12 Februari 2009

Ir Nizar : Kami

IPOH, 12 Feb,:-Kita akan failkan kes memohon dari Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur jam 11.30 pagi esok untuk isytiharkan Kerajaan Haram tidak sah dan Pakatan Rakyat adalah kerajaan yang sah dan saya mohon bagi sokongan dan tidak buat apa-apa provokasi. Demikian antara kenyataan akhbar YAB Menteri Besar Perak, DS. Muhammad Nizar Jamaluddin di Kediaman Menteri Besar di sini sebentar tadi.

"Kita juga secara prinsip kenderaan yang digunakan akan diserahkan dan diletakkan di kediaman Menteri Besar sebagai menghormati undang-undang yang ada. Tidak ada apa-apa elemen, tidak menjejaskan kepada apa-apa kes kami yang dibuat sebelum dari ini, kerana itu kenderaan diserahkan di sini sehingga keputusan dari mahkamah diputuskan' Katanya..

Hadir sama dalam sidang akhbar itu ialah Exco Kerajaan Negeri dan ADUN Pakatan Rakyat yang lain.

Beliau juga memaklumkan akan menyerahkan kediaman Menteri Besar dalam masa terdekat, secara rasmi akan keluar dengan terhormat, dan menyewa tempat dekat dengan anak-anak yang bersekolah. Keputusan ini juga tidak memudaratkan proses mahkamah kami.

"Pakatan Rakyat akan hadir dalam Majlis Jubli Perak pada 14 Februari ini, bersama dengan pimpinan dan seluruh Sultan, pembesar negara termasuk Sultan Brunei." Umum beliau.

Menganai kenapakah difailkan kes di Mahkamah Kuala Lumput, Ir. Nizar mengatakan "kami merasakan oleh beberapa hal yang perlu diambil kira, kita dinasihatkan oleh peguam kita "

Sebahagian wartawan yang hadir.


Menteri Besar juga menjelaskan kenderaan diletakkan di sini sehingga selesai kes mahkamah dan akan gunakan kenderaan peribadi .

Mengenai tempat mesyuarat dan pertemuan lain beliau menyatakan akan diadakan tempat lain yang difikirkan sesuai, Dia mengistilahkan Kerajaan pakatan Rakyat sebagai "kerajaan buangan".

Bila menjawab berkenaan dengan perhimpunan di Kuala Kangsar,Ir. Nizar itu menegaskan Pakatan Rakyat terlibat dengan apa-apa perhimpunan sedemikian rupa dan beliau menafikan PR tidak terlibat dalam menghimpunkan rakyat itu.

Menjawab soalan berkaitan kes di mahkamah, Dato' Ngeh Koo Ham berkata akan dibuat esok pada jam 11.30 di Mahkamah Tinggi Jalan Duta dengan satu team peguam seramai 12peguam yang telah dipanelkan.

Ditanya mengenai perasaan bila ingin keluar dari Kediaman Rasmi, katanya " perasaan saya nak keluar seperti berhijrah sebentar dan balik semula ke Markah ".

Ir. Nizar juga menyatakan keyakinannya akan kembali ke kediaman rasmi .

Mengulas Isu pelantikan 4 orang setaraf exco beliau mengatakan ia diputuskan sebelum sebelum exco mesyuarat dan wang rakyat telah dibazirkan dengan pelantikan itu..

Menteri Besar Pakatan Rakyat itu ketika diminta mengulas mengenai calon Bukit Gantang beliau menjawab " belum lagi, terlalu awal ".

Nizar akan failkan saman di Mahkamah Tinggi esok

Nizar akan failkan saman di Mahkamah Tinggi esok
Harakahdaily
Thu | Feb 12, 09 | 5:10:00 pm MYT

KUALA LUMPUR, 12 Feb (Hrkh) - Menteri Besar Perak Dato' Seri Mohd Nizar Jamaluddin akan memfailkan saman terhadap pelantikan Menteri Besar baru, Dato' Dr Zambry Abdul Kadir di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada jam 11 pagi esok.

