DIANGKAT SEBAGAI SAYAP PARTI

IPOH, 18 Ogos (Hrkh) - Pertambahan Kelab Penyokong PAs di negeri-negeri dan penyertaan yang begitu ramai golongan bukan Islam menjadsi ahli kelab penyokong menandakan masyarakat bukan Islam kini sudah yakin dengan perjuangan PAS. Iklan



Justeru, sudah sampai masanya Kelab Penyokong PAs diangkat statusnya sebagai sayap parti, seperti Dewan Pemuda, Dewan Muslimat dan Dewan Ulama.

Sehingga kini lebih 10,000 orang bukan Islam telah menyertai Kelab Penyokong PAS di seluruh negara dan angka ini dijangka bertambah dari semasa ke semasa.

Presiden PAS, Tuan Guru Dato' Seri Abdul Hadi Awang berkata demikian dalam satu sidang media selepas selesainya Muktamar PAS kali ke-54 di Stadium Indera Mulia semalam.

Kelab penyokong PAS akan ditingkatkan tarafnya sebagai dewan dan langkah-langkah sedang diteliti bagi membolehkan Kelab Penyokong PAS diangkat ke peringkat yang lebih baik.

"PAS Pusat telah mencadang ahli Kelab Penyokong PAS dilantik sebagai senator di negeri-negeri yang dimenangi Pakatan Rakyat, tetapi negeri-negeri berkenaan belum lagi melantik senator dari kalangan Kelab Penyokong PAS kerana Kerajaan Negeri cuma mempunyai dua kuota sahaja untuk jawatan Senator," katanya.

Namun begitu kata Ustaz Abdul Hadi, ahli-ahli Kelab Penyokong PAS ada yang telah dilantik sebagai Ahli Majlis Perbandaran.

Sebelum itu Pengerusi Kelab Penyokong PAS Pusat, Hu Pang Chaw mencadangkan PAS meminda perlembagaannya untuk membolehkan dewan itu ditubuhkan.

"Kita berharap dewan baru tersebut boleh menjadi salah satu sayap parti. Ini boleh mewujudkan senario baru untuk memberi ruang ahli menyatakan pandangan mereka.

"Oleh itu jawatankuasa teknikal boleh diwujudkan bagi memikirkan perkara itu," katanya.

Hu Pang Chaw berkata, keahlian Kelab Penyokong PAS semakin meningkat dan akan dikembangkan ke Sabah tidak lama lagi.

Beliau juga mencadangkan kerajaan Kedah melantik pegawai yang tahu berbahasa Cina dan Tamil bagi memantau berita yang disiarkan media bukan Melayu.

Mengenai muqabalah, beliau memberitahu muqabalah akan diteruskan dari semasa ke semasa untuk kepentingan negara.

Beliau yakin ahli parti dapat memahami muqabalah, kerana itu tidak perlu PAS Pusat turun ke bawah bagi menerangkannya kepada akar umbi. - mns _

15 Ogos 2008

MB Perak terharu sambutan Muktamar PAS

IPOH, 15 Ogos (Hrkh) - Menteri Besar Perak, Dato' Seri Mohd Nizar Jalaludin melahirkan rasa terharu dengan kedatangan terlalu ramai perwakilan, pemerhati dan dari luar negara di majlis perasmian muktamar PAS.

"Saya berharap muktamar ini bukan yang terakhir di Perak dan ia akan diadakan pada lain kali," ujar beliau.

Dengan adanya muktamar PAS di Perak kali ini, ianya boleh merapatkan lagi hubungan jentera dan ahli-ahli PAS Perak dengan perwakilan dari negeri-negeri lain.

"Dengan adanya muktamar yang julng-julung kali di adakan di negeri Perak, orang ramai dapat mengenali PAS dengan lebih dekat dan ini boleh meniup semangat kepada jentera parti PAS Perak" kata beliau.

Menyentuh kepada hubungan PAS Perak dengan Pakatan Rakyat di Perak, beliau memberitahu bahawa hubungan mereka adalah rapat sekali dan tidak timbul sebarang masalah dalam urusan pentadbiran negeri.

"Saya berharap orang ramai di Perak tidak termakan dengan laporan dalam beberapa akhbar yang mengatakan hubungan barisan pimpinan negeri mempunyai masalah dalam urusan pentadbiran," kata beliau lagi. - mns_

MB Perak hormati keputusan Istana

IPOH, 15 Ogos (Hrkh) - Menteri Besar, Dato' Seri Ir Nizar Mohd Jamaludin berkata beliau menghormati keputusan yang dibuat pihak Istana Perak berhubung pembatalan kebenaran bagi dua pemimpin utama PAS menyampaikan khutbah Jumaat pada hari ini di bandaraya Ipoh.

