Penyata rasmi buktikan Sivakumar masih speaker sah
Johari Jaafar IPOH, 16 Dis: Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) meminta seluruh rakyat melihat penyata rasmi yang telah dikeluarkan oleh kerajaan negeri Perak semasa Mesyuarat Pertama, Penggal Kedua pada hari Khamis, 7 Mei lalu di Dewan Mesyuarat, Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh. Ianya kerana penyata tersebut dengan jelas membuktikan kedudukan V. Sivakumar sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak yang sah.Penyata rasmi tersebut juga memperlihatkan suasana sebenar yang telah berlaku. Turut direkodkan pelanggaran peraturan-peraturan sidang DUN termasuk oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Perak Datuk Dr. Abdul Rahman Hashim.Abdul Rahman dilihat telah mengganggu tugas V. Sivakumar sebagai Speaker pada hari tersebut dengan beberapa tindakan dan arahan yang disifatkan sebagai campurtangan mengatasi arahan speaker. Sehubungan itu Pemuda PAS Perak mendesak supaya satu Suruhanjaya Siasatan ditubuhkan untuk menyiasat kemelut yang telah berlaku semasa sidang DUN Perak pada 7 Mei y...