06 Ogos 2009

JANGAN PREJUDIS TERHADAP ISLAM !!! - US NASARUDDIN TANTAWI

Jangan Prejudis Terhadap Islam

1. Saya perlu memberi teguran dan sekaligus memberi peringatan kepada Yb. Jeff Ooi berkaitan kenyataannya di Sunday Star .

2. Saya merujuk kepada kenyataan Yb Jeff Ooi [ Ahli Parlimen Jelutong - DAP ] merangkap Ketua Staf YAB Ketua Menteri Pulau Pinang yang disiarkan di dalam akhbar The Sunday Star bertarikh 02. 08. 2009 muka surat N.12 .

3. Yb. Jeff Ooi telah mempertikai Mohd Razali bin Abdullah , Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang dengan menuduh dan menggelarkannya sebagai "Muslim Extremist" kerana menjadi ahli Jamaah Islam Malaysia [ JIM ] yang mempunyai misi " to develop Malaysia into a country which fully adopted Syariah law by 2020 "

4. [ Membentuk Malaysia sebagai negara yang menerima pakai undang - undang Syariah sepenuhnya menjelang tahun 2020 ] bukan sahaja menjadi cita - cita JIM tetapi ianya menjadi cita - cita setiap muslim yang mukmin dan muttaqin [ muslim yang benar - benar beriman dan tunduk kepada perintah Allah swt ]

5. Yb. Jeff Ooi dinasihat dan diperingatkan agar TIDAK keterlaluan dalam kenyataan dan tindakan yang boleh menyinggung perasaan ummat Islam dan TIDAK bersikap prejudis terhadap Islam .

6. Saya tegaskan sekali lagi , bahawa menjadi asas dan prinsip seorang muslim dan pergerakkan Islam membentuk cita - cita untuk melaksanakan syariat Islam dan sememangnya Islam itu adil untuk semua . Justeru itu , cita - cita atau prinsip tersebut tidak membawa maksud ia ekstrim sebagaimana yang didakwa.

7. Islam adalah agama yang adil , toleransi dan damai sifatnya . Jangan lihat Islam pada wajah manusia yang ingkar terhadap perintah Allah swt tetapi lihat Islam pada wajah mereka yang berilmu , bertaqwa dan soleh perilakunya . lantaran itu Islam adalah agama yang suci , maka dimanakah tidak kenanya cita - cita untuk melaksanakan suatu yang suci , adil dan toleransi .

8. Jika Islam tidak benar , sila buktikan dimana tidak benarnya ? jika berpegang dengan ajaran Islam itu adalah ekstrim , maka apakah implikasinya ? apalagi yang menghantui pemikiran beliau mengenai Islam ? atau beliau masih mengalami Islamophobia hasil dari propaganda barat dan kuncu - kuncunya ?

9. Sewajarnya beliau tidak memahami Islam dari perspektif musuh - musuh Islam seperti barat , golongan Islam Liberal dan pelampau tetapi sebaliknya merujuk terlebih dahulu berkait dengan dasar dan prinsip Islam melalui para alim ulama' yang memperjuangkan Islam .

10. Saya mendesak dan menyeru supaya Yb. Jeff Ooi memohon maaf kepada ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang tersebut dan kepada semua ummat Islam secara terbuka di atas keterlanjuran kata dan sikap yang ditunjukkan .

Demo di Masjid Shah Alam, Pemuda PAS tiada kaitan !!!

Saidah Hairan Thu Aug 06, 09 4:42:29 pm MYT

KUALA LUMPUR, 6 Ogos (Hrkh) - Pemuda PAS negeri Selangor menafikan akan mengadakan demonstrasi di Masjid Negeri Selangor bagi mendesak kerajaan Selangor menukar portfolio exconya, Ronnie Liu.

Timbalannya, Ahmad Zaidy Abd Mutalib menafi keras dakwaan exco Pergerakan Pemuda Umno, Tengku Azman Tengku Zainal Abidin bahawa PAS akan menganjurkan demo tersebut di kawasan masjid esok, Jumaat.
Setakat ini katanya, Pemuda PAS tidak ada kena mengena dengan perancangan demo sebagaimana yang didakwa oleh Pergerakan Pemuda Umno tersebut.
"Pemuda PAS Selangor tidak pernah menghubungi Pemuda Umno dan tidak pernah merancang hendak mengadakan demonstrasi," tegasnya.
Beliau menegaskan, Pemuda Umno cuba mengeruhkan keadaan dan mahu merosakkan hubungan akrab parti dalam Pakatan Rakyat.
"Semua perkara ini berpunca daripada Umno yang telah memerintah selama 50 tahun tetapi mereka tidak dapat mengharamkan penjualan arak di kawasan-kawasan majoriti Melayu," tegasnya.
Ini kerana tambah beliau, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) telah melaksanakan perkara tersebut walaupun baru setahun empat bulan kerajaan Pakatan Rakyat memerintah.
"Saya cabar Umno dan Pemuda Umno jika benar-benar ikhlas untuk mengharamkan penjualan arak secara terbuka, mereka mesti melaksanakan terlebih dahulu di negeri-negeri yang mereka perintah dan di Persekutuan," tegasnya. - mns_ -->