Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel ILMIAH

Kembali kepada hukum Allah untuk kesejahteraan ummah

Imej
LanH Fri | Feb 27, 09 | 5:02:10 pm MYT Berdasarkan senario antarabangsa yang membabitkan umat Islam, kita dukacita saudara seagama terus ditindas penguasa zalim. Di Myanmar (Burma), ribuan umat Islam Rohingya diusir dari tanah air mereka (Arakan) dan terpaksa membawa diri ke negara jiran yang tidak kurang menekan mereka. Iklan Diberitakan ribuan pelarian Rohingya terpaksa menempuh gelombang lautan, sejumlah mereka terdampar di pantai Aceh baru-baru ini. Mereka berada dalam keadaan sangat daif tetapi sungguh malang masyarakat antarabangsa termasuk pertubuhan dan dunia Islam memandang sepi permasalahan mereka. Ratusan ribu lagi melarikan diri ke Thailand, Bangladesh dan ke negara kita, tetapi nasib mereka bagaikan lari daripada mulut harimau masuk ke mulut buaya. Orang Rohingya bukanlah satu-satunya kumpulan minoriti Islam yang menerima nasib sedemikian rupa. Orang Ka...

Prinsip ketaatan , syura dan sikap raja-raja

Ali Bukhari Amir Sun Feb 15, 09 11:57:54 pm MYT Ketika Ratu Balqis menerima sepucuk surat daripada Raja Sulaiman a.s, ratu itu telah bermesyuarat terlebih dahulu dengan mengumpulkan pendapat berhubung pendirian yang harus ditegakkan untuk mendepani seruan Tauhid oleh raja Bani Israel tersebut. Ratu Balqis menyedari akan perihal kekuatan bala tentera Raja Sulaiman. Ratu telah mendengar kekuasaan dan kekuatan Raja Sulaiman itu bukan calang-calang. Bani Israel itu pernah ditakluk Jalut. Kemudian dibangkitkan Talut untuk mendepani Jalut. Setelah itu, Jalut terbunuh oleh salah seorang tentera bernama Daud. Dan dengan kerana itulah Daud akhirnya diangkat sebagai raja yang bijaksana. Kini, anaknya Sulaiman telah mengambil takhta dan kedudukannya sebagai raja Bani Israel yang baru. Ratu Balqis pernah mendengar kehebatan Daud. Baginda boleh melembutkan besi keras dengan tangannya. Tetapi, Daud juga gemar bersuluk sendirian menyanyikan lagu pujian kepada Tuhan dengan kitab Zabur (Mazmur). Suar...

AKHLAK MENGHADAPI PILIHANRAYA - US NASARUDIN

Imej
AKHLAK MENGHADAPI PILIHANRAYA Banyak perkara yang terpaksa saya telan biar pun terlalu pahit . Itulah ungkapan yang mampu saya lafazkan mengimbau pengalaman yang cukup berharga tetapi perit dan sukar . Sejak menyertai PAS tahun 1985 yang lalu , 2 kali saya telah diberi amanah yang cukup berat . Iaitu menjadi calon dalam pilihanraya . Kali pertama pada tahun 2004 di DUN Ibam dan kali kedua pada tahun 2008 di Parlimen Maran . Perkara yang paling saya tidak suka ialah menjadi calon pilihanraya . Tetapi setiap kali saya menolaknya setiap kali itu pula saya di desak oleh pimpinan untuk menggalas tanggungjawab ini dengan pelbagai hujjah yang akhir saya tidak mampu untuk menyangkalnya lagi . Akhirnya saya terpaksa patuh dan taat kepada arahan tersebut . Demi Allah , jika saya diberi pilihan nescaya saya memilih untuk tidak bertanding sebalik saya lebih suka menjadi perancang atau penggerak dalam pilihanraya dan calonnya tentulah orang lain yang saya percaya mereka lebih layak dan sesuai berba...

BERTUDUNG BUKAN ADAT

Pada hari ini ramai yang bertudung tetapi seolah-olah bertelanjang. Apa tidaknya, memakai tudung hanya trend dan fesyen. Bertudung tetapi berseluar ketat, bertudung baju ketat, bertudung tetapi berlengan pendek, bertudung tetapi memakai skirt singkat, bertudung tetapi berkain belah, bertudung tetapi tidak labuh menutup dada. Inilah fenomena yang berlaku pada hari ini di dalam masyarakat kita. Fenomena yang berlaku, nabi kita Muhammad saw telah memperingatkan kepada kita sejak 1400 tahun dahulu. Bermaksud “Di akhir zaman akan berlaku di kalangan umatku wanita yang berpakaian seperti telanjang. Atas kepala mereka seperti bonggol unta, laknatlah mereka kerana wanita yang dilaknat” Hadis tersebut nabi sudah menjangka akan berlaku kepada wanita-wanita dari umatNya di akhir zaman nanti, ada yang memakai pakaian tetapi tidak menutup aurat, nipis sehingga menampak kulit, ketat hingga menampak labu punggung, pinggang, bonjolan buah dada, rusuk dan lain-lain, rambut digubah mengikut fesyen semas...

AGAMA YAHUDI - DEWAN ULAMA

MUQADDIMAH Firman Allah Taala yang bermaksud : "Sesungguhnya kami telah mengambil perjanjian dari bani Israil,dan telah kami utus kepada mereka para rasul.Tetapi setiap datang seorang rasul kepada mereka dengan membawa apa yang tidak diingini oleh hawa nafsu mereka, (maka)sebahagian dari para rasul itu mereka dustakan dan sebahagian yang lain mereka bunuh". (al-Maidah : 70) Firman Allah Taala yang bermaksud : "Maka kecelakaan yang besarlah bagi orang-orang yang menulis Al-Kitab dengan tangan mereka sendiri, lalu dikatakannya "Ini dari Allah" , (dengan maksud ) untuk memperoleh keuntungan yang sedikit dengan perbuatan itu. Maka kecelakaan besarlah bagi mereka, akibat dari apa yang ditulis oleh tangan mereka sendiri, dan kecelakaan besarlah bagi mereka akibat dari apa yang mereka kerjakan". (al-Baqarah : 79) Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud : "Berbicaralah mengenai Bani Israil dengan seluas-luasnya. Sesiapa yang mendustakan ke atas ku secara senga...

SEGERAKAN WARTA FATWA HARAM ROKOK -TERAS

Harakahdaily Thu | Dec 04, 08 | 9:23:29 am MYT KUALA LUMPUR, 4 Dis (Hrkh) -Teras pengupayaan Melayu (Teras) mengesa agar fatwa rokok yang telah diisytiharkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan sejak 1995 perlu segera diwartakan oleh setiap kerajaan negeri jika pihak kerajaan benar-benar serius untuk menjaga kesejahteraan rakyat negara ini Presiden Teras Mohd Azmi Abdul Hamid berkata gejala merokok adalah musibah yang sangat jelas dari pelbagai segi sehingga setiap tahun kira-kira 100,000 orang mati yang dikaitkan dengan penyakit akibat merokok. Katanya setiap tahun rakyat Malaysia berbelanja RM2 bilion untuk merokok manakala kerajaan pula terpaksa mengeluarkan perbelajaan berbilion ringgit lagi untuk merawat mereka yang menjadi mangsa dari penyakit yang dikait dengan merokok. "Kesan sosial kepada anak muda juga sangat jelas. Kini generasi muda yang terjebak dengan tabiat merokok terdedah kepada jerat dadah yang semakin meningkatkan kes p...

YAHUDI MAHU ORANG ISLAM JADI KAFIR

Harakahdaily Mon Dec 01, 08 11:09:48 am MYT MEMANGLAH orang Yahudi berusaha supaya orang Islam menjadi kafir. Antaranya cara hidup mereka yang kita terima dengan terang dan jelas sekali iaitu teori-teori politik, ekonomi, pendidikan yang dilaksanakan pada hari ini atau yang dipanggil sosialisme, kapitalisme, pragmatisme, demokrasi dan seumpamanya, Jika dikaji teori-teori ini adalah dilahirkan oleh orang Yahudi atau Nasrani Merekalah yang mencipta teori-teori dan falsafah ini, di mana kebanyakan orang Islam percaya kepada teori ini sehingga sanggup menolak Islam sekali gus tidak menyedari diri telah menjadi kafir. Inilah apa yang dikehendaki oleh orang kafir yang Allah Taala sebut di dalam ayat yang kita mesti menyedarinya. Apa yang berlaku itu adalah kerana hasad dengki mereka selepas ternyata bagi mereka kebenaran. Mereka sudah mengetahui bahawa Islam itu agama yang benar. Memang ramai kita mendengar orang yang tidak percaya kepada Islam dengan mengaku bahawa Islam itulah yang betul...

Idul Adha menjana pengorbanan sebenar

Setiap hari raya Idul Adha, kita selalu diingatkan kisah tentang ketaatan Nabi Ibrahim as dan putranya, Nabi Ismail as, dalam menjalankan perintah Allah Swt. Ketika Nabi Ibrahim as diperintahkan untuk menyembelih putranya, keduanya segera bergegas melaksanakan perintah Allah. Tidak menampakkan sama sekali keraguan, apalagi keengganan atau penolakan. Keduanya dengan ikhlas menunaikan perintah Allah Swt, sekalipun terpaksa mengorbankan sesuatu yang paling dicintainya. Ibrahim rela kehilangan putranya, dan Ismail tak keberatan kehilangan nyawanya. Peristiwa agung ini pun diabadikan dalam al-Quran agar menjadi teladan bagi manusia di sepanjang masa. Allah Swt berfirman: Maka tatkala anak itu sampai (pada umur sanggup) berusaha bersama-sama Ibrahim, Ibrahim berkata: "Hai anakku sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahwa aku menyembelihmu. Maka fikirkanlah apa pendapatmu!" Ia menjawab: "Hai bapakku, kerjakanlah apa yang diperintahkan kepadamu; insya Allah kamu akan mendapatiku...