Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos 29, 2008

KONSERT AVRIL !!

Assalamualaikum Nak bagi pandangan sikit la...sebenarnya tanpa konsert ni pun dah banyak yg perkara2 bertentangan agama Islam, tapi kita tak berapa nampak, contoh artis yg seksi bukan main, gambar si zarina yg tak senonoh kat N9, pelik mana mufti2 yg dilantik tak nampak pun pandangan depa. Tapi dengan meluluskan konsert ni pada hari Jumaat, dekat merdeka, nak sambut Ramadhan lagi, ada satu penghinaan ke atas agama kita. Mmg kita berbilang bangsa tapi kena ingat Malaysia ni agama rasmi Islam. Di mana kita letak agama kita ni, bukankan Islam adalah sebagai panduan dan rujukan untuk kita berbuat sesuatu. Pelik juga kerajaan mengharamkan mana-mana ceramah pembangkang di tayangkan di TV tapi cerita-cerita panas boleh dilepaskan. Drama/filem Melayu semua nya berunsur barat... suami orang berlakon sekatil dengan isteri orang, berpeluk walaupun dlm drama sebagai suami isteri tetapi pada hakikatnya mereka bukan muhrim, haram tetap haram. Islam Hadhari diwar-warkan tapi bagaimana implementation ...

anwar kini rasmi ketua pembangkang

Imej
Selepas 10 tahun tidak menjejakkan kaki ke Dewan Rakyat, mantan timbalan perdana menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini secara rasmi dilantik sebagai Ketua Pembangkang. Ahli parlimen Permatang Pauh itu, yang baru memenangi kerusi tersebut dua hari lalu, mengangkat sumpah jam 10.05 pagi tadi, sejurus selepas bacaan doa di dewan yang mulia itu. Anwar, 61, mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua, Tan Sri Pandikar Amin Mulia di Dewan Rakyat. Yang Dipertua berkata, Anwar akan diberikan segala keistimewaan yang dinikmati oleh seorang ketua pembangkang. Anwar yang berbaju Melayu biru tua, kemudian melangkah duduk di kerusi betul-betul berdepan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.Kerusi itu dulu diduduki isterinya yang mewakili kawasan parlimen yang sama - acara mengangkat sumpah Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak lama selepas pilihanraya umum lalu dihadiri Anwar sebagai pasangan seorang anggota Dewan Rakyat. Sebaik sahaja upacara mengangkat sumpah itu selesai,...

MEMBANGUNKAN NEGARA DENGAN ISLAM

Kita hanya boleh membina dan membangunkan kembali negara ini dan institusinya supaya sejahtera, supaya aman, terus makmur dan dalam masa yang sama bermunajat dan bermohon kepada Allah supaya melindungi negara bertuah ini daripada sebarang malapetaka dan bencana dgn hanya mengimani dan mempraktikkan Islam itu secara menyeluruh dan bukan memilih secara hadari.Jika sebaliknya jgn harap rahmat dan keberkatan Allah. Apa yg anda perjuangkan akan di soal oleh Allah di akhirat kelak.Politik tidak terpisah daripada Islam. Apa guna solat puasa, zakat, hj dll jika hati perut masih menolak syariat Allah.Jika solat tidak menjana kebaikan dan menjauhakan kemungkaran solat tersebut bermasalah sekaligus menunjukkan bermasalah dlm hubungan dgn Allah

VIRUS BARU DALAM UMNO

Sesudah Ahmad Shabery Chik tidak mengotakan janjinya untuk letak jawatan setelah kalah debat, kali ini Hamid Albar juga berkata sanggup meletak jawatan andai Akta DNA yang dibentang di parlimen mempunyai muslihat politik. Nampaknya satu lagi virus melanda pemimpin umno selepas sumpah dan fitnah