Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari 27, 2009

Speakear Perak panggil sidang tergempar

February 27, 2009 Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V Sivakumar telah memanggil sidang tergempar dewan itu pada 3 Mac 2009 Selasa depan. Ia dipercayai bagi membincangkan krisis politik di negeri itu sejak awal bulan ini, susulan tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pakatan Rakyat meninggalkan kerajaan campuran itu dan menyatakan sokongan kepada BN. Kesemua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dibenarkan hadir kecuali mereka yang telah digantung, iaitu Menteri Besar, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan enam anggota exconya. Tiga wakil rakyat bebas - yang dianggap telah mengosongkan kerusi masing-masing melalui surat peletakan jawatan mereka - juga dilarang menyertai sidang tersebut. Jika larangan itu dipatuhi, barisan wakil rakyat BN akan tinggal 21 orang, sementara Pakatan Rakyat 27 orang, tidak termasuk Sivakumar.

Nizar tetap enggan serah kereta MB

Feb 27, 09 2:53pm Menteri besar Pakatan Rakyat, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menyerahkan kunci kediaman rasmi menteri besar Perak hari ini, hampir seminggu mengosongkan kediaman itu sejak Ahad lalu. Beliau bagaimanapun enggan menyerahkan kenderaan rasmi kerajaan negeri - Toyota Camry dengan nombor pendaftaran AGS 10 - sementara menunggu mahkamah mengisytiharkan sama ada beliau masih sah atau tidak memegang jawatan tersebut. Penyerahan kunci kediaman rasminya dilakukan oleh pegawai khasnya Amran Harun kepada ketua penolong Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Bahagian Khidmat Pengurusan, Shamsul Zaman Sulaiman, yang mewakili SUK, Datuk Dr Abdul Rahman Hashim, pada 11.20 pagi tadi.

Tragedi Perak UMNO@BN"Checkmate"

Imej
Dilulus terbit pada Friday, February 27 @ 07:44:09 MYT oleh TokPenghulu Oleh rusyd " Tiada istilah yang dapat digambarkan kepada UMNO@BN ketika ini, di kala kemarahan rakyat kepada makhluk2 ini terlalu memuncak. GOBLOK! TIDAK BERMARUAH! Perak masih dalam keadaan tergantung dari segi pentadbiran. Bagi rakyat kekeliruan makin terserlah dalam sebarang proses permohonan atau tuntutan. Bagi peniaga dan pelabur, dengan siapa perlu berurusan bagi sebarang ikatan perundangan serta MoU yang bakal disepakati. Mahu berjumpa Zamry takut perjanjian terbatal kerana dia dilantik atas kapasiti Menteri Besar Haram melalui rampasan kuasa. Mahu berjumpa DS Nizar, beliau masih dalam proses perundangan untuk mengembalikan kuasa beliau. Ini amat menyukarkan. Bahana pengantungan oleh YB Speaker Sivakumar semakin terasa, kuasa sudah ditangan UMNO@BN tetapi tidak boleh digunakan. Bagi Pakatan Rakyat pula, kuasa dirampas, bagaimana mahu menjalankan tanggungjawab. Rakyat yang menjadi mangsa, yang susah r...

BN halang Nizar guna kemudahan , beri penerangan seluruh Perak

Imej
Johari Jaafar Fri | Feb 27, 09 | 12:32:50 pm MYT IPOH, 27 Feb (Hrkh) - Rejim 'haram' BN yang menggulingkan Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak kini menunjukkan 'taringnya' apabila Menteri Besar Dato' Seri Ir Mohamad Nizar Jamaludin tidak dibenarkan menggunakan dewan serbaguna dan orang ramai dalam rangka kerjanya menerangkan isu sebenar kemelut politik di negeri ini kepada rakyat. Iklan "Hari ini Dato' Seri dalam lawatannya ke seluruh Parlimen di negeri ini tidak dibenarkan premis kerajaan, dewan serbaguna, dewan orang ramai, padang dan program hanya dapat diadakan di premis sendiri saperti markaz." demikian pendedahan yang dibuat oleh Setiausaha Politik Menteri Besar, Misbahul Munir Masduki kepada Harakah hari ini. Menurut beliau seawal perlantikan Nizar sebagai Menteri Besar, beliau mengumumkan semua premis milik kerajaan negeri ...