Iklan

Menteri Besar Perak Dato' Seri Mohd Nizar Jamaluddin mengumumkan hari ini bahawa beliau akan keluar dari kediaman rasmi menteri besar 10 hari lagi.

Bercakap dalam satu sidang akhbar di Ipoh, Nizar berkata beliau telah menerima surat dari Setiausaha Kerajaan Perak, Dato' Abdul Rahman Hashim meminta beliau mengosongkan kediaman tersebut.

Nizar berkata, beliau akan menghormati permintaan tersebut dan akan memulangkan semula kesemua 11 kereta Toyota Camry.

Di samping itu, beliau juga menggesa rakyat berkumpul secara aman sebagai tanda sokongan, tetapi meminta mereka menghormati undang-undang.

Beliau berkata, mengikut satu tinjauan, didapati 97 peratus rakyat Perak mahu Pakatan terus memerintah negeri itu. - azm

Orang Changkat Jering tunjukkan perasaan mereka ..

CHANGKAT JERING, 12 Feb.:- Setelah beberapa hari Osman Jailu mengumumkan keluar dari Pakatan Rakyat dan menyokong BN dengan mengatakan dia Bebas, banner-banner seperti di bawah mula diletakkan di banyak tempat di Changkat Jering.

Pagi tadi semasa saya meninjau kawasan berkenaan sempat saya rakam kan banner istemewa itu untuk tatapan pengunjung blog cina islam.



Kami bukan penderhaka - Harakahdaily

Kami bukan penderhaka!
Mohd Rashidi Hassan | rashidi@harakah.net.my
Thu | Feb 12, 09 | 11:39:19 am MYT

KAMI bukan penderhaka. Kami sama sekali tidak berniat untuk menentang Raja. Kami sekadar berpendapat bahawa keputusan yang diambil Raja di Perak tidak bertepatan mengikut lunas undang-undang.

Iklan

Kami berbeza, kerana kami berpendapat bahawa jalan terbaik untuk membentuk sesebuah kerajaan, ialah melalui pilihan raya, bukan dengan cara membeli dan mengumpan wakil rakyat.

Adalah tidak adil sesebuah kerajaan dibentuk, bukan dengan mandat rakyat, tetapi dengan mandat rasuah, sama ada dalam bentuk wang, jawatan atau penarikan balik kes-kes jenayah yang sedang dihadapkan ke mahkamah.

Kami berbeza dengan Raja kerana kami berpendapat, jalan terbaik untuk menyelesaikan kemelut politik di Perak, ialah dengan memulangkan mandat semula, kepada rakyat melalui pilihan raya umum negeri.

Kami hanya meminta, jika pun hendak dijatuhkan sesebuah kerajaan negeri, biarlah dengan cara yang demokratik, iaitu dengan membuat undi tidak percaya dalam sidang Dewan Undangan Negeri.

Bukan dengan menyuruh Menteri Besar atau anggota Exco meletakkan jawatan atas alasan parti yang memerintah sudah kehilangan majoriti di dewan.

Inilah pendapat dan pendirian pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat, yang dipilih secara adil dan demokratik dalam Pilihan Raya Umum ke 12, 8 Mac 2008 lepas.

Pakatan Rakyat bukan sebuah entiti yang kecil. Ia adalah suatu 'force' yang didukung oleh jutaan rakyat Malaysia, terdiri daripada berbilang bangsa dan agama.

Kuasa rakyat ini adalah suatu kuasa yang besar, membentuk sebilangan kumpulan yang besar, sehingga berjaya menafikan majoriti dua pertiga Barisan Nasional di Parlimen.

Bilangan yang besar ini dibuktikan dengan, menempatkan suara mereka sebanyak 82 kerusi Parlimen dan beratus-ratus kerusi Dewan Undangan Negeri.

Suara rakyat yang besar ini juga mewakili negeri Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Derhaka Umno Terengganu bukan PAS Perak

Justeru dalam menghadapi krisis di Perak, Menteri Besar, Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin tidak keseorangan.

Penyingkiran kerajaan negeri di bawah kepimpinan beliau, tidak dipersetujui banyak pihak dalam negara, yang tidak gembira dengan keputusan Raja.

