Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari 15, 2009

Rampasan kuasa di Perak : Rakyat diseru hadapi BN, elakkan dari bertembung dengan Istana

Imej
Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang memperkatakan sesuatu kepada Tarmizi Mohd Jam dan Irwan Muhamad Zain sejurus usai wawancara dilangsungkan. MUQADIMMAH: Barisan Nasional (BN) berpadu tenaga untuk meniup isu "derhaka" Dato' Seri Mohamad Nizar Jamaluddin terhadap Tuanku Sultan Perak. Ia disemarakkan lagi dengan tindakan peribadi Karpal Singh untuk menyaman Sultan Perak. Namun isunya, satu "rampasan kuasa" oleh BN cuba diperakui kononnya ia mengikut undang-undang. TARMIZI MOHD JAM dan MOHD RASHIDI HASSAN serta IRWAN MUHAMAD ZAIN menemui Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang di pejabatnya, Pejabat Agung PAS Jalan Raja Laut, bagi mendapatkan penjelasan mengenai beberapa perkara kemelut yang menyelubungi Pakatan Rakyat di Perak. Reaksi PAS terhadap lebih 80 laporan polis dikemukakan terhadap Karpal Singh berikutan dengan tindakannya untuk menyaman Sultan Perak. Ia ada kaitan dengan tindakan istana yang memihak kepada B

MENARIK TENTANG SPEAKER PERAK.

Sesuatu yang pelik, tapi benar ! Speaker DUN Perak masih dalam tangan Pakatan Rakyat, sebab itu kerajaan minoriti Barisan Nasional (BN) yang dipimpin oleh Menteri Besar palsu, belum melantik Speaker. Bukan kerana tidak mempunyai calon, atau Dr. Zambry tidak faham, tetapi tiada peruntukan dalam undang-undang tubuh negeri Perak untuk melantik Speaker ! Ternyata tindakan Umno merampas kuasa kerajaan Pakatan Rakyat akan berhadapan laluan berliku yang akan memerangkap mereka sendiri. Jika ini berlaku benarlah kata Tun Dr. Mahathir dan Tengku Razaleigh Hamzah, tindakan Umno di Perak yang diketuai oleh Najib akan mempercepatkan lagi kejatuhan Umno di seluruh negara. Selain bakal berhadapan tindakan saman dan injuksi mahkamah yang telah difailkan oleh Menteri Besar yang sah Dato Seri Ir Nizar Jamaludin di mahkamah tinggi Kuala Lumpur kelmarin yang diketuai oleh peguam tersohor Raja Aziz Idruse bersama panel 12 peguam, kerajaan haram BN Perak perlu melepasi halangan dari speaker Dun. Masalah pe

Nizar hadir Majlis Santapan Diraja Perak

Imej
KUALA KANGSAR: Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah malam ini berangkat menghadiri Majlis Santapan Diraja di Istana Iskandariah di sini. Majlis santapan sempena perayaan Jubli Perak pemerintahan Sultan Perak Sultan Azlan Shah yang jatuh pada 3 Februari lepas turut dihadiri Sultan negeri-negeri kecuali Johor, Perlis dan Negeri Sembilan, serta Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah dan Yang Dipertua negeri-negeri. Sultan Johor diwakili oleh Tengku Mahkota Tunku Ibrahim Ismail Sultan Iskandar manakala Raja Perlis pula diwakili Raja Muda Tuanku Syed Faizuddin Tuanku Syed Sirajuddin. Terengganu pula diwakili oleh Yang Dipertua Majlis Penasihat Pemangku Sultan Terengganu, Tengku Seri Panglima Raja Tengku Baderulzaman Sultan Mahmud. Turut hadir Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi; Timbalan Per