Catatan

Tunjukkan catatan dari November 8, 2008

SOGOKAN : SIA-SIA ADU KE LEMBAGA DISIPLIN

Muda Mohd Noor Nov 7, 08 12:36pm Sia-sia sahaja melaporkan politik wang kepada lembaga disiplin Umno kerana ia tertakluk kepada keputusan Majlis Tertinggi (MT), kata seorang pegawai calon presiden Umno Tengku Razaleigh Hamzah.Datuk Kamal Amir Kamal Hijaz menambah, beberapa rakannya telah membuat laporan kepada lembaga disiplin mengenai politik wang tetapi tiada maklum balas yang diterima mengenainya. "Semua orang bercakap mengenai politik wang... Kita difahamkan ada kira-kira 800 laporan serupa telah dibuat kepada lembaga disiplin Umno."Tetapi kita tahu lembaga disiplin Umno bukannya sebuah badan bebas, jadi tidak perlu membuat laporan kepadanya," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.Bagaimanapun, katanya lagi, pihaknya dengan kerjasama cawangan dan bahagian Umno di seluruh negara sedang mengumpul bukti mengenai politik wang.Katanya, sebaik sahaja laporan tersebut diperolehi, ia akan diadukan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) untuk tindakan lanjut."Jika...