Pakatan Rakyat tidak bersetuju dengan keputusan Raja, manakala, Umno sudah tentu menyokong, kerana mereka mendapat kembali kerajaan negeri dengan cara yang amat mudah.

Apa pun tuduhan yang dilemparkan kepada pemimpin dan penyokong Pakatan Rakyat, salahkah rakyat punyai pandangan berbeza dengan Raja?

Jika peristiwa di Perak menyebabkan kebanyakan rakyat mempunyai persepsi bahawa Raja membuat kesilapan, apakah kewujudan persepsi ini menyalahi undang-undang?

Jalan mudah untuk media pengampu BN menjerat Nizar ialah dengan, menuduhnya menderhaka kepada Tuanku.

Namun Umno/BN jangan lupa, 'sederhaka' manapun Nizar, jika ia berlaku, jauh lebih bersopan dari sekumpulan pemimpin Umno Terengganu yang 'membinatangkan' Raja, dalam demonstrasi di Istana Terengganu, Mac 2008 yang lalu!

Sultan Terengganu dihina dan dilemparkan dengan kata-kata nista oleh orang-orang Umno, kerana mereka mahukan Dato' Seri Idris Jusoh sebagai Menteri Besar.

Orang-orang PAS, KeADILan dan DAP di Perak, tidak pernah sama sekali mencera Sultan Perak, sebagaimana dilakukan orang-orang Umno di Terengganu.

Soal derhaka tidak timbul sama sekali. Jika ada pihak yang menghasut Raja di Perak, baginda harus mengetahui, memahami dan membuat pertimbangan sewajarnya, jika baginda mahu menjatuhkan hukuman derhaka kepada Nizar.

Kes di Terengganu menunjukkan bahawa yang paling derhaka ialah Umno. Bukan PAS! Umno sanggup buat demo dan membawa kain pemidang yang jelas 'membinatangkan' Raja!

Bukankah tindakan pemimpin Umno itu suatu tindakan derhaka? Mana penderhaka itu semua? Mengapa mereka dibebaskan tanpa tindakan?

Apakah mereka boleh derhaka dan menyanggah Raja sesuka hati kerana mereka Umno? Apakah kerana Umno 'dilahirkan' di Istana Johor pada 11 Mei 1946, maka segala tindakan mereka terhadap Raja, semuanya boleh 'dipejamkan' begitu sahaja?

Apakah kerana Umno terlalu sinonim dengan Raja, maka Raja harus dilihat memihak kepada Umno?

Harus diingat, berlaku dalam sejarah politik negara, yang 'memaki hamun' Raja dan melucutkan hak kekebalan Raja pada tahun 1993, ialah orang-orang dan pemimpin Umno.

Umno yang mewujudkan mahkamah untuk membicarakan perilaku Raja.

Kalau boleh 'diflashback' atau dimainkan kembali pita siaran televisyen dan akhbar ketika itu, nescaya seluruh rakyat Malaysia akan memahami betapa hinanya Raja di mata Umno.

Siapa yang tampil membela Raja ketika itu? Tanyalah Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah. Yang membela Raja ketika itu ialah PAS dan Semangat 46.

Nizar bukan Hang Jebat

Dalam kes Perak, Nizar tidak menderhaka. Nizar bukannya Hang Jebat. Nizar pun tidak mahu menjadi Hang Jebat, seperti hikayat Melayu purba.

Hulubalang Hang Jebat 'mengamuk' kerana membela sahabatnya, Laksamana Hang Tuah yang menjadi mangsa fitnah. Di Perak, Nizar adalah mangsa ketidakadilan.

Menurut sejarah tragedi purba kala tersebut berlaku, akibat ketidakadilan titah Sultan Mansur Shah yang dinasihatkan secara salah oleh memanda pembesar istana di sekeliling baginda, yang mempunyai kepentingan tertentu.

Lantaran fitnah tersebut, lalu dititahkan agar Hang Tuah dibunuh.Hikayat lagenda difilemkan dengan lakonan Tan Sri P Ramlee dan ditayangkan berulang kali dikaca televisyen.

