Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai 24, 2009

KEMATIAN TEOH BENG HOCK DEDAH PEKUUNG BARISAN NASIONAL

Oleh : Mohamed Hanipa Maidin Kematian Teoh Beng Hock dekat pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor pukul 1.30 tengah hari Khamis lalu membuka pelbagai pekung Barisan Nasional. Kematian Teoh Beng Hock menimbulkan isu teknik siasatan SPRM yang secara jelas bersifat satu seksaan ( torture ) ke atas mereka yang disiasat oleh badan itu. Teknik “torture” ini juga dilakukan oleh pihak polis ke atas mereka yang ditahan di bawah ISA. Yang menghairankan Nazri Aziz tidak segan silu menyokong teknik penyiasatan SPRM tersebut. Ketua Polis Selangor mengesahkan bahawa rakaman CCTV menunjukkan Teoh iaitu mantan setiausaha politik kepada Ean Yong Hian Wah memasuki bangunan itu jam 5.15 petang Rabu. Bagaimanapun siasatan hanya berakhir jam 3.45 pagi Khamis. Siasatan untuk tempoh yang lama tersebut dengan menafikan hak Teoh untuk tidur adalah semata-mata bertujuan menyiksa mental dan emosi Teoh bagi memudahkan SPRM mendapatkan pengakuan dan maklumat-maklumat tertentu dari Teoh. PAS...