KM Melaka disaran potong gaji , contohi Kedah

Zaili Muhammad Fri Feb 27, 09 9:23:41 am MYT MELAKA, 27 Feb (Hrkh) - Ketua Menteri Melaka Dato' Seri Ali Rustam dan barisan Exconya disaran agar memotong gaji bulanan masing-masing sebanyak lima peratus kepada tabung kebajikan bagi membantu rakyat yang memerlukan ketika kegawatan ekonomi ini. "Saya menyarankan supaya Ketua Menteri dan Exconya memotong sekurang-kurangnya lima peratus daripada elaun bulanan mereka untuk disumbangkan kepada tabung kebajikan yang akan digunakan bagi meringankan kehidupan rakyat dalam masa kegawatan ekonomi kini," demikian kata Ketua Pemuda PAS Melaka, Ustaz Kamaruddin Sidek. "Mereka boleh mencontohi tindakan yang dilakukan oleh rakan sejawatan mereka di Negeri Kedah yang memotong gaji masing-masing ke dalam Tabung Tunku Mahmud iaitu sebuah tabung kebajikan yang diuruskan oleh kerajaan negeri," kata beliau. Tambahnnya, tabung itu akan digunakan bagi membantu rakyat yang kehilangan pekerjaan atau sumber pendapatan secara tiba-tiba a...

Prinsip ketaatan , syura dan sikap raja-raja

Ali Bukhari Amir Sun Feb 15, 09 11:57:54 pm MYT Ketika Ratu Balqis menerima sepucuk surat daripada Raja Sulaiman a.s, ratu itu telah bermesyuarat terlebih dahulu dengan mengumpulkan pendapat berhubung pendirian yang harus ditegakkan untuk mendepani seruan Tauhid oleh raja Bani Israel tersebut. Ratu Balqis menyedari akan perihal kekuatan bala tentera Raja Sulaiman. Ratu telah mendengar kekuasaan dan kekuatan Raja Sulaiman itu bukan calang-calang. Bani Israel itu pernah ditakluk Jalut. Kemudian dibangkitkan Talut untuk mendepani Jalut. Setelah itu, Jalut terbunuh oleh salah seorang tentera bernama Daud. Dan dengan kerana itulah Daud akhirnya diangkat sebagai raja yang bijaksana. Kini, anaknya Sulaiman telah mengambil takhta dan kedudukannya sebagai raja Bani Israel yang baru. Ratu Balqis pernah mendengar kehebatan Daud. Baginda boleh melembutkan besi keras dengan tangannya. Tetapi, Daud juga gemar bersuluk sendirian menyanyikan lagu pujian kepada Tuhan dengan kitab Zabur (Mazmur). Suar...

SPRM Perlu siasat Pengerusi Perhubungan UMNO Perak - Nik Aziz

Imej
Muhammad Yusri Amin Thu | Feb 26, 09 | 4:29:44 pm MYT KOTA BHARU, 26 Feb (Hrkh) - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu profesional. Mungkinkah peringatan Perdana Menteri itu menggambarkan badan tersebut belum mampu keluar dari dimensi lama. Iklan Pertukaran nama baru daripada Badan Pencegah Rasuah (BPR), belum memadai apabila banyak kes yang dilaporkan Pakatan Rakyat seperti disenyapkan. Sebaliknya pantas sekali bertindak kalau melibatkan aduan daripada pemimpin Umno. Buktinya Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V Sivakumar terus disiasat SPRM setelah menerima laporan pemimpin Barisan Nasional (BN). Sebelum ini Ketua Pesuruhjaya SPRM, Dato' Seri Ahmad Said Hamdan membuat kenyataan pihaknya akan menjalankan siasatan berhubung dakwaan salah guna kuasa V. Sivakumar kerana menggantung Menteri Besar Perak dan enam anggota Exco daripada mengha...