"Meskipun pada peringkat awal pihak Tuanku Sultan memperkenankannya, dan kini ianya telah berubah saya menghormati pandangan tuanku tersebut,"

Bercakap kepada pemberita selepas perasmian Muktamar Tahunan PAS kali ke-54, Nizar menegaskan beliau menerima keputusan daripda pihak istana dengan terbuka.

Diminta mengulas mengenai cadangan penubuhan Majlis Menteri Besar negeri-negeri Pakatan Rakyat oleh Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam ucapan Dasarnya, Bekas Setiausaha Badan Perhubungan PAS Perak itu menyambut baik saranan tersebut.

"Bagi saya, ianya sangat perlu dan perkara ini perlu dibincangkan dengan lebih terperinci lagi," ujarnya.

Penganjuran Muktamar Tahunan PAS Pusat buat pertama kalinya di Ipoh ujarnya membuktikan proses 'engagement' di antara semua rakyat berbilang kaum dan agama di Perak sangat memberangsangkan.

"Ia sekaligus menolak semua tanggapan kuno dan negatif yang ditohmah kepada PAS.

"Pada masa yang sama ia menunjukkan PAS mempunyai ciri-ciri global, selain kehadiran para tetamu luar yang berminat mengikuti sidang muktamar," katanya.

Dalam pada itu, bandaraya Ipoh katanya kini menjadi tumpuan banyak pihak dengan kehadiran pemerhati dari luar dan dalam negara seterusnya meningkatkan publisiti terhadap negeri Perak.

Muktamar Tahunan PAS kali ke-54 yang diadakan di Ipoh Perak bermula pada 13 Ogos lalu dan akan berakhir pada 17 Ogos akan datang.- (tmj)_

muktamar pas realisasi prinsip politik islam - Nik Aziz

Muktamar PAS realisasi prinsip politik Islam - Nik Aziz
Lanjusoh | Foto Nasir Sudin
Fri | Aug 15, 08 | 9:31:13 am MYT
IPOH, 15 Ogos (Hrkh) - Lagu PAS buat pertama kali dalam sejarah bergema di Stadium Indera Mulia,Ipoh yang mana sebelum ini hanya riuh rendah dengan acara sukan.

Sejak malam semalam stadium tersebut sudah bertukar fungsi buat seketika, bagi memberi ruang kepada perwakilan memikirkan jalan terbaik bagi memartabatkan gerakan Islam di negara ini.

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, PAS bermuktamar untuk merealisasikan satu prinsip politik Islam yang penting iaitu syura.

Katanya, prinsip syura menyedarkan kita kepada hakikat bahawa seluruh perjalanan makhluk ciptaan Allah adalah tertakluk kepada peraturan yang ditetap-Nya.

"Sekiranya peraturan ini diikuti dengan baik dan penuh rela hati maka kehidupan manusia akan menjadi aman dan sejahtera.

"Keyakinan kepada prinsip asas ini menyebabkan PAS memasuki gelanggang pilihan raya dengan penuh ketertiban, kesabaran, keyakinan dan pergantungan kepada Allah.

"Pengalaman Kelantan mengendalikan pilihan raya dan pentadbiran negeri membenarkan hakikat ini," katanya pada buku acara muktamar.

Presiden PAS, Dato' Seri Abdul Hadi Awang pula berkata, muktamar PAS kali ke-54 sangat penting dan bermakna ketika saat PAS berada di tahap kekuatan yang paling tinggi dalam sejarahnya.

Katanya pada pilihan raya baru-baru ini, hasil iltizam dan kerja kuat kita, Allah Taala telah mengizinkan kemenangan besar.

Menurutnya, kemenangan besar itu merupakan satu amanah dan tanggungjawab yang perlu dipikul dan dilaksanakan dengan penuh cermat atas nama Islam.

"Akidah merupakan asas utama perjuangan kita dan yakinlah ia merupakan satu rahsia kekuatan Islam sepanjang zaman," katanya pada kata-kata aluan pada buku Muktamar PAS kali ke-54 di sini, hari.

Perarakan masuk ke dalam dewan muktamar dimulakan Timbalan Mursyidul Am, Dato' Dr Haron Din kira-kira jam 8.55 pagi kemudian diikuti Ahli jawatankuasa PAS Pusat lain.

Tetamu kehormatan yang kelihatan Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim; Presiden KeADILan, Dato' Seri Dr Seri Wan Azizah Wan Ismail; Pengerusi DAP Perak, Dato' Khor dan tokoh gerakan Islam luar negara termasuk dari Jordan, Dr Hamman Said dan Amir Hussien (Pakistan). - mj/mks.

