JUDI SUKAN : MEMPERLEKEHKAN ISLAM SEBAGAI AGAMA RASMI. APA KATA PERKASA??
Posted by Uncle Ash under Articles Leave a Comment AMK Muar merasa amat terkejut dan kesal dengan kenyataan YB Senator Dato’ Dr. Awang Adek Hussin bahawa Kerajaan Malaysia bersedia menimbang membenarkan atau menghalalkan Kegiatan Perjudian Sukan diadakan di bumi Malaysia. Dengan bersandarkan hujah untuk memudahkan pemantauan perjudian sukan di Negara ini maka, kegiatan judi sukan dihalalkan, selain hasilnya boleh digunakan terutama untuk pembangunan bidang sukan di negara ini. Sebagai sebuah Negara yang meletakkan Islam sebagai agama Rasmi Persekutuan, kegiatan perjudian seperti ini dilihat sebagai mempersendakan agama Islam. Islam secara jelas mengharamkan segala bentuk kegiatan perjudian. Firman Allah “Hai orang – orang beriman, sesungguhnya arak, judi, berhala dan bertenung nasib, adalah (perbuatan) keji dari perbuatan syaitan. Sebab itu hendaklah kamu menjauhi, mudah – mudahan kamu mendapat kemenangan” – Surah Al Maidah Ayat 90. AMK Muar juga berpendapat da...