MUKTAMAR TERBUKA UNTUK WARTAWAN
IPOH, 1 Ogos: Walaupun muktamar PAS kali ini dijangka akan panas dengan pelbagai isu yang sedang berlaku sekarang, ia akan dibuka sepenuhnya kepada wartawan. Orang ramai juga boleh mengikuti siaran secara langsung muktamar ini melalui webtv. Perkara ini disahkan oleh Ketua Publisiti Penitia muktamar ini, Misbahul Munir Masduki. Selain mendengar perbahasan panas dari perwakilan dan pemimpin PAS, para peserta Muktamar PAS juga akan dapat berhibur dengan beberapa persembahan pentas, katanya. Antaranya adalah nasyid, pentomin, nyanyian lagu-lagu ketuhanan dan juga pembacaan puisi. Persembahan itu akan dibuat di tapak gerai bersebelahan dengan Stadium Indramulia. Muktamar kali ini akan bermula dengan perasmian Muktamar Dewan Pemuda PAS pada 13 Ogos jam 9 malam di Stadium Indramulia. Ia akan dirasmikan oleh Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa. Pada 14 Ogos mulai jam 8.00 pagi, Dewan Ulamak akan bermuktamar di Dewan Dewan Bandaraya Ipoh manakala Dewan Muslimat di dewan hotel Hillc...