Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac 1, 2009

Sidang tergempar DUN Perak sah. Keputusan Speaker mengatasi kenyataan Setiausaha

Imej
Krisis politik Perak mengalami kejutan baru - kali ini membabitkan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak V. Sivakumar dan Setiausahanya, Abdullah Antong Sabri yang "bertikai" tentang kesahihan mengadakan sidang tergempar Selasa ini. Setiausaha DUN Perak, Abdullah Antong Sabri mengeluarkan kenyataan bahawa Speaker tidak boleh memanggil satu sidang tergempar dewan itu Selasa ini kerana tindakan itu tidak sah dan tidak boleh diadakan tanpa mendapat perkenan Sultan Perak Sultan Azlan Shah. Bagaimanapun beberapa jam selepas kenyataan itu, Sivakumar pula sambil melahirkan rasa terkejut menegaskan, Setiausaha DUN tiada kuasa untuk mentafsir Perintah Tetap Dewan Negeri. Pada sidang media diadakan kira-kira 7 petang tadi, Sivakumar menegaskan, tugas Setiausaha ialah mematuhi arahan dikeluarkan oleh Speaker. Dengan merujuk kepada Perkara Perintah Tetap Dewan Negeri (PT), tertakluk kepada usul khas yang dikemukakan, tafsiran Speaker adalah muktamad. "Bukankah Speaker mempu

Peguam : Sidang tergempar DUN Perak Sah ! - Greenboc

Imej
P eguam kepada V.Sivakumar, Chan Kok Keong menyatakan bahawa Sidang tergempar DUN Perak yang dipanggil oleh Yang Dipertua Dewan Negeri Perak, V. Sivakumar, adalah SAH. Menurut Chan, Speaker DUN Perak mempunyai hak di sisi undang-undang untuk memanggil sidang tergempar dewan undangan negeri. Chan menyatakan bahawa sidang dewan undangan negeri Perak hanya ditangguhkan pada November tahun lalu dan oleh kerana itu Speaker mempunyai kuasa untuk memanggil persidangan tergempar 3 Mac ini . Persidangan tersebut memenuhi segala peruntukan Perintah Tetap Dewan Negeri dan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan serta perjalanan parlimen yang biasa terpakai di dalam negara-negara komanwel . "Speaker mempunyai kuasa yang cukup untuk memanggil persidangan yang ke 4 dari seksyen pertama dewan undangan negeri Perak" Chan juga menyatakan beliau telah merujuk kepada pakar perlembagaan Tommy Thomas (gambar) yang bersetuju bahawa Speaker V.Sivakumar mempunyai kuasa untuk memang

Sekitar Majlis Pengkebumian Mertua MB Ir Nizar - Malaysiakini

Imej
Sunday, March 01, 2009 Awal tengahari hari tadi berlangsung upacara pengkebumian Bonda kepada Datin Seri Fatimah Taat dan Ibu Mertua kepada YAB Menteri Besar Perak Dato' Seri Ir Nizar yang telah kembali ke rahmatullah malam semalam (28hb. Februari, 2009) di Tanah Perkuburan Orang Islam Kampung Datuk, Tapah, Perak Darul Ridzuan. Jenazah dibawa ke Masjid Tapah untuk disembahyangkan lebih kurang jam 11:15 pagi dan YAB Menteri Besar Perak Dato' Seri Ir Nizar telah mengimamkan solat jenazah. Kelihatan ramai sahabat-sahabat, rakan-rakan, penyokong-penyokong dan teman-teman seperjuangan hadir untuk memberi penghormatan terakhir dan menyampaikan ucapan takziah kepada YAB Menteri Besar Perak Dato' Seri Ir Nizar dan Datin Seri Fatimah atas pemergian Allahyarhamah. Antara yang hadir ialah Mustafa Ali, Ustaz Ahmad Awang, Ustaz Zul, Saudara Idham Lim, Ustaz Norazli dan Saudara Misbahul Munir. Pasangan yang tabah, YAB Menteri Besar Perak Dato' Seri Ir Nizar dan Datin Seri Fatim

PAC Perak panggil Zambry , Nizar dan Exco.

Ahad, 1 Mac 2009 • Kategori: Berita Semasa , Berita Utama , Nasional KUALA LUMPUR,1 Mac (SK): Arahan waran tangkap akan dikeluarkan jika ada individu enggan hadir selepas dipanggil untuk beri keterangan berhubung kes penggunaan wang kerajaan sepanjang krisis politik di Negeri Perak. Jawatankuasa Kira-Kira Wang Perak (PAC) yang di pengerusikan oleh Wong Kah Woh berkata PAC akan memanggil Menteri Besar Barisan Nasional dan Menteri Besar Pakatan rakyat untuk memberi penjelasan berhubung dakwaan kes tersebut. Selain kedua-dua Menteri Besar, PAC turut memanggil barisan exco mereka untuk memberi keterangan pada mesyuarat khas yang akan diadakan pada pukul 4 petang, 5 Mac ini. Wong berkata, setelah mengadakan mesyuarat di bilik mesyuarat kewangan negeri di Ipoh baru-baru ini, PAC memutuskan terdapat dua perkara sepanjang krisis kerajaan negeri yang perlu ditangani segera iaitu berkaitan perlantikan tiga penasihat Menteri Besar BN dan ketua penerangan kerajaan negeri. Beliau mem

Kembali kepada hukum Allah untuk kesejahteraan ummah

Imej
LanH Fri | Feb 27, 09 | 5:02:10 pm MYT Berdasarkan senario antarabangsa yang membabitkan umat Islam, kita dukacita saudara seagama terus ditindas penguasa zalim. Di Myanmar (Burma), ribuan umat Islam Rohingya diusir dari tanah air mereka (Arakan) dan terpaksa membawa diri ke negara jiran yang tidak kurang menekan mereka. Iklan Diberitakan ribuan pelarian Rohingya terpaksa menempuh gelombang lautan, sejumlah mereka terdampar di pantai Aceh baru-baru ini. Mereka berada dalam keadaan sangat daif tetapi sungguh malang masyarakat antarabangsa termasuk pertubuhan dan dunia Islam memandang sepi permasalahan mereka. Ratusan ribu lagi melarikan diri ke Thailand, Bangladesh dan ke negara kita, tetapi nasib mereka bagaikan lari daripada mulut harimau masuk ke mulut buaya. Orang Rohingya bukanlah satu-satunya kumpulan minoriti Islam yang menerima nasib sedemikian rupa. Orang Ka