MUKTAMAR UNTUK PERBINCANGAN PELBAGAI PERKARA AHLI PAS

IPOH, 15 Ogos (Hrkh) - Setiausaha Agung PAS, Dato Kamarudin Jaffar berkata perhimpunan ahli PAS dalam Muktamar Tahunan PAS ke 54 di Stadium Indra Mulia hari ini, adalah bagi bertukar-tukar fikiran dan pandangan dalam kerangka yang lebih besar.
Katanya, kedatangan para hadirin dari seluruh peringkat untuk membincangkan pelbagai perkara bagi perkukuhkan parti PAS dan seterusnya menjamin kelangsungannya dalam politik tanah air.
Dalam ucapan aluannya pada Muktamar Tahunan ke 54 di hadapan lebih 5,000 orang berkata, PAS bermuktamar dalam suasana pilihan raya umum ke 12 yang lalu.
Dalam pada itu katanya, Majlis Syura mempunyai batas-batas akhlaknya yang tersendiri yang perlu akui.
"Ini juga bermakna perbahasan, saranan, pandangan dalam muktamar nanti diasaskan rasa tanggungjawab dan keikhlasan yang tinggi lagi mencari keredaaan Allah."
Katanya, dalam usaha gigih PAS bagi merealisasikan nilai-nilai Islam dalam kehidupan masyarakat di negara ini.
Katanya, gagasan ini adalah sejajar dengan perjuangan dan matlamat dalam PAs itu sendiri.
"Kita bermuktamar dalam suasana politik yang agak gawat tetapi menarik kesan pilihanraya yang ke 12 yang diadakan pada 8 Macrh lalu," katanya.
Katanya, pilihan raya ini telah memberi kekuatan dan juga peluang kepada PAS untuk sama-sama menggalas bersama dengan Pakatan Pakyat bagi menjamin wujudnya sistem dwi-parti dalam negara ni.
Malah katanya, PAS yakin berdasarkan pengalaman negara-negara lain sistem dwi parti agak penting bagi memasti lahirnya sistem politik yang benar-benar demokrasi.
Katanya kesan keputusan pilihan raya yang lalu mendepankan kita dengan pelbagai cabaraan dan ancaman yang akan merugikan PAS sekiranya ditangani secara tidak berhemah.
Dalam mendepani cabaran-cabaran itu katanya beliau yakin PAS mampu mengharungnya dengan selamat dan jaya.
"Kita sudah tentu begitu matang berkecimoung dalam lankap pilihan raya sungguhpun kita sedar padang permainan tidak sama rata .
Dalamm hal ini katanya PAS telah menyumbang secara bermakna dan positif dalam perjalanan sistem demokrasi di Malaysia.
Beliau berkata PAS yakin apabila sistem pilihan raya berjalan dengan betul-betul bebas dan adil kita aan mampu memnangi pilihan raya yang tandingi dan mampu mentadbir dan menjadi kerajaan negara ini.- (tmj)_

LEBIH 5,000 PENUHI STADIUM INDERA MULIA DENGAR UCAPAN

IPOH, 15 Ogos,(Hrkh)- Muktamar PAS kali ke-54 yang memasuki hari ketiga memperlihatkan seramai 5,000 hadirin berbondong-bondong datang dari seluruh pelusuk negara.

Tetamu-tetamu yang mewakili rakan-rakan Pakatan Rakyat seperti Presiden KeADILan, Dato' Seri Dr Wan Azizah bersama penasihat parti itu, Dato' Seri Anwar Ibrahim selain Pengerusi DAP, Dato' Ngeh Khoo Ham turut kelihatan.
Ketibaan Presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada jam 8.35 pagi ini diiring kira-kira 20 buah motor berkuasa tinggi bagi menghadiri majlis perasmian muktamar yang diadakan di Stadium Indera Mulia, Ipoh di sini.
Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abd Aziz Nik Mat yang juga diiring dengan 20 buah motor berkuasa tinggi pula tiba kira-kira 10 minit kemudian.
Sementara itu, di luar perkarangan stadium sebelum majlis perasmian bermula, upacara tabik hormat Unit Amal yang diketuai oleh Khairul Aini berlangsung.
Lintas hormat Unit Amal yang bermula pada jam 8.50 pagi itu dimulakan dengan lagu Al-Amal. Kekuatan tentera merah yang berjumlah 150 orang itu diperiksa oleh Ustaz Hadi sambil diiringi dengan lagu Semarak Perjuangan nyanyian kumpulan Shoutul Amal.
Majlis perasmian muktamar kali ini yang bertemakan 'PAS untuk Semua' dimulakan dengan nyanyian lagu rasmi PAS dan diikuti ucapan aluan daripada pengerusi tetap majlis perasmian, Abu Kasim Abdullah.
Kemudian, majlis diteruskan dengan bacaan ayat-ayat suci al-Quran dari Surah Al-A'raf ayat 156 hingga 160 dialunkan oleh Johan Qari Tilawah Antarabangsa 2004, Radzi Kamarul Hailan.
Seterusnya, Presiden PAS menyampaikan ucapan dasar dengan tema 'PAS untuk Semua' dan merasmikan muktamar kali ini kira-kira jam 10 pagi.
Diikuti pula pada jam 11.15pagi, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abd Aziz dijemput untuk melancarkan buku yang bertajuk'Kemuncup dalam Perjuangan'.
Akhbar milik parti, Harakah dua kali seminggu kemudiannya telah dilancarkan oleh Ustaz Hadi yang diiringi Pegerusi Harakah, Dato' Mustafa Ali yang bermula 15 Ogos 2008 bersamaan 13 Sya'aban 1427H. Vespa c70 dipandu oleh Abd Manaf Dahalan sambil membawa beberapa naskah akhbar Harakah menjadi gimik pelancaran akhbar ini.
Ustaz Hadi yang diiringi Setiausaha Agung PAS, Dato'Kamaruddin Jaffar dan Dato' Mustafa Ali menyampaikan satu naskah Harakah kepada setiap pesuruhjaya tinggi setiap negeri.
Montaj bagi Harakah dua kali seminggu juga ditayangkan kepada hadirin yang hadir.
Dua wakil gerakan Islam iaitu Timbalan Presiden AK Parti Turki,Prof Dr Man Kutrunus dan wakil Gerakan Islam Myanmar, Haji Abd Ghaffur berbesar hati menyampaikan cenderahati kepada Presiden PAS sebagai tanda persahabatan.
Majlis perasmian pagi itu diakhiri dengan bacaan do'a yang dipimpin oleh Ketua Dewan Ulama', Mohd Daud Iraqi. Muktamar bersambung jam 3 petang ini._

10 Ogos 2008

PELURU UMNO SUDAH HABIS DI PERAK


Kelmarin saya menerima berita gembira dari YB. Hj. Mohd. Zainudin mengenai Mahkamah Tinggi Ipoh hari ini menolak petisyen oleh calon-calon Barisan Nasional bagi membatalkan keputusan pilihan raya umum 8 Mac lepas masing-masingnya bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Perak kawasan Kuala Kurau, Lubuk Merbau dan Kuala Sepetang.

Kegembiraan jelas nampak diwajahnya dalam kepenatan kami berada di penghujung sidang komenwel sejak 4 ogos yang lepas.

Sekarang jelas "peluru" UMNO untuk menjayakan alasannya untuk mengambil balik Perak pada 31 Ogos nanti nampaknya sudah kehabisan.

Peluru pertama dengan usaha jahat dan kotor untuk membeli Adun-Adun pakatan Rakyat samad DAP, PKR dan PAS jelas tidak berhasil, umpama perpatah : " hidung tak mancung pipi tersorong-sorong". setingginya dengan harga RM 30 Juta dan serendahnya tidak disebutkan harganya , sudah cabut lari tidak talipon lagi temasuklah saya.

Peluru kedua yang ada alasannya ialah petisyen bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Perak kawasan Kuala Kurau, Lubuk Merbau dan Kuala Sepetang.
Peluru getah mengajak kami bergabung dengannya langung tidak menjadi malah dijawab tegas oleh pimpinan PAS dan dijawab oleh Menteri Besar Perak dengan mengajak UMNO masuk dalam mana-mana parti Paktan Rakyat.

Keputusan mahkamah tinggi Ipoh kelmarin menghampakan banyak pihak yang berhajat besar itu.

Alhamdulillah Allah akan menyelamatkan Kerajaan Negeri perak Pakatan Rakyat yang kita sayanginya ini.
Kita nasihatkan kepada sahabat sebelah sana, bersabarlah sebagaimana kami sebulum dari ini dan sebagaimana yang dianjurkan Islam untuk menunggu Pilihanraya ke 13 pada 2011 atau 2012 nanti.
Itulah medan yang selayaknya dipergunakan oleh semua pihak termasuk kami bagi menentukan nasib masing-masing. Kalau kami menyeleweng rakyat akan menolak kami begitulah sebaliknya.

Diposting oleh DRS. KHALIL IDHAM LIM

09 Ogos 2008

MAHKAMAH TOLAK 3 PETISYEN PILIHANRAYA 3 DUN DI PERAK

08/08/08Mahkamah Tinggi Ipoh hari ini menolak petisyen membatalkan keputusan Pilihanraya Umum kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lubuk Merbau, DUN Kuala Sepetang dan DUN Kuala Kurau.Petisyen tersebut dikemukakan calon-calon Barisan Nasional (BN) yang tewas di ketiga-ketiga kerusi tersebut - kesemuanya di Perak - dengan majoriti tipis.Dalam pilihanraya umum 8 Mac lalu, DUN Kuala Kurau dan Kuala Sepetang dimenangi oleh calon PKR. Manakala kerusi Lubuk Merbau dimenangi oleh calon PAS.Di Kulau Kurau, calon PKR, Abdul Yunus Jamahari menang dengan majoriti 467 undi. Beliau mendapat 8,224 undi manakala calon BN, Mohd Salleh Mat Disa mendapat 7,757 undi.Di Kuala Sepetang pula, calon PKR, Tai Sing Ng menang dengan majoriti 564 undi. Beliau mendapat 7,285 undi manakala calon BN, See Tean Seng mendapat 6,721 undi.Manakala di Lubuk Merbau pula, calon PAS, Mohd Zainuddin Mohd Yusof menang dengan majoriti 72 undi. Beliau mendapat 4,664 undi manakala calon BN, Datuk Jamal Nasir Radi memperolehi 4,592 undi.

PEGUAM ISLAM PERLU TERAJUI MAJLIS PEGUAM- ZULKIFLI NORDIN


Peguam Islam perlu terajui Majlis Peguam - Zulkifli Nordin
Harakahdaily Sat Aug 09, 08 5:38:00 pm MYT
KUALA LUMPUR, 9 Ogos (Hrkh) -"Sudah sampai masanya peguam yang beragama Islam mengambilalih teraju kepimpinan Majlis Peguam," kata ahli exco Persatuan Peguam Islam, Zulkifli Nordin.

Beliau berkata, ini bagi mengelakkan Majlis Peguam menganjurkan forum yang boleh menimbulkan kemarahan orang Islam.
Malaysiakini melaporkan, Zulkifli yang juga ahli Parlimen KeADILan Kulim-Bandar Baharu memberitahu pemberita demikian selepas menyertai perhimpunan membantah penganjuran forum awam 'memeluk Islam' anjuran majlis tersebut di ibu negara hari ini.
Beliau mendakwa, Majlis Peguam menganjurkan forum tersebut kerana hendak membuat provokasi terhadap orang Islam.
"Tetapi saya mewakili Persatuan Peguam Islam memberi amaran supaya tidak mencabar umat Islam kerana kesabaran mereka ada hadnya," katanya.
Forum awam tersebut akhirnya dihentikan ekoran bantahan umat Islam yang berhimpun di luar bangunan ibupejabat majlis tersebut.
Seramai 500 orang berkumpul di depan bangunan Majlis Peguam sejak awal pagi, sambil melaungkan "Hancur Bar Council", "Hidup Islam" dan "Batalkan Forum".
Mereka turut membawa sepanduk yang berbunyi "Jangan cabar Islam', "Jangan cetuskan kemarahan umat Islam demi keharmonian umat Islam" dan "Menjunjung keadilan, menyanggah kezaliman".
Zulkifli berkata, forum anjuran Majlis Peguam hari ini sebenarnya bukan dialog tetapi sebaliknya, satu program untuk memprovokasi terhadap umat Islam.
"Semasa saya berunding dengan presiden dan timbalan presiden Majlis Peguam, saya katakan kepada mereka bahawa forum ini tidak wajar diadakan.
"Saya katakan forum ini menguji kesabaran orang Islam," katanya yang gembira kerana umat Islam bersatu menyatakan suara mempertahankan hak mereka.
Sementara itu, Naib Presiden Gabungan Pelajar Melayu, Jais Abdul Karim berkata, beliau mendapat tahu 110 peserta telah menghadiri forum tersebut.
Katanya, 95 peratus daripada mereka adalah terdiri daripada orang bukan Islam.
"Semasa kami naik ke tempat forum, saya mendapati ia sedang berjalan dan kami memaksa mereka memberhentikannya.
"Ketika itu ada peserta mengeluarkan perkataan yang menghina kami," katanya sambil menambah "inilah perjuangan yang terpaksa kami lalui untuk menegakkan Islam".
Jais berkata, beliau berharap program seperti ini tidak lagi diadakan pada masa depan.
Katanya, sebanyak 29 penyokong NGO Islam datang untuk menyatakan sokongan membantah forum tersebut. - mks._