Secara moralnya, rakyat boleh mempelajari daripada ceritera-ceritera ini, berlaku dalam sejarah, ada kalanya orang-orang istana sama ada Raja, Bendahara atau sebagainya, membuat keputusan yang silap.

Sehingga wujud dalam seloka Melayu ungkapan 'Raja adil Raja disembah, Raja zalim Raja disanggah.'

Dalam kes Perak Nizar tidak keseorangan. Di belakangnya ada berjuta-juta rakyat Malaysia yang menyokong Pakatan Rakyat, amat kecewa dengan keputusan yang diambil Sultan Perak.

Rakyat dari kalangan rakyat berbilang kaum menyokong pendirian diambil Nizar, untuk tidak meletak jawatan sebagai Menteri Besar.

Bilangan rakyat yang marah dan kecewa dengan 'rampasan kuasa' di Perak bukannya sedikit.

Sehingga ada yang menzahirkan secara terbuka kritikan terhadap Raja. Sekaligus kritikan-kritikan tersebut jika dipaparkan, hanya akan menjejaskan kredibiliti dan integriti Raja.

Akibat daripada persepsi ketidakadilan yang berlaku di Perak, ianya telah mewujudkan pemahaman bahawa 'credibility Malay Rulers at stake', apabila mereka dianggap berpihak kepada Umno.

Raja-Raja Melayu seharusnya 'above political party' dan mengelak wujudnya persepsi di kalangan rakyat bahawa mereka pro atau menjadi alat Umno-BN. Hanya dengan cara itu sahaja kredibiliti dan integriti Raja dapat dipulihkan.

Jalan terbaik untuk memulihkan keadaan di Perak ialah dengan membubarkan Dewan Undangan Negeri dan diadakan pilihan raya negeri semula.

Nescaya rakyat akan menerima keputusan pilihan raya dengan baik walau mana-mana pihak yang menang sekalipun, asalkan ianya dijalankan secara adil dan demokratik. - mks._

Pemansuhan kedudukan Nizar diragui kesahihannya - Pensyarah UKM

Pemansuhan kedudukan Nizar diragui kesahihannya - Pensyarah UKM
Intan Abdullah
Thu | Feb 12, 09 | 9:14:04 am MYT

KUALA LUMPUR, 12 Feb (Hrkh) - Seorang pensyarah Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Muhamad Nadzri Mohamed Noor mempersoalkan tindakan pemansuhan kedudukan Dato' Seri Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak tanpa melalui proses perundangan, yakni tanpa membuat persidangan Dun bagi membawa usul undi tidak percaya kepada Menteri Besar atau tanpa diputuskan mahkamah diragui tahap kesahihannya.

Iklan

"Selain itu, sebelum pelantikan Dato' Dr Zamry, Nizar pernah memohon pembubaran Dun kepada Sultan Perak. Meskipun baginda mempunyai kuasa budi bicara, namun kuasa beliau sebagai Sultan juga adalah kuasa rasmi dan simbolik yakni beliau bertindak atas nasihat Menteri Besar," katanya lagi.

Oleh itu, di sini timbul satu isu kesamaran kuasa yang perlu diperjelaskan oleh pihak mahkamah, kata beliau kepada Harakahdaily.

Selain itu, ditanya mengenai keabsahan pelantikan Menteri Besar Perak yang berada dalam kemelut, beliau berpendapat terdapat beberapa persoalan berbangkit yang berkaitan dengan masalah perundangan.

"Persoalan lain, adakah peralihan sokongan atau keluar parti dua Adun KeADILan kepada BN adalah sah?

"Ini berikutan telah ada peraturan di dalam KeADILan yakni jika terdapat ahli meletakkan jawatan atau keluar parti semasa menjadi ahli badan perundangan, individu itu mestilah meletakkan jawatan perundangan tersebut. Namun, adakah peraturan ini (secara lisan atau tidak) terpakai dan boleh dikuatkuasakan?" tegasnya.

"Selepas segala kesamar-samaran status perundangan dan kuasa yang dibangkitkan, adakah perlantikan Dr Zambry dari BN sebagai Menteri Besar Perak oleh Sultannya adalah sah?

"Selagi isu-isu atau persoalan undang-undang ini yang tidak diselesaikan oleh pihak yang berwajib, khasnya mahkamah, legitimasi kerajaan baru boleh dipertikaikan dari pelbagai sudut (khasnya dari sudut undang-undang dan struktur politik)," ujar Nazri lagi.

Ini kerana katanya, keadaan tersebut boleh menyebabkan ketidakstabilan politik di Perak menjadi bertambah serius. Katanya lagi, meskipun BN kini tidak lagi hegemonik, tetapi ianya dilihat masih dominan dan berkuasa.

"Dengan kekuasaan ini, jika dilakukan secara strategik dan bijaksana, BN mampu mengukuh kembali kedudukan, melambat-lambatkan perubahan atau menghapuskan penentangan walaupun keadaan-keadaan ini tidaklah eksklusif. Namun jika tersilap langkah, strategi yang dilakukan boleh memakan diri," katanya.

Hal ini tambah beliau, bergantung kepada kematangan politik masyarakat Malaysia akhir-akhir ini. Justeru ujarnya, apa yang ditetapkan melalui institusi negara, tidak semestinya menghasilkan kepatuhan atau kepercayaan masyarakatnya.

"Tetapi dalam masa terdekat ia mungkin boleh menafikan realiti sebenar yakni dengan menolak gelombang perubahan, namun pada masa 'near future' ia mungkin melakarkan impak yang sebaliknya," ujarnya lagi.

Oleh yang demikian Nazri mengharapkan tindakan lompat parti di kalangan ahli politik tidak menjadi budaya pemimpin Malaysia kerana ia akan menggugat kestabilan politik negara dan menafikan hasrat serta mandat pengundi yang telah diberikan semasa pilihan raya.

"Biarlah proses yang paling demokratik yakni pilihan raya, yang menentukan siapa yang berhak untuk menduduki jawatan dalam pemerintahan. Ataupun jika timbul pertikaian diselesaikan dalam mahkamah yang bebas," katanya.- tmj/mks. _

HJ NIZAR AKAN PINDAH SIKIT MASA LAGI - MISBAH

pDato' Seri Hj Nizar ditohmah kononnya tidak mahu keluar dari kediaman rasmi MB walaupun sudah dikeluarkan notis berkali-kali, antara yang turut memberi tohmahan ialah Perdana Menteri sendiri. Sebenarnya, sehingga sekarang belum ada sebarang notis supaya Dato' Seri mengosongkan kediaman rasmi. Malahan Dato' SS ketika menelopon MB tempoh hari telah memohon maaf di atas kebiadapannya & keterlanjurannya terhadap Dato' Seri di Pejabat MB, beliau ada mengatakan bahawa Dato' Seri boleh tinggal lama pun tak apa, nanti kalau berpindah, beritahu sahaja Dato' SS. Kemudahan transport akan disediakan. Kita pun faham, walaupun dia tak suruh pindah, tetapi maksud sebaliknya ialah kosongkan kediaman, orang lain nak masuk.

Tohmahan yang mengatakan sudah berkali-kali notis dikeluarkan tetapi tidak juga mahu berpindah adalah tidak betul. Dato' Seri belum menerima sebarang notis pindah. Beliau memang ingin berpindah, tetapi ambil masa sedikit. MB yang terdahulu pun berpindah lebih kurang tiga minggu atau mungkin lebih dari itu. Ini baru 5 - 6 hari.

WAJAH SHUHADA ' GHAZZAH

WAJAH SYUHADA' GHAZZAH


الموت في سبيل الله أسمى أمانينا


Bangga mendapat syahid yang diidamkan


Tiada yang Lebih Hebat dan Manis selain Syahid


Pergi Mendapatkan Janji Allah swt


Aku Mendapatkan Kekasihku ...oh TuhanKu


Tiada sinar dan Cahaya seindah Cahaya dan Sinar Syurga