12 April 2010

Kes Altantuya: SPRM siasat Deepak, Nazim


Apr 12, 10 11:15am
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz mengesahkan hari ini bahawa Suruhanjaya Pencengahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menyoal ahli perniagaan Deepak Jaikishan dan adik Perdana Menteri, Datuk Nazim Razak.

parliament gobind singh ban over nazri mistake 251108 01Siasatan itu adalah berhubung pengakuan bersumpah penyiasat persendirian, P Balasubramaniam berkaitan pembunuhan model warga Mongolia, Altantuyaa Shaariibuu.

Bagaimanapun apabila disoal lanjut, Nazri jelas kurang senang dan tidak mahu melayan soalan wartawan.

“Saya kata kita sudah soal, sudah soal, cukuplah tu.”

Nazri (kiri) sebelum itu bercakap kepada pemberita di lobi parlimen selepas sessi soal jawab.

Pada sessi di parlimen sebelum itu, Nazri menjawab soalan daripada Tian Chua (PKR-Batu) mengenai status siasatan berhubung dakwaan Balasubramaniam.

Menurutnya, SPRM masih tidak boleh meneruskan siasatan kerana belum mendapat pengakuan daripada penyiasat persendirian itu.

p balasubramaniam private investigator altantuya murder case 040708 02"Kita tidak tahu di mana dia berada. Kita tidak boleh meneruskan siasatan tanpa pengakuannya,” kata Nazri.
Menurut beliau lagi, kerajaan tidak dapat mengekstradisi Balasubramaniam bagi menyelesaikan kes pengakuan bersumpahnya kerana lokasi sebenar penyiasat persendirian itu tidak diketahui.
Pada sidang media 3 Julai 2008, Balasubramaniam (kanan) mengedar satu akuan bersumpahnya berkaitan pembunuhan Altantuya, tetapi keesokannya menarik balik akuan bersumpah itu dan mengemukakan satu akuan bersumpah lain.
Dia kemudian menghilangkan diri dipercayai ke luar negara bersama keluarga.
Balasubramaniam pernah mendakwa keluarga perdana menteri memintanya membatalkan akuan bersumpah pertamanya dan bersedia disiasat SPRM dengan syarat ia diadakan di luar negara.

Koleksi artikel wajib baca bab Umno = Zionis



Hari ini terbaca Malaysiakini kenyataan DSAI 'bongkar' kaitan PDRM dengan Zionis, sila klik sini untuk baca lanjut.

Kenyataan ini mendokong pendedahan cheGuBard mengenai perselingkuhan mungkar Umno dan Zionis dalam PDRM. Sila klik sini untuk baca artikel pendedahan cheGuBard.

Kaitan Regim Bn ini dengan Zionis telah semakin terang. Bermula dari tembakan tepat men genai One Malaysia = One Israel oleh DSAI tetapi cheGuBard sudah tulis ini lama dahulu. Sila klik sini untuk baca.

Bulan Julai 2009 cheGuBard telah menulis mengenai bagaimana Najib membayar RM 20 juta sekurang -kurangnya kepada agensi pro fahaman zionis untuk imej baik. Sila klik untuk baca.

Perjumpaan Zahid dengan Menteri Israel yang banyak meragut nyawa umat Islam telah mengiktiraf negara Israel. sila klik sini untuk baca.

Dibanyak negara Zionis mengeluarkan wang untuk memasuki negara tersebut tetapi berlainan dengan negara Malaysia. Adik Ipar Rosmah membayar kira - kira RM250 juta kepada agensi prozionis untuk terus bunuh nyawa anak Palestin. Sila klik sini.

Sebenarnya kewujudan Malaysia yang ketika semua parti diharamkan kecuali Umno dan kuncu oleh penjajah sebelum menyerahkan merdeka kepada Umno sebagai pewaris penjajah amat rapat dengan zionis. Sejarah Umno Bn dan negara ini cukup rapat dengan Zionis cuba baca sini dengan klik. 

Kerana itu sehingga kini Malaysia takut untuk mengiktiraf perjuangan tulen pembebasan Palestin seperti Hamas. Sila klik sini.

Sebaliknya sila klik sini untuk membaca poengiktirafan orang yang sering dikaitkan sebagai agen Amerika kepada Hamas.

Semuanya perlu sedar kepura - puraan regim ini. Israel di dakap tetapi bersandiwara di depan. Sila baca sandiwara demonstrasi budak tangan patah di depan KLCC dengan klik sini.