Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun 8, 2009

Al-Qiadah : Takliff Laa Tasyrif !!!

al Qiadah : Takliif Laa Tasyriif ALQIADAH : TAKLIF LAA TASYRIF Oleh : Nasarudin Tantawi Salam perjuangan buat semua. Kepimpinan adalah institusi terpenting bagi sebuah organisasi. Tidak ketinggalan bagi sebuah Gerakan Islam seperti Parti Islam Semalaysia ( PAS ). Justeru itu , ia mestilah menjadi institusi yang paling kukuh dan mantap bagi memastikan dasar perjuangan dapat direalisasikan dengan baik dan menepati objektif serta matlamat perjuangan itu pula dapat dicapai dengan cemerlang. Menjawat atau menyandang status sebagai seorang pemimpin dipelbagai peringkat parti mestilah dengan segala keupayaan dan kelayakkan yang diiktiraf oleh syara' , berpandukan petunjuk Al - Quran dan As - Sunnah. Kepimpinan ( Al Qiadah ) bukanlah satu kemuliaan atau kebanggaan ( tasyrif ) tetapi ia adalah tanggungjawab dan amanah ( taklif ). عن أبى ذرّ قال: قلت يا رسول الله ألا تستعملنى فضرب بيده على منكبي ثم قال: " يا أبا ذرإنك ضعيف وإنها أمانة وإنها يوم القيامة خزي وندامة إلا من أخذها بحقها وأدّ...

Tubuhkan Suruhanjaya Bebas DiRaja !!!!

Irwan Muhammad Zain Sun Jun 07, 09 12:01:12 pm MYT SHAH ALAM, 7 Jun (Hrkh) - Satu usul tergempar mendesak penubuhan Suruhanjaya Bebas Diraja siasat pengambilan secara haram kerajaan Pakatan Rakyat Perak diterima sebulat suara. Usul yang dibawa oleh PAS Kawasan Tambun, Perak itu diterima untuk dibahaskan setelah menyedari tindakan Umno/BN merampas kerajaan Pakatan Rakyat Perak merupakan perbuatan yang biadap dan tidak menghormati suara rakyat. Perwakilan Perak, Dr Khairuddin Abdul Malik yang juga bendahari PAS Perak ketika membawakan usul tersebut menegaskan perlunya penubuhan suruhajaya tersebut bagi menyiasat perbuatan Umno/BN yang merasuah wakil rakyat bagi membolehkan kerajaan Pakatan Rakyat Perak. "Kami mencadangkan usul tergempar ini kerana tidak mahu lagi peristiwa yang berlaku di Perak berulang dinegeri-negeri Pakatan Rakyat yang lain. "Kerana itu kami mendesak supaya Suruhanjaya Bebas DiRaja perlu segera ditubuhkan bagi menyiasat perbuatan rampasan kuasa itu," ...

PAS Perak Tolak Rundingan dengan UMNO !!!

PAS Perak menggesa kepimpinan PAS pusat agar tidak meneruskan rancangan untuk mengadakan rundingan sulit dengan UMNO demi kepentingan sokongan terhadap parti tersebut bagi memenangi pilihanraya umum yang ke-13. "Saya cadangkan jangan ada rundingan sulit dengan UMNO sama ada di peringkat negeri atau pusat. "Lupakan sahaja UMNO, tetapi dalam masa yang sama, jangan sisihkan orang UMNO," kata Dr Khairudin Abdul Malik. Katanya, kemelut politik yang berlaku di Perak sejak Februari lalu, adalah disebabkan oleh rampasan kuasa 'ala Fiji dan Zimbabwe' yang dilakukan oleh UMNO. Beliau berkata demikian sewaktu membahaskan ucapan dasar presiden yang bertemakan "Islam Memimpin Perubahan". Dr Khairuddin juga menyatakan keyakinan bahawa PAS dan Pakatan Rakyat mampu merampas kembali negeri tersebut, kerana jasa dan khidmat gabungan tersebut sudah berada di dalam minda rakyat Perak. Kemampuan PAS dan Pakatan Rakyat mentadbir dalam masyarakat majmuk di Perak, turut membe...

Jangan bersekongkol dengan UMNO

Intan Abdullah Sun Jun 07, 09 12:27:40 pm MYT SHAH ALAM, 7 Jun (Hrkh) - Perwakilan Dewan Pemuda PAS Pusat, Dzulkifli Ahmad mengancam mereka yang menyertai PAS untuk mengetengahkan agenda peribadi apatah lagi untuk bersama-sama Umno-BN. "Kita takut ada yang akan menggunakan perjuangan Islam untuk kepentingan agenda perjuangan mereka, kita mengancam golongan mereka yang melakukan tindakan sedemikian. "Pemuda juga tidak akan teragak-agak untuk mendedahkan individu yang terbabit," katanya ketika membahaskan usul mewujudkan sebuah suruhanjaya diraja bagi menyiasat insiden rampasan kuasa di Perak. Tegasnya, tiada istilah bekerjasama dengan Umno-BN dalam apa jua bentuk memandangkan PAS tidak memerlukan parti itu malah ia perlu dikuburkan. "Kita adalah penentang-penentang Umno yang tegar dan tidak akan berkompromi dengan mereka. "Jika ada pemimpin yang berbincang dengan Umno, mereka harus ingat bahawa Umnolah yang harus ditarik kepada PAS dan bukan kita yang pergi un...