Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun 12, 2008

TARBIYAH SELEPAS PRU12

Imej
Oleh : Ustaz Khairul Anuar MUQADDIMAH “Wahai orang-orang Mukmin! Bertakwalah kepada ALLAH & bersegeralah kamu menuju kepadaNya (ALLAH) melalui wasilah(medium) & berjihadlah pada jalanNya; moga-moga kamu semua beroleh kejayaan” [Ayat 35 : Surah Al-Maidah] Tarbiah tidak dapat dipisahkan dalam sejarah Dinul-Islam dan kebangkitan kejayaan gerakan Islam. Tarbiah membawa maksud latihan, pendidikan dan pembentukan untuk melengkapkan seorang individu Muslim dengan segala aspek kekuatan rohani, jasmani, emosi, sosial, intelek dan kemahiran. Akan tetapi, Tarbiyah Islamiyah Harakiyyah bukan sekadar membentuk seseorang itu menjadi mukmin untuk dirinya, beramal dan bertaqwa seorang diri sahaja. Bahkan, ia bertujuan melahirkan mukmin yang sedia berkhidmat, memberi sumbangan kepada Islam dan berjihad pada jalan Allah SWT.Rasulullah SAW mendidik para sahabatnya sehingga menjadi mujahid yang kukuh iman mereka, sentiasa bersedia untuk berkorban dan berjihad pada jalan Allah. Apabila Islam berhaj...