Catatan

Tunjukkan catatan dari November 17, 2008

RTM PERAK TERUS AMAL SIKAP ANTI KERAJAAN NEGERI

Ekmal Yusof Mon Nov 17, 08 2:11:26 pm MYT IPOH, 17 Nov (Hrkh) - Menteri Besar Perak, Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin melahirkan rasa kesal terhadap Radio FM (RTM) Perak yang bersikap anti Kerajaan Pakatan Rakyat Perak walaupun ia berpengkalan di negeri itu. Rasa terkilannya itu dilahirkanya dalam penggulungan Perbelanjaan Bajet 2009 di Persidangan Akhir Dewan Negeri Perak di sini, 13 November lalu. Katanya, walaupun ia berpengkalan di negeri Perak tetapi amalannya masih mengikut kehendak politik Kerajaan Pusat yang akhirnya segala kerja dan niat baik Kerajaan Pakatan Rakyat diselewengkan faktanya hingga memberikan fahaman negatif. Sementara itu, Harakahdaily mendapati radio itu dalam Warta Perak jam 5.00 petang semalam telah menyiarkan suasana kekecohan Adun BN yang menggangu Menteri Besar berucap membuat pengulungan Bajet 2009 Persidangan Akhir Dewan Negeri itu, yang bertujuan mengelirukan rakyat. "Bukan sekadar ia tidak memberi liputan pada majlis rasmi Kerajaan Neger...

NIZAR DIALOG, CERAMAH DAN KULIAH SUBUH DI KUANTAN

Imej
November 15, 2008 · Print This Article KUANTAN: Sekitar foto-foto aktiviti Menteri Besar Dato Seri Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin semasa lawatan ke Pahang bermula tengah hari Sabtu sehingga Ahad. Beliau diberikan kesempatan untuk berucap melalui ceramah di kampung Razali di sini, kuliah subuh dan berdialog dengan masyarakat setempat, Nizar sempat memberi penerangan mengenai beberapa perkara berhubung dengan perkembangan semasa yang berlaku di Perak. Dato Seri Nizar menekankan mengenai keadilan sejagat yang bukan hanya memberi penekanan pada sesatu kelompok bangsa semata-mata tetapi pada semua rakyat yang berhak menerimanya. Pagi tadi (Ahad) Nizar telah sampaikan kuliah subuh di Masjid Saidina Umar, Taman Chenderawasih, Kuantan. Antara kata Nizar, kekayaan dan hasil dalam negara ini bukanlah untuk dikecapi untuk segelintir manusia sahaja tetapi hendaklah dinikmati oleh segenap rakyatnya dan inilah yang diertikan sebagai keadilan. END/ANR