Bai'ah Terapkan Disiplin, Elak Pemimpin Salah Guna Kuasa
Bai'ah Terapkan Disiplin, Elak Pemimpin Salah Guna Kuasa UMNO-BN dan media arus perdana sengaja mensensasikan isu Bai'ah atau sumpah setia pemimpin PAS dengan memperlihatkannya sebagai perjanjian yang meletakkan institusi perkahwinan sebagai sesuatu yang boleh dipandang remeh. Walhal Bai'ah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin PAS adalah satu sisitem disiplin dalam memastikan pemimpin parti itu berpegang kepada prinsip parti. Pemimpin PAS, Husam Musa berkata Bai'ah adalah untuk melindungi kepimpinan parti itu dari jenayah rasuah dan salah guna kuasa. " Ini bukan isu politik. Ini isu agama. Isu Islam. Amanah tidak boleh dikhianati" ujar Naib Presiden PAS, Husam Musa apabila diminta mengulas isu Bai'ah yang telah menimbulkan pelbagai kontroversi sejak Sabtu lalu. Menurut Husam, Bai'ah bukanlah sesuatu yang mendera perasaan golongan isteri dan anak-anak pemimpin dalam PAS seperti yang disifatkan UMNO-BN dan media arus perdana. " Bai'a...