Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai 29, 2009

"HIMPUNAN BUBAR DUN PERAK; 2 OGOS

Semua dijemput ke 'Himpunan Bubar Dun Perak' pada 2 Ogos KUALA LUMPUR, 29 Julai : - Sempena memperingati kemelut pencabulan demokrasi di Perak, Pemuda PAS Perak akan mengadakan satu program Himpunan Pemuda PAS Perak bertemakan '1 Hitam Perak-Bubarkan Dun Perak'. Program tersebut akan diadakan pada 2 Ogos, jam 11 pagi sehingga 6 petang di Markas PAS Kawasan Bagan Serai. Demikian seperti yang diumumkan melalui Harakahdaily hari ini. Antara pimpinan yang bakal menyampaikan pidato pada sebelah siangnya adalah Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub; Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad; AJK PAS Pusat, Mohamad Sabu , Pesuruhjaya PAS Perak, Ust. Abu Bakar Hussain dan Dato' Seri Ir Mohamed Nizar Jamaludin. Kemudian, pada sesi malamnya, terdapat beberapa ceramah yang diadakan di zon-zon tertentu. Di Zon 1 iaitu sekitar Larut, Zon 2 di Sungai Siput, Zon 3 di Lumut dan di Zon 4 iaitu di Tanjung Malim .Program ini adalah bertemakan pakaian hitam sebagai tanda era kegelapan...

MAMPAT Rancakkan Usaha Legalisasi Pakatan Rakyat

Imej
MAMPAT Rancakkan Usaha Legalisasi Pakatan Rakyat Posted on Tuesday, July 28 @ 17:30:00 PDT by AbuJihad Oleh: addin_77 " Semalam tanggal 27 Julai menjadi satu lagi titik sejarah dalam perkembangan gabungan parti pembangkang yang dikenali sebagai Pakatan Rakyat. Memang untuk Pakatan Rakyat berdiri sebagai sebuah badan gabungan parti politik yang mempunyai legitimasi undang-undang sendiri mungkin akan mengambil sedikit masa, namun penubuhan Majlis Muafakat Pemuda Pakatan Rakyat (Mampat) hasil dari mesyuarat pemuda Pakatan Rakyat semalam nyata membuka jalan yang lebih terang. Dalam kenyataan alu-aluannya sempena penubuhan Mampat ini, Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi, Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat menegaskan bahawa yang paling penting, Mampat harus tampil berperanan memimpin anak-anak muda negara ini bagi membina real politik baru dan masa depan negara yang lebih cemerlang. Penubuhan Mampat, selain menjadi satu lagi batu asas ke arah pembentukan Pakatan Rakyat yang sah berdaftar